Terima kasih kepada Blog Matahati. Tulisannya mengenai Poligami sangat menarik!!
Hikmah Poligami-3: Berani dengan harimau
Cerita orang berpoligami ini memang banyak. Banyak sangat. Sebabnya ialah, orang berpoligami itu pun disebabkan oleh banyak sebab-sebabnya. Kadang-kadang tu, tak ada sebab apa-apa pun. Cuma dah ditakdirkan memang dia hidup berpoligami, maka berpoligamilah dia.
Ada kawan tu, dari sudut ekonomi memang dah layak sangat berpoligami. Tapi belum ada jodoh. Cadang di hati memang tak larat nak layan dah. Dah menimbun-nimbun perasaan nak kawin lagi. Calun pun dah ada. Calun pulak setuju.
Tapi, bukan senang. Nak kena tempuh harimau dulu. Harimau yang selama ni jinak, bila dengar sahaja poligami, terus mengaum bahkan kaki dah mula menggaru-garu tanah nak menerkam! Inilah bahana poligami bagi wanita. Sebab itu bukan semua lelaki yang berhajat, mampu dan berkesempatan, boleh berpoligami.
Ramai ahli korporat mengalihkan hasrat berpoligami ke kelab-kelab rekreasi, ke gym, ke padang-padang glof. Mereka mampu dari sudut ekonomi, tapi sangat lemah dari sudut berani. Ada berani???
Jadi akhirnya mereka bawalah perasaan kecut perut dengan bini ke padang glof. Lepaskan kegeraman mereka dengan memukul bola jauh-jauh, kemudian berjalan mencari-cari bola dalam semak. Dalam hati terus le menggerutu kerana terpaksa bermain bola satu.
Itu kisah orang terkilan tak dapat nak buka cawangan. Biarlah. Walaupun bisnes maju, teruslah kekal dengan yang satu.
Ini kisah orang yang dah buka cawangan dan akan buka cawangan lagi. Tak kiralah bisnes jadi ke tak. Yang penting mampu buka cawangan. Orang bukan tau berapa banyak duit dalam poket, maupun dalam bank. Tapi kalau dah mampu buka cawangan, dah kira ok la tu.
Rupanya antara hikmah dalam poligami ini ialah, kalau dah ada peluang, biasanya akan ngap! Memang tak kasi lepas peluang. Bunyinya macam kasar je kan. Orang pempuan memang hangin satu badan. Memang para isteri akan cakap lelaki ini tak ada lain, asyik kawinnnn je yang dia fikir. Pantang nampak dahi licin, mulalah ngayat. Bagi para isteri, suami berkawin lebih dari satu isteri tu seolah-olah perangai dah buruk sangat.
Sebenarnya, yang tak lepas peluang itu, bukan lelaki, tetapi perempuan le. Ini kisah dan pengalaman benar bagi mereka yang berpoligami.
Memang betul, bagi lelaki, kalau ada orang perempuan yang dah sanggup jadi isteri nombor dua, tiga atau empat, itu sudah satu peluang. Tapi bukan mudah. Kena tempuh harimau dulu, Jadi ini bukan soal peluang, tapi soal berani!
Jadi siapa yang tak mau lepas peluang? Bukan lelaki, sebaliknya perempuan. Perempuan mana pulak? Perempuan yang telah bermadu.
Pengalaman isteri-isteri pertama. Inilah antaranya. Ada seroang isteri tu, sebelum suaminya berpoligami, ertinya sebelum dia dapat madu, hubungan intim dengan suaminya seolah-olah dicatur-catur. Bukan setakat dicatur, tetapi dicatu!
Dia ikut selera dia, bukan ikut selera suaminya. Kalau dia mahu, barulah suaminya merasa. Kalau tidak, menatap ikan dalam balang je la. Nak pergi main glof, tak pandai, jadi, ngedit le, kata oghang peghak.
Tapi, yang menariknya, bila saja dah bermadu, siisterinya tidak lagi mencatur untuk suaminya mengadakan hubungan suami isteri. Malah dia pulak yang semangat lebih-lebih. Kalau dulu dia akan tangguh-tangguhkan, atau lambat-lambat adegan. Kini lain pulak.
Menurut cerita dari yang empunya diri, mulai dari saat suaminya telah beristeri dua, dia jarang melepaskan peluang bersama. Asal giliran saja, maka pasti bersama.
Kalau dulu kononnya takut dapat anak yang rapat-rapat, kalau boleh biarlah jarak-jarak sikit. Sekarang dia dah tak fikir dah nak jarak-jarakkan anak. Yang penting dia nak rapat juga!
Malang juga nasib lelaki. Sebelum poligami, kena tempuh harimau, dah poligami kena tunaikan hari-hari mau. Jadi nak poligami kena berani dengan harimau, dah poligami, kena sanggup le hari hari mau.
0 ulasan:
Catat Ulasan