Pak Lang paparkan di sini, tulisan saudara MSO untuk renungan kita di hujung minggu ini. Paparan ini tanpa diedit. Mungkin agak sukar bagi sesetengah orang kerana ada kesilapan ejaan dan sebagainya. Apapun isi ceritanya menarik untuk diketahui....Cerita pemilihan UMNO dikesampingkan dulu. LIHAT SUMBER
Ketua Dewan Urusan Ulamak Pas Harun Taib (foto) membuat cadangan supaya Pas mengkaji semula kerjasama (tahalus syiasi) dengan PKR. Beliau dilaporkan mengemukakan cadangan itu semasa merasmi Mutlaqa Ulamak se-Malaysia yang berlangsung sehari suntuk di Kedah hari ini.
Alasan itu katanya kerana banyak perkara menerusi tahalus syiasi itu boleh melemahkan Pas. Beliau tidak menyebut apakah bentuk kelemahan-kelemahan secara specifik dan ilmiah, hanya menyebut salah satu kelemahannya menyebabkan sokongan Melayu terhadap Pas berkurangan berdasarkan kepada pilihan raya lepas. Tentunya andai ini silap sebab tahalus syiasi itu bukan bersifat macam ayam mengawan tetapi bersifat angin berjimak (lama).
Pandangan Harun ini adalah subjek yang akan menggemakan muktamar Pas yang akan berlangsung di Shah Alam pada November depan. Sudah tentu muktamar akan datang akan memberi fokus kepada cadangan itu dan ia akan menjadi agenda utama muktamar. Apabila Harun melontarkan isu itu, ia menjadi isyarat kepada ahli-ahli Pas terutamanya golongan merasakan diri mereka 'ustaz, hafiz atau mendapat pendidikan Timur Tengah dan lebih bangsa 'Melayu' akan membahas perkara berkenaan.
Apa yang dapat dibayangkan di sini, sekiranya agenda itu dibahas dan diterima sudah tentu Pas akan mempamirkan satu langkah baru yang lama dan sekaligus Pas akan menunjukkan ia dikuasai oleh 'pedagang-pedagangan' politik Islam. Kemungkinan yang boleh disuluh di sini Pas akan mencari rakan politik baru dalam projek 'tahalul syiasinya' untuk masa depan bagi meletakkan Pas sebagai sebuah parti dominan seperti diharap Harun. Bolehkah Pas menjadi dominan dengan pendekatannya tanpa menuruti sungai peralihan kerana politik itu sendiri bersifat pragmatik?
Mungkin di sini Pas akan berpaling tadah bekerjasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan Melayu dan Islam. Tetapi selalu yang disoalkan, apakah Umno akan bersikap jujur dan ikhlas dengan Pas? Dan sejauh manakah Pas menyakin Umno memperjuangkan Islam dan Melayu sedangkan dasar-dasarnya yang jelas bertentangan dengan kehendak dasar perlembagaan Pas.
Cadangan untuk mendekati Umno ini tidak menghairankan kerana agenda Unity Gorvenment masih berjalan tetapi dengan sedikit perubahan dan bertukar pemainnya. Kalau dahulu ia dimainkan oleh bekas timbalan presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan beberapa yang lain, tetapi kini ada watak lain yang mengambil alih baton kerajaan perpaduan itu dengan melarikannya dalam kabus.
Sekiranya muktamar menerima cadangan itu; Pas memutuskan kerjasama dengan PKR khasnya Anwar Ibrahim sedikit sebanyak ia akan menjejaskan Pas dari segi kepercayaan umum. Orang akan melihat Pas tidak konsisten didalam akidah politiknya (kerjasama) atau berbuat sesuatu tanpa berfikir. Golongan muda profesional tentu akan tergencat menyebabkan mereka menarik diri dari Pas.
Pemansuhan kerjasama itu juga boleh menyebabkan orang Cina konfius dengan Pas dan hilang kepercayaan. Kerusi-kerusi bandar yang dimenangi Pas atas sokongan pengundi Cina akan hilang. Implikasi ini kena diterima, sumbangan orang Cina juga dalam hubungan kerjasama ini tidak banyak sikit menguntungkan Pas.
Secara umumnya cadangan Harun agar dikaji semula kerjasama itu tidak boleh dikesampingkan begitu saja dengan syarat ia dibuat secara menyeluruh. Kajian itu bukan saja melihat kelemahan atau pun kenegatifan Pas dengan kerjasama itu sahaja, sebaliknya kaji juga mengenai kesan positifnya seperti salah satu dinyatakan di atas tadi.
Kalau hendak buat kajian jangan melihat cemarnya PKR sahaja, tetapi kena juga lihat kelemahan Pas itu sendiri serta kesalahan-kesalahan dilakukan Pas disepanjang tahalul syiasi itu sendiri. Sebab Pas juga parti yang tidak sesuci namanya dari segi amlinya. Bila ditengok memang Pas menjadi terlalu toleransi dan anjal dalam aspek-aspek yang perlu dipetegakkan, misalnya mengenai soal agama dan bangsa, tetapi siapa yang salah. Apakah PKR yang menekan Pas agar bersikap begitu atau siapa?
Misalmya dalam layanan liberalisasi keagamaan Pas menjadi tersangat baik dan terbuka sampai Presiden dan Mursyidul Am sendiri sanggup masuk ke gereja demi menarik perhatian dan simpatis politik? Apakah pemergian presiden dan mursyidul am itu atas paksaan PKR atau Anwar? Jawabnya tidak. Ia adalah kehendak dan ijtihad mereka sendiri. Jadi dalam hal ini PKR atau DAP tidak boleh disalahkan atas toleransi keterlaluan itu sehingga menyebabkan Pas rugi melainkan kesalahan kepada Pas juga.
Bagaimana pun, cadangan Harun itu juga dilihat bakal menjadi polemik baru didalam Pas. Cadangan itu sudah tentu akan bertentangan dengan pandangan (pola fikir politik) Mursyidul Am Pas Nik Abdul Nik Aziz yang melihat tahalus syiasi dengan PKR itu memberi ruang baru kepada Pas sendiri untuk memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. Perwujudan Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) Pas sedikit sebanyak ia bertolak dari roh tahalu syiasi. Sebelum mengkaji kebehasilan tahalus syiasi itu kaji dulu apakah untung dan rugi DHPP Pas itu.
Boleh jadi juga isu itu akan digunakan untuk muktamar November nanti untuk menyingkir mereka yang tidak sebulu dan sepasukan dengan mereka, iaini golong merasakan mereka alim ulamak. Golongan profesional yang selama ini membawa anjakan baru dalam politik Pas; mempolitikan ulamak dan mengulamakkan politik, telah membawa perubahan besar kepada pentadbiran dan sistem politik Pas serta memecahkan 'bongol-bongol' pejal dalam rangka kepelbagaian citarasa politik berversiasi negara ini.
Seharus dikaji dengan mendalam dan panjang lebar. Penolakan kerjasama dengan PKR itu sudah tentu ia akan membawa kepada penolakan kerjasama dengan DAP juga dan menolak kerjasama dengan mereka yang benci kepada UBN. Penerimaan itu nanti menyebabkan orang ramai khasnya generasi baru merasakan Pas mundur ke belakang semula. Pandangan itulah yang dimahui Umno bagi melihat Pakatan Rakyat yang kini menguasai suara majoriti menjadi lemah 'kumbali'. Umno sedang berdoa siang dan malam dengan mendupakan asap kemeyen Islam dan bangsa bagi mempengaruhi Pas.
Apakah langkah dewan ulamak yang ingin membawa Pas kembali ke belakang dalam tribulasi ini kerana mereka sudah termakan cacing dalam mee Umno? Nauzubaliah. Paling menakut dan membimbangkan gara-gara cadangan Harun Taib dan begitu ghairahnya golongan merasakan mereka alim itu menyebabkan Pas akan berpecah dua.
Peristiwa yang berlaku penghujung 1982 menyebabkan Mohd Asri Muda dan rakan-rakan meninggalkan Pas kemudian menubuh Hamim tahun 1986 disebabkan diperlakukan demikian rupa dan kejinya, perlulah disedari dan diambil iktibar. Tempoh untuk Pas berpecah juga sebenarnya sudah sampai selepas, iaini Pas tenang selama 30 tahun. Perhatilah Pas sudah tidak berpecah dan kalut sudah 30 tahun setelah kekalutan terakhirnya 1982. [wm.kl.3:35 pm 14/09/13]

0 ulasan:
Catat Ulasan