Social Icons

Ahad, 5 Julai 2015

Puasa Untuk Allah

Dari Abu Hurairah r.h., Rasulullah s.a.w. bersabda : Semua amalan Anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku (sendiri yang) akan membalasnya. 

Mengapa disebut “puasa itu untuk-ku” sedangkan Alah swt tidak berhajat (perlu) dan tidak pula mengambil sebarang faedah daripada amalan-amalan kita? Allah swt bukannya akan menjadi lebih berkuasa atau lebih besar disebabkan kita berpuasa.

Puasa itu untuk-Ku”

Hakikatnya, semua amalan adalah untuk faedah kita sendiri, Allah tidak mengambil sebarang faedah pun dari amalan kita samada amalan yang wajib atau yang sunat. Disebut puasa itu untuk-Ku” kerana, puasa adalah merupakan satu ibadah yang tersembunyi dan tiada pengecaman, sehinggakan seseorang itu boleh berpura-pura berpuasa ketika berada di hadapan orang, atau boleh juga tidak berpuasa ketika bersendirian, tiada siapa yang boleh mengecamnya. 

Bagi ibadat lain ada pengecamannya, seseorang yang sedang rukuk atau sujud boleh dicam, sehinggakan dikatakan bersembahyanglah dia. Seseorang yang memakai ihram pula, maka dikatakan dia sedang melakukan ibadat haji atau umrah. Sebaliknya seseorang yang berpuasa, tidak dapat dicam samada dia berpuasa atau tidak, kerana seseorang itu boleh makan di rumahnya kemudian membersihkan mulutnya, selepas itu apabila berada diluar rumah maka berpura-puralah letih dan kelihatan moyok di hadapan orang lain. Maka didalam keadaan puasa yang boleh berpura-pura seperti itu pun, orang beriman tetap melakukan ibadat puasanya, maka itulah dikatakan ibadat puasa itu untuk Allah.

“Aku akan membalasnya“

Puasa bulan Ramadhan adalah satu-satunya ibadat yang dinilai sendiri pahalanya oleh Allah, tidak diserahkan kepada malaikat. Malaikat hanya mencatit orang yang melakukan puasa sahaja, tetapi tidak menilai pahala puasa seseorang itu. Allah swt lah sahaja yang mengetahui akan nilai dan mutu pahala puasa dan nilai ketakwaan puasa seseorang itu. Bagi ibadat-ibadat yang lain, malaikat mengetahui dan seterusnya mencatitkan nilai pahalanya. Semua pahala atau ganjaran amalan ibadat selain puasa diberi oleh Allah melalui sesuatu, tetapi pahala puasa diberi secara “direct” oleh Allah swt.

Apabila Allah sendiri yang membalasnya, maka tentulah tersangat-sangat besar nilai pahala puasa yang berkualiti itu. Ini menunjukkan status Allah sebagai pemberi ganjaran. Seorang yang tinggi statusnya sudah pasti akan mampu memberi lebih banyak berbanding pemberian oleh orang yang dibawahnya. Misalnya seorang wakil rakyat mampu memberi lebih berbanding seorang imam. Apatalah lagi, bila Allah yang memberi, sudah pasti banyak pemberiannya.

Hadith ini juga boleh dibaca secara majhul dengan tafsirannya “Akulah (Allah) balasannya”, ini bermakna Allah telah menjanjikan bahawa Dialah (Allah) menjadi balasan bagi orang yang berjaya dalam puasanya. Allah adalah tuan syurga, apabila tuan syurga sudah diperolehi oleh seseorang, maka secara automatiknya ia mendapat syurga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text