Social Icons

Selasa, 28 Julai 2015

Keputusan Ganti Muhyiddin, Keputusan Paling Sukar – Najib


PUTRAJAYA, 28 Julai – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rombakan kabinet yang diumumkan hari ini.

Rombakan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Menurut Najib, keputusan rombakan kabinet adalah untuk memperkukuhkan barisan Jemaah Menteri dalam menghadapi cabaran menguruskan negara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Keputusan saya menggantikan Muhyiddin dengan Ahmad Zahid serta empat orang menteri dan seorabg Timbalan Menteri serta dan perubahan portfolio dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran,” katanya.

Beliau berkata perubahan itu bagi memastikan pentadbiran di bawahnya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat pada PRU13.

“Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan negara, serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan,” katanya.

Menurut Najib, beliau boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan namun sebagai anggota Kabinet perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

“Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama ataupun ‘collective responsibility.

“Keputusan untuk menggantikan Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu,” kata Najib.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text