Social Icons

Sabtu, 4 Julai 2015

Jalan Mudah Mencipta Kegagalan

“Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan jahiliyah (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Dari segi bahasa, jahiliyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial. Menurut ayat al-Quran yang bermaksud:

"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik dari (hukum) Allah bagi orang yang yakin..." (Surah al-Maa’idah:50)

Manusia jahil adalah manusia yang rugi dunia,merana di akhirat.Ramai manusia jahil namun tidak sedar diri mereka jahil.Antara ciri manusia jahil adalah suka buruk sangka.Contohnya :

* Orang yg suka beribadah disangka riak

* Orang yg suka rileks disangka malas

* Orang yg suka pakai baju baru disangka suka menunjuk2

* Orang yg suka pakai baju lama disangka zuhud

* Orang yg suka makan banyak disangka lahap

* Orang yg makan sikit disangka diet

* Orang yg baik disangka buruk

* Orang yg buruk disangka baik

* Orang yg senyum disangka mengejek

* Orang yg masam disangka merajuk

* Orang yg bermuzakarah disangka mengumpat

* Orang yg diam disangka menyendiri

* Orang yg nampak menawan disangka pakai susuk

* Orang yg nampak ceria disangka bela hantu

Itulah antara contoh manusia yang suka berprasangka buruk.Prasangka buruk adalah sifat mazmumah dan tercela.

Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku : mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ?" Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial berlaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( Hadis daif riwayat Imam Thabrani)

“Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa Yang dilakukannya.” (Al-Isra : 36)

Bersangka baiklah kepada semua orang, kerana sangka baik itu menguntungkan semua pihak dan perbuatan tersebut adalah perbuatan mahmudah (terpuji). Jangan sesekali bersangka jahat kepada orang, terutamanya saudara sesama Islam, kerana ia merugikan semua pihak dan dosanya juga besar. Jika ada orang yang mempunyai sifat ini, lekas-lekaslah beristighfar kepada Allah, kerana Allah menerima taubat hambanya.

Manusia yang suka bersangka buruk adalah manusia JAHIL walaupun mereka memakai jubah atau kot.Siapa pun manusia,jika bersangka buruk,mereka adalah manusia JAHIL.


Allah ikut sangkaan hambaNya
Bahaya sekiranya ...kita selalu memikirkan masalah...kerana ia akan menarik lebih banyak masalah...Adalah lebih baik....kita selalu memikirkan penyelesaian masalah..........mudah mudahan ia akan mendorong lebih banyak idea untuk menyelesaikan masalah...

Atau lebih baik kita banyak memikirkan kejayaan kerana ia akan mendorong kita untuk lebih banyak mencapai kejayaan di masa hadapan....orang berjaya selalu memikirkan kejayaan manakala orang yang gagal selalu memikirkan kegagalan...


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text