Dengan tekanan ekonomi yang semakin sendat, kiri kanan depan belakang semuanya nak duit, golongan berpendapatan rendah terpaksa buat 2,3 kerja sehari. Ada yang siang kerja makan gaji, malamnya kerja jaga. Tidak dapat tidur yang cukup. Badan jadi kurus kering, mata cengkung macam penagih dadah.
Ada pula yang siang kerja kerani, malam bawa teksi. Dan ramai pula yang ambil langkah cari duit tambahan dengan berniaga. Semuanya hendak membebaskan diri dari kemelut ekonomi yang menggerunkan sekarang ini.
Apapun setiap orang wajar menghargai setiap usaha mencari rezeki yang halal. Tidak elok mengata menghina. Setiap orang ada hak untuk memilih jalan hidupnya sendiri terutama dalam soal pekerjaan mencari nafkah kehidupan.
Ikuti kisah menarik seorang insan yang dipandang hina oleh keluarga sendiri - hanya kerana dia berniaga nasi lemak di tepi jalan. Ikuti luahan hatinya..

Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah rm2.8k sebulan. Balik kampung bercakap megah, ayat berapi dan takabbur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni.
Tapi kerja setahun dapat pakai kereta myvi SE. Masa nak enjoy dan keluar melancong memang terhad. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup terikat dan tak enjoy… Wow hebat tak terhingga.
Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Lepas tu balik tidur dengan nyenyak. Hanya 4 jam kerja dapat income RM200 sehari paling minima (RM6,000 minima sebulan). Setelah setahun berniaga. Aku pakai honda civic type r jer pun. Alhamdulillah dah dapat pergi 5 negara termasuk ke Mekah selang 3 tahun sekali.
Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti col aku nak pinjam duit. Bukan nak riak… tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa. Untuk kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat, janganlah pandang rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan. Hakikatnya poket mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan.
Kadang-kadang orang yang sombong adalah orang mendapat sedikit nikmat tetapi bermegah-megah dengan nikmat yang sedikit itu. KREDIT FB.
KREDIT SUMBER: AMEKAW
0 ulasan:
Catat Ulasan