Social Icons

Isnin, 18 April 2016

Tak Terbayangkan!! Apa Yang Akan Didapatkan Di Neraka!!

Setiap sehelai rambut wanita yang diperlihatkan kepada lelaki ajnabi (BUKAN MAHRAM) akan diganjarkan sebanyak 10 kali ganda dosa..

Itu hanya untuk sekadar yang sekilas pandang - tak termasuk yang mmandang secara renungan nafsu dan terbawa- bawa dalam ingatan atau khayalan..

Mengikut kajian, PURATA rambut manusia yang ada dikepala adalah sebanyak 100,000 helai. 100,00 x 10 = 1,000,000 (satu juta dosa), itu hanya utk SEORANG lelaki ajnabi yang melihat rambutnya..

Katakan dalam sehari paling kurang 5 lelaki ajnabi yang melihat..

5 x 1,000,000 = 5 juta dosa yg boleh diperolehi hanya dalam masa tak smpai 5 saat..

dan ketahuilah, samada kita tahu atau tak, dalam sehari ada berpuluh ribu saat yang perlu kita lalui untuk sampai pada keesokan harinya..(jika umur panjang).

Katakan pula aurat dibiarkan untuk ditatap oleh lelaki-lelaki ajnabi selama 20 tahun - jika dikira umur kita hidup di dunia... Katakanlah 5 juta kiraan dosa itu untuk sehari maka jumlahnya setahun: 5 juta x 365 hari: 1,825,000,000

DAN JIKA DEDAH RAMBUT SELAMA 20TAHUN?  1.825 BILLION DOSA X 20 TAHUN: 35.5 BILLION DOSA? Masya Allah!!

Itu kalau sehari 5 orang sahaja yang melihat..klau 10? 20? 50? 100? 1,000????????


Aurat itu terbahagi kepada 3

Pertama, yang terzahir...tanpa engkau menutupkan bahagian-bahagian yang sepatutnya engkau hijabkan dari pandangan liar lelaki ajnabi..

Kedua, yang ternampak setelah engkau tutup..bermakna engkau memakai pakaian-pakaian yang kainnya nipis dan jarang sehingga menampakkan susuk tubuhmu..

Yang terakhir adalah apabila engkau berpakaian, engkau berpakaian yang mengikut bentuk tubuh..itu juga adalah aurat..

Wahai para kaum Hawa!!
Apabila sudah datang ketetapan dari Tuhan buat dirimu, maka kau ikutlah..ketetapan Nya yang bukan bermaksud untuk mnyusahkanmu,tetapi hanya semata mata untuk melindungi dirimu, maruahmu dan jua harga dirimu kerana kau sangat istimewa!!

Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung diatas neraca yang mana hitungannya nanti sangat teliti..

Pada saat perbicaraan tentang dosa pahala yang kita kerjakan, Allah lah yang menjadi hakimnya dan kita sendrilah, tangan,kaki, jari, rambut dan segala yang ada pada diri kita, akan menjadi saksi pada setiap perlakuan kita...tidak akan ada lagi tipu muslihat yang akan membolehkan kita terlepas dari hitungan Allah..Lidah kita yang kini boleh petah berbicara akan tertutup rapat di Yaumil Mahsyar..

Setiap manusia akan diadili seadil-adilnya..dan berbahagialah orang-orang yang ketika didunianya sentiasa takut dan mencari keredhaan Allah azza wa jalla... 

"Mereka akan mendapat bahagian sesuai dengan yang mereka usahakan, Allah Maha Cermat dan cepat dalam menghitung amal hamba-Nya"
(Al-Baqarah :: 202)

"Apabila kamu menyimpang dari jalan Allah, setelah keterangan dan bukti kebenarannya kamu ketahui, maka ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"
(Al-Baqarah :: 209)

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam agama Islam secara keseluruhannya (mematuhi segala hukum-hakamnya) dan janganlah kamu mengikuti jejak lagkah syaitan, dia itu adalah musuhmu yang jelas."
(Al- Baqarah :: 208) 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text