Social Icons

Sabtu, 1 Julai 2017

Aidil Fitri Di Sisi Hamba-Hamba Allah Yang Bertaqwa

Marilah kita sama-sama suburkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan nikmat dapat berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan tahun ini. Marilah juga kita bersyukur kerana pagi ini kita dapat bertakbir bertahmid serta menunai solat sunat Aidil Fitri. Ini semua adalah belas kasihan Allah kepada kita dengan keberkatan mursyid dan para pemimpin hati

Sebagai bukti syukur kita kepada Allah SWT, marilah kita kuatkan azam dengan keyakinan yang lebih padu untuk terus berjuang, untuk membela Allah dan Rasul, membela Islam!! “Islam tu tinggi tiada yang lebih tinggi darinya”

Perjuangan menegakkan sistem hidup Islam mesti di perjuangkan hingga menjadi hidup mati kita sebagai umat Islam Justeru itu apabila kita berhari raya, ziarah menziarahi, kita tetap berjuang. Bukannya bila berhari raya, kita berhenti dari berjuang. Bukan bermakna bila berhari raya, kita lalai selalai-lalainya sedangkan yang layak berhari raya hanyalah orang-orang bertaqwa..Kerana merekalah orang yang merasa paling tidak layak. Kita semua sepatutnya merasa tidak layak kerana gagal di bulan Ramadhan untuk dapatkan hati hamba sehamba-hambanya. Kita hanya menumpang meraikan kemenangan orang bertaqwa sedangkan kita sendiri adalah orang-orang yang gagal.

Hakikatnya kita mahu berhari raya dengan merasakjan ada Allah dalam hati kita. Allahlah yang memimpin hati kita untuk terus dipandu dan di pimpin untuk kekal rasa bersalah, rasa sedih dengan pemergian Ramadhan, rasa gagal menghayati Ramadhan, rasa berdosa kerana masih ada rasa berbuat dan rasa cemas dengan nikmat berhari raya pada hari ini.

Orang yang sedang merasa hamba sebenar-benar hamba seperti mana hati para kekasih Allah akan menggeletar ketakutan di pagi raya kerana gagal di bulan Ramadhan sedangkan tahun hadapan dirasakan belum tentu masih ada peluang untuk berjumpa dengannya lagi.. Mereka merasakan mereka gagal di bulan yang penuh rahmat dan keampunan Tuhan, bagaimanalah mereka akan dapat lulus di bulan-bulan yang lain!! Mengenangkan ini, hati mereka akan menangis cemas dan kesal kerana pasti mereka akan gagal, pasti mereka akan kecundang!! 

Walau pun, kita berharap semakin ramai yang berubah ke arah lebih baik setelah menempuh Ramadhan kali ini...tapi, tetaplah kita rasa cemas kerana takut-takut semakin ramai yang jadi semakin jahat. Inilah yang ditangisi oleh para kekasih Allah di pagi raya Aidil Fitri kerana merasakan masih gagal dalam berbagai-bagi sudut. 

Kita bermohonlah pada Allah, agar dipimpin dan dibantulah para pemimpin kita dalam mendidik kita dan keluarga kita, dalam mengurus dan mentadbir soal-soal rohaniah dan lahiriah kita, dalam mengatur strategi perjuangan, dalam mengendalikan sebarang permasalahan dan dalam melayani keperluan semua golongan masyarakat. 

Kita juga memohon kepada Allah, agar Dia mengampunkanlah dosa-dosa kita, dosa kedua ibubapa kita, guru-guru dan pemimpin kita serta dosa orang-orang pernah berjasa kepada kitai.

Ya Allah kami menyerah diri kepada Mu dengan azam untuk terus dipimpin oleh para pemimpin hati kami dalam membaiki diri kami agar kami berubah menjadi manusia-manusia yang ada rasa dengan Mu di hati kami. Ampunkan kami, taubatkan kami ya Allah!!

Ya Allah Ya Tuhan Kami, kami memohon berlindung daripada menjadi orang yang cuai, lalai dan santai dalam perjuangan. Janganlah kami termasuk dalam golongan yang menjadi musuh dalam selimut dalam bahtera perjuangan ini yang menebuk kapal perjuangan dari dalam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah dalam hati kami ada rasa takut setakut-takutnya pada Mu dan rindu serindu-rindunya kepada Rasulullah SAW.

Amin, Amin\, Amin Ya Allah Ya Tuhan kami!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text