GEORGE TOWN: Hampir 90 peratus daripada kes rogol bawah umur dilaporkan melibatkan orang dikenali termasuk teman lelaki, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan. Beliau berkata statistik kes rogol di negeri ini juga menunjukkan pelajar sekolah berumur antara 12 dan 16 tahun mencatatkan angka tertinggi menjadi mangsa rogol. Katanya, statistik menunjukkan hanya 10 hingga 14 peratus suspek yang terlibat dalam kes rogol tidak dikenali oleh mangsa. "Maksudnya hampir 90 peratus suspek dikenali mangsa seperti ahli keluarga, teman lelaki dan kenalan mangsa. Kajian juga menunjukkan teman lelaki mangsa adalah golongan yang paling banyak terlibat dalam kes ini," katanya semasa merasmikan 'Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat" di sini hari ini yang dihadiri anggota polis, guru, pelajar sekolah dan universiti dan penjawat awam. Seminar sehari itu bertujuan memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang kesan pergaulan seks...
Ulasan
Catat Ulasan