Di dalam dunia ini ramai manusia pelik yang berhati mulia. Di celah-celah berjuta manusia ramai yang pelbagai ragam, biasanya ada terselit satu dua sosok tubuh insan berharga di sisi Tuhan. Itulah yang patut kita fahami agar kita tidak tersilap menanggapi seseorang. Manusia kekasih Tuhan mempunyai pelbagai ragam dan watak tersendiri. Tidak semua manusia biasa memahaminya. Tetapi bagi yang punya firasat dan ketepatan rasa hati, mereka akan cepat mengenal mana intan mana yang kaca.
Kepada anak cucu semua, jadilah orang yang beruntung iaitu mereka yang dapat mengenali siapa kekasih Allah di atas muka bumi ini. Jika kita berupaya mengenali mereka, dapatlah pula kita beradab sopan dan berakhlak dengannya. Janganlah kita tersilap dalam menilai hal sebegini kerana buruk padahnya. Orang-orang Tuhan bertindak dan berbuat penuh dengan rahsia tersirat. Hanya hati yang dipimpin Tuhan sahaja yang akan mampu menyedarinya...
Bacalah pengalaman seorang hamba Allah seperti berikut....KLIK UNTUK SUMBER
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku
singgah sarapan di bazar Batu Buruk sementara menunggu interview di
steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan
Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang
“lusuh ” karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat
singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.
Duduk bersandar di tiang bazar dekat
dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang
gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak.
Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai
terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun
balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata
“pakcik dah makan nak.. terima kasih nak..” Dalam hati terdetik sungguh
indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa
kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan
kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas:
Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari.
Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. “Jika orang ini ayah kandung
pakcik, pakcik halau tak dia?” Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan
bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik
td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka
kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku
jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku
pegi semula pada pakcik kopiah tu. “Pakcik, saya sunyi makan sorang2,
pakcik teman saya makan jom.” Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana
kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun
kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau
itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat
sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana,
tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku
terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga
pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik
kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik
sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji.
Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah…
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak
menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku
panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup
dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh…. Pakcik tu
nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku.
Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul
surat sebagai dompet dia, dalam tu duit seratus
setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas
tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan
apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan
oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah.
Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang
agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu
apabila aku dengar suara “amin…..” dengan suara yang ramai. Bila aku
berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik
kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan
keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!!
Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh
seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap
terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke
motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada
pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula
mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci
motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2
keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: “Ambil duit ni
buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang
mengidam..” Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi.
Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka
helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia
tahu aku dalam kesusahan…
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
0 ulasan:
Catat Ulasan