Sebuah cerita telah dituliskan dengan tinta emas dalam lipatan sejarah Khalifah Harun Ar-Rasyid oleh para penulis kisah-kisah sufi. Diceritakan bahawa salah seorang putera Khalifah Harun Ar-Rasiyd berbeza perangainya dengan putera-puteranya yang lain. Ia lebih suka berzikir kepada Allah dari mendengar hiburan, lebih suka menziarahi dan berkumpul dengan orang-orang zuhud yang ahli ibadah daripada berkumpul dengan keluarganya yang hidup mewah di istana. Suatu hal lagi yang paling menarik perhatian orang ramai ialah anak ini sentiasa pergi ke kubur, tanpa mengira masa. Di sanalah ia menangis kerana mengingatkan mati dan ingat pula akan balasan apa yang sedang diterima oleh ahli kubur.
“Wahai ahli kubur! Engkau adalah orang-orang yang telah mendahului kami menghadap Allah. Aku tahu bahawa engkau semua adalah orang-orang yang memiliki dunia, tapi aku tidak nampak dunia ini dapat menyelamatkan engkau, dan akhirnya engkau dihalau juga ke dalam kubur,” kata anak Khalifah itu apabila berada di atas perkuburan. Kemudian ia berkata lagi: “Wahai diriku, aku juga akan menjadi seperti mereka.” Kemudian menangis semahu-mahunya kerana ingatannya akan kematian memuncak lagi. Di sela-sela tangisannya itu, keluarlah kata-kata: “Setiap hari kita dikejutkan oleh jenazah-jenazah yang diusung. Tangisan mereka yang berdukacita akibat kematian juga menggelisahkan kami.”
Pada suatu hari anak muda ini datang kepada ayahnya Khalifah Harun Ar-Rasyid yang sedang berada di sebuah majlis bersama para menteri, pegawai tinggi kerajaan dan kaum kerabat istana. Ia memakai jubah sufi yang sudah lusuh dan di kepalanya pula terlilit serban yang sudah buruk pula. Beberapa pegawai tinggi merasa tidak senang dengan kehadiran putera Khalifah yang memakai pakaian tidak kemas dan tidak sesuai dengan keadaan anak-anak raja. Mereka berbisik sesama sendiri: “Putera Khalifah yang satu ini menyampahlah. Ia telah memberi kita malu di hadapan orang-orang besar.” kemudian berkata lagi: “Elok kita laporkan saja perkara ini kepada Khalifah, barangkali beliau akan memanggil dan memberinya nasihat, agar ia kembali pada keadaan yang sesuai.”
Khalifah yang pada mulanya tidak begitu mengambil kisah akan masalah anaknya yang satu ini kerana ia tahu maqam keadaannya, akan tetapi kerana bisikan orang lain, beliau pun memanggilnya dan berkata: “Wahai anakku! Pakaian dan keadaan dirimu itu menyinggung perasaanku di hadapan orang-orang besar. Pakailah yang cantik sedikit.”
Si anak tidak menjawab atau menyanggah perkataan ayahnya, kerana ia seorang anak yang taat kepada ayahnya dan tidak pernah membantahnya. Ia menundukkan kepala, kemudian memandang ke atas istana dan dilihatnya di sana ada seekor burung sedang bertenggek di atas salah sebuah bumbung istana. “Wahai burung!” kata anak itu, “Demi Tuhan yang menjadikan engkau, sila ke mari!” Sambil berkata demikian ia menghulurkan tapak tangannya, dan ternyata burung itu pun terbang ke bawah dan hinggap di tapak tangannya.
Kejadian ajaib ini membuat orang yang hadir termasuk Khalifah menjadi hairan. Namun beliau sedar bahawa anaknya yang satu itu memang tinggi maqamnya di sisi Allah. “ Sila engkau balik semula ke tempatmu!” kata anak itu kepada burung. Ketika itu juga burung terbang semula ke atas bumbung. Sebentar kemudian anak Khalifah itu berkata lagi: “Wahai burung! Demi Tuhan yang telah menjadikan engkau, silalah engkau hinggap di tapak tangan Khalifah.”
Ternyata burung tidak mahu menurut perintahnya, kerana disuruh hinggap di tangan Khalifah Harun Ar-Rasyid bukannya di tangannya sendiri. “Engkaulah yang telah membuat aku malu kerana kecintaanmu terhadap dunia, sampai burungpun tidak mahu menghampirimu,” kata anak itu menyelar Khalifah apabila burung tidak sudi menghampirinya. “Kalau Khalifah merasa malu disebabkan aku berada di sini, baiklah aku akan beredar dari istana,” kata anak itu lagi kepada Khalifah, ayahnya.
Khalifah berusaha menghalang maksud anaknya, namun ia tetap pada pendiriannya. Maka keluarlah ia dari istana meninggalkan ayah dan ibunya menuju Basrah. Ia tidak membawa apa-apa bekal selain daripada sebuah Mashraf Al-Quran dan sebentuk cincin dari ibunya. Cincin itu dari jenis yang mahal dan hanya dipakai khas oleh isteri Khalifah, kerana asalnya cincin itu milik Khalifah Harun yang diberikan kepada isterinya.
Di Basrah, ia tidak mahu menjual barang pemberian ibunya. Oleh kerana itu ia mencari kerja untuk menyara hidupnya. Kebetulan di Basrah ada seorang yang sedang mencari pekerja untuk melakukan kerja-kerja mengorek tanah dan memagar rumahnya. Apabila melihat anak muda itu sedang mundar-mandir mencari kerja, dia berkata: “Wahai anak muda! Adakah engkau mencari kerja?” “Ya, saya,” jawabnya. “Betulkah engkau mahu bekerja?” “Betul. Mengapa pula aku tidak mahu bekerja sedangkan aku diciptakan memang untuk bekerja.” “Kalau begitu bekerjalah dengan saya.” “Tapi tolong ceritakan, kerja apa yang akan kau berikan kepadaku?” “Kerja mengorek tanah,” jawab tauke itu. “Boleh, tapi aku akan mengajukan beberapa syarat. Pertama, aku minta upah satu perpuluhsn enam dirham sehari. Yang kedua, jika waktu solat, izinkan aku berhenti sekejap untuk mengerjakan solat.” “Itu saja syaratnya?” tanya tauke. “Ya itu saja.” “Kalau hanya itu tidak ada masalah, aku akan penuhi semua permintaanmu dan engkau bebas melakukan solat bila sudah masuk waktunya.”
Setelah kedua-dua belah pihak saling menyetujui persyaratan yang diajukan, maka Abu Amir membawa anak muda itu ke tempat pekerjaannya. Setelah memberikan nasihat dan tunjuk ajar seperlunya, Abu Amir pergi ke tempat lain untuk menguruskan kerja-kerja yang lain. Maka bekerjalah anak muda itu dengan tekun dan tidak mencuri tulang. Apabila masuk waktu solat, ia berhenti, mengambil wuduk lalu solat, dan kemudian menyambung kerjanya semula.
Apabila waktu maghrib tiba, Abu Amir datang melihat hasil kerjanya. Alangkah terkejutnya apabila ia mendapati hasil kerjanya sama dengan kerja sepuluh orang. Oleh kerana itu Abu Amir merasa tidak patut membayarnya dengan upah seperti yang dimintanay. Maka iapun menghulurkan dua dirham. “Wahai Abu Amir! Mengapa upahku sampai dua dirham?” tanyanya. “ Kerjamu sangat banyak, jadi aku membayarnya terlalu sedikit.” “Tidak boleh. Kita sudah mengikat janji dengan upah satu perpuluhan enam dirham, tidak boleh lebih. Sila ambil bakinya,” katanya tegas. Amir bertambah hairan, baru sekarang ia berjumpa dengan pekerja yang tidak mahu dibayar lebih walaupun kerjanya memang banyak.
Keesokan harinya Abu Amir pergi lagi ke pasar mencari pemuda itu untuk disuruhnya bekerja, tapi sayang setelah berpusing-pusing mencarinya, pemuda itu tidak ada. Kemudian ada orang memberitahu bahawa anak muda itu tidak bekerja melainkan pada hari Sabtu sahaja. Maka pada hari Sabtu berikutnya, barulah Abu Amir bertemu dengan pemuda itu dan diajaknya bekerja. Iapun setuju dengan syarat seperti pada Sabtu yang lalu. Apabila waktu maghrib tiba, Abu Amir pergi untuk melihat hasil kerjanya, ternyata hasil kerjanya sangat banyak, tidak patut kerja seorang dalam sehari. “Tentu anak muda ini seorang wali Allah,” kata Abu Amir dalam hatinya.
Keesokan harinya Abu Amir pergi lagi ke pasar mencari pemuda itu untuk disuruhnya bekerja, tapi sayang setelah berpusing-pusing mencarinya, pemuda itu tidak ada. Kemudian ada orang memberitahu bahawa anak muda itu tidak bekerja melainkan pada hari Sabtu sahaja. Maka pada hari Sabtu berikutnya, barulah Abu Amir bertemu dengan pemuda itu dan diajaknya bekerja. Iapun setuju dengan syarat seperti pada Sabtu yang lalu. Apabila waktu maghrib tiba, Abu Amir pergi untuk melihat hasil kerjanya, ternyata hasil kerjanya sangat banyak, tidak patut kerja seorang dalam sehari. “Tentu anak muda ini seorang wali Allah,” kata Abu Amir dalam hatinya.
Apabila ia akan membayarnya lebih, anak muda itu tidak mahu, dengan alasan melanggar perjanjian yang telah dibuat bersama. Pada hari Sabtu yang ketiga, Abu Amir pergi mencarinya lagi untuk bekerja, namun anak muda itu tidak datang-datang ke pasar lagi. Ada yang memberitahu bahawa ia sudah tiga hari terbaring di pondoknya kerana sakit tenat. Maka Abu Amir segera pergi menziarahinya dan didapatinya ia sedang terbaring di dalam sebuah rumah kecil yang tidak berpintu dengan berbantalkan pecahan batu-batu bata. Ia kelihatan sangat lemah kerana penyakitnya sangat teruk dan sedang dalam keadaan tenat.
Setelah memberikan salam, Abu Amir memegang kepala anak muda itu dan diletakkannya diribaannya. Apabila ia mengetahui bahawa yang datang itu adalah Abu Amir, ia berkata: “Wahai sahabatku! Janganlah engkau tertipu oleh nikmat ketahuilah nikmat itu akan habis dan umurpun akan tamat. Jika engkau mengetahui masalah suatu kaum walau sekali, ketahuilah akan ditanya tentang mereka pasti. Jika engkau membawa mayat ke kubur di dalam usung, ketahuilah selepas itu engkau juga akan diusung.
Menitis air mata Abu Amir mendengar nasihat anak muda itu, seolah-olah ia memberikan nasihat yang terakhir. “Wahai Abu Amir,” katanya lagi,” Jika rohku telah berpisah dengan tubuh kasarku, hendaklah rngkau sendiri yang memandikan mayatku. Engkau kapankan aku dengan jubahku ini.”
Menitis air mata Abu Amir mendengar nasihat anak muda itu, seolah-olah ia memberikan nasihat yang terakhir. “Wahai Abu Amir,” katanya lagi,” Jika rohku telah berpisah dengan tubuh kasarku, hendaklah rngkau sendiri yang memandikan mayatku. Engkau kapankan aku dengan jubahku ini.”
Demikian kisahnya... Allah!!! Bilakah hati kita menjadi seperti hatinya?
0 ulasan:
Catat Ulasan