Jika anda bercuti di negara Bolivia yang terletak di Amerika Selatan, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman penuh cabaran dengan menaiki bas pelancongan yang melalui Jalan Yungas atau dikenali sebagai El Camino de la Muerte ataupun turut dipanggil sebagai Jalan Maut. Laluan ini telah meragut sekitar 200 hingga 300 nyawa setiap tahun. Ianya adalah sepanjang 60 km dan diiktiraf sebagai Jalan Paling Bahaya Di Dunia pada tahun 1995 kerana ramai penggunanya telah kehilangan nyawa.
Ketinggiannya adalah 4640 meter dari paras laut. Struktur permukaan tanahnya yang curam, berlumpur, dan sempit boleh menyebabkan kenderaan tergelincir jatuh kira-kira lebih 1000 meter ke bawah. Kebiasaannya mangsa yang terjatuh akan terus terkubur disitu tanpa mampu diselamatkan biarpun bagi proses untuk mengeluarkan mayat.

0 ulasan:
Catat Ulasan