Anak cucu dan remaja sekelian!
Pak Lang hairan dengan sikap ramai remaja yang dengan mudah bertindak sesuatu yang membahayakan diri. Remaja perempuan lebih-lebih lagi sangat perlu berhati-hati. Sebab itu Pak Lang selalu ingatkan, jadilah remaja yang matang dan cekap dalam membuat keputusan. Jangan ambil mudah hal ini kerana sekali tersilap, padahnya dirasakan seumur hidup.
Jalan yang terpaksa kita tempuh di dalam hidup kita kadang-kadang bermula dengan kesilapan kita membuat keputusan. Sebab itu sebagai remaja yang sangat inginkan kejayaan, siapkanlah diri dengan berbagai ciri yang positif dan cemerlang. Ciri-ciri ini akan membantu kita dalam membuat keputusan.
Ingatlah ukuran cemerlang yang sebenarnya ialah menurut pandangan Tuhan terhadap kita. Remaja yang berpotensi itu asasnya pada hati yang takut dan cintakan Tuhan, rindukan Nabi. Jika remaja GISB pula, hubungan hati dengan Abuya dan Saiyidi Syeikh adalah suatu ciri yang sangat bermakna. Keberkatan hidup terpancar dari hati yang sebegini.
Inilah rahsia mengapa kebanyakan remaja Ikhwan (GISB) berjaya dan terselamat dari gejala sosial. Bahkan mereka layak menjadi model remaja yang lain. Mereka melepasi masa remaja mereka dengan pelbagai aktiviti mendidik jiwa, mengasah bakat dan keupayaan masing-masing. Tidak ada istilah lepak atau rempit. Kehidupan mereka adalah kehidupan pejuang. Setiap detik dan hari yang berlalu adalah masa mereka bermuhasabah diri dan terus bangkit memperbaiki kelemahan atau kekurangan.
Sebab itu bagi anak-anak yang bukan remaja GISB, jadilah anak-anak yang menyejukkan hati ibu bapa. Inilah kerja utama remaja yang mahu selamat dan cemerlang. Jika yang sudah berkahwin, mentaati suami sepenuh hati adalah jalan keselamatan dan kebahagiaan. Layarilah rumah tangga dengan menjadikan suami pemimpin dan pendidik diri untuk terus meningkat.
Bagi kebanyakan
remaja yang belum berkahwin, mendapatkan pandangan, keizinan dan restu
ibubapa merupakan suatu yang tidak dapat tidak. Janganlah anggap kita lebih bijak dan pandai daripada ibubapa yang melahir dan membesarkan kita. Mereka sangat arif tentang diri kita. Sebab itu Tuhan menetapkan kewajipan mentaati ibubapa kepada anak-anak. Ertinya setiap orang anak itu sepatutnya menghargai kewujudan ibubapa dengan menjadikan mereka sumber rujukan, sumber nasihat dan tunjuk ajar. Tentulah keberkatannya besar dan berharga. Ikutlah kata nasihat ibubapa kerana pastilah ada jalan keselamatan hakiki untuk kita.
Satu contoh kejadian benar yang berlaku seperti di bawah ini sepatutnya menjadi iktibar anak cucu semua. Ini merupakan salah satu dari ribuan contoh betapa mudahnya remaja sekarang membuat kesilapan dalam bertindak. Jadi berhati-hatilah!!
Kejadian Berlaku Di BUKIT
MERTAJAM:
“Sepanjang 11 hari dikurung, saya tak diberi makan, tak
dibenarkan ke bilik air dan hanya terfikir mati kerana sering diugut
untuk ditikam jika cuba melepaskan diri,” kata Nor Sahanita Rahmat, 15,
menceritakan pengalaman ngerinya apabila diculik dan dikurung di sebuah
rumah di Lunas, Kulim.
Remaja itu dilaporkan hilang pada 4 April lalu dipercayai membonceng
motosikal bersama seorang lelaki berhampiran kawasan rumahnya di Kampung
Bukit Kechil, Juru, dekat sini.
Bagaimanapun, katanya, dia sebenarnya diugut oleh kenalan kepada rakan
perempuannya supaya mengikut mereka ke tempat yang dirahsiakan.
Nor Sahanita berkata, pada hari kejadian, dia diajak rakannya untuk
berjumpa, tetapi apabila tiba di tempat dijanjikan, terdapat seorang
remaja lelaki dan perempuan menunggang motosikal lain ada bersama
rakannya itu.
“Remaja perempuan yang berusia belasan tahun itu minta saya dan rakan
mengikutnya dan jika kami enggan, dia mengugut mahu menikam kami dengan
pisau yang dibawa dan kerana takut kami berdua hanya mampu mengikut
arahannya.
“Mereka membawa kami ke sebuah rumah kosong yang terletak di ladang
kelapa sawit di Lunas, Kulim, tanpa mengetahui tujuan sebenar dibawa ke
sana,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Sejak itu, Nor Sahanita dikurung di dalam sebuah bilik kosong dalam
rumah berkenaan dengan tangan diikat, manakala rakannya diikat mulut dan
diletakkan di ruang tamu rumah.
Katanya, sepanjang dikurung, kira-kira tujuh remaja lelaki dan perempuan menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat menghisap dadah.
Katanya, sepanjang dikurung, kira-kira tujuh remaja lelaki dan perempuan menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat menghisap dadah.
“Hampir setiap masa di depan mata saya mereka menghisap dadah dan
perasaan takut menghantui diri jika mereka yang dalam keadaan khayal itu
menyuntik dadah ke badan saya atau melakukan sesuatu.
“Saya turut dibawa ke Selama dan Taiping, Perak dengan motosikal untuk
membeli dadah walaupun keadaan saya sangat lemah ketika itu kerana tak
diberi makan langsung,” katanya.
Menurut Nor Sahanita, nasibnya baik kerana abang kepada seorang ahli kumpulan berkenaan datang pada Jumaat malam untuk berjumpa adiknya dan dia mengambil kesempatan itu menjerit meminta tolong.
Menurut Nor Sahanita, nasibnya baik kerana abang kepada seorang ahli kumpulan berkenaan datang pada Jumaat malam untuk berjumpa adiknya dan dia mengambil kesempatan itu menjerit meminta tolong.
Dia kemudian dibawa ke rumah lelaki terbabit untuk diberi makan sebelum
dihantar pulang kira-kira jam 4 petang kelmarin (Ahad), tetapi hanya
ditinggalkan di Plaza Tol Juru tanpa diketahui sebabnya.
Kejadian itu menyebabkan Nor Sahanita trauma dan takut untuk keluar
seorang diri, malah dia akan minta ahli keluarga menemaninya jika mahu
keluar rumah bagi mengelak kejadian sama berulang.
Sementara itu, bapanya, Rahmat Eussoff, 47, berkata dia menerima
panggilan telefon daripada kakitangan peronda Projek Lebuhraya Utara
Selatan (Plus) yang memberitahu Nor Sahanita ada di Plaza Tol Juru.
Sumber : Harian Metro (
0 ulasan:
Catat Ulasan