Social Icons

Selasa, 18 Jun 2013

Tidak Boleh Dielak, Negara Dan Politik Baru Wajib Berlaku

Bacalah luahan hati masyarakat terhadap situasi yang ada dalam negara kita yang tercinta. Ada banyak perkara yang tidak kena telah, sedang dan akan terus berlaku. Tetapi dalam masa sama, ada arus yang kuat sedang menolak negara ini kepada satu suasana baru yang lebih harmoni dan menenangkan semua pihak. 

Arus ini ialah keghairahan masyarakat yang ingin kembali kepada Tuhan. Ketika kelompok yang sedia rakus dengan kekayaan negara, ada gerombolan rakyat yang secara senyap membenci dan mengenepikan golongan perakus tadi dengan cara mereka yang tersendiri. Samada golongan perakus ini sedar atau tidak, rakyat yang meluat dengan karenah mereka sudah tidak boleh dipujuk atau dibendung. Situasi ini tidak akan menyusut tetapi sebaliknya ia akan teruS berkembang dan membiak. Bacalah paparan berikut. KLIK UNTUK SUMBER

Kumpulan yang kecil, jika ia bermuafakat dan bersatu serta ‘organized’ akan menjadi majoriti. Maksudnya jika sekumpulan yang kecil jika mempunyai organisasi yang baik dan lengkap ia akan mempunyai pengaruh yang besar dalam sesebuah masyarakat atau negara. Ia akan mampu mengalahkan dan mendahului kumpulan yang besar yang berpuak-puak dan berpecah belah.

Dalam dunia ini kaum yahudi merupakan kaum yang terkecil tetapi kaum ini menguasai semua bidang kehidupan manusia dalam dunia ini. Di negara ini kaum Cina sudah menunjukkan bukti kenyataan ini, kerana dengan penduduk yang hanya 25 peratus sahaja ia telah menunjukkan kesepaduan mereka dan telah berjaya mempengaruhi keadaan politik negara, lebih jelas lagi semasa PRU ke 13 yang baru lalu ini..

Di sebaliknya kaum Melayu yang melebihi 60 peratus penduduk negara ini berpecah belah dan hampir sahaja menjadi mangsa politik perkauman yang jelas-jelasnya telah menjatuhkan kekuatan siasah negara ini.

Negara mencapai kemerdekaannya sudah menghampiri enam dekad dan kemajuan yang dicapai oleh negara amat pesat dan kita perlu akui yang kaum Cina yang mempunyai hanya 25 peratus jumlah penduduk telah memainkan peranan membangunkan negara dan menguasai sebahagian besar ekonomi negara ini.

Bagi kaum Cina perniagaan dan perdagangan serta industri ini sudah menjadi darah daging mereka dan kaum ini telah melalui banyak kepayahan untuk membentuk bangsa ini untuk menjadi bangsa yang sentiasa bekerja kuat dan membina ekonomi bangsanya sampai ketahap yang ada pada hari ini.

Rakan kita dari kaum Cina ini begitu ‘organized’ sehinggakan kumpulan yang dianggap kecil seolah-olah sudah menjadi kumpulan majoriti kerana kemampuan mereka mempengaruhi keadaan negara dalam semua bidang kehidupan, lebih-lebih lagi dalam bidang ekonomi dan politik.

Berbagai-bagai dasar telah digubal untuk mengimbangi penguasaan harta kekayaan negara secara ‘equitable’ tetapi sehingga hari ini matlamat DEB yang mengandungi dasar ini telah gagal dilaksanakan oleh kerajaan sejak tahun lapan puluhan dahulu. Kejayaan awal dasar ini telah dicapai dan mendapat sokongan dari bangsa-bangsa lain di negara ini semasa itu, iaitu dalam lingkungan tahun-tahun tujuh puluhan dan awal lapan puluhan dahulu.

Semasa itu kaum Cina sendiri merasakan yang dasar itu perlu disokong kerana mereka mengakui yang hidup berniaga dan berpolitik di negara ini tidak akan ada kestabilannya sehingga semua kaum menikmati kekayaan negara secara ‘equitable’ semasa itu. Tetapi pimpinan Melayu sendiri telah mengabaikan dasar ini dan menumpukan untuk membina negara ini sebagai negara maju dan perindustrian secara kilat.

Benar, negara kita maju dalam industri dan perniagaan, tetapi pengabaian dasar untuk membentuk rakyat yang mempunyai pegangan kekayaan dan pendapatan secara ‘equitable’ itu telah melenyapkan harapan orang melayu untuk bersama-sama berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan dari bangsa lain di negara ini. Sampai kehari ini matlamat itu tidak dapat dicapai.

Dalam pada itu bangsa Cina sudah melalui zaman dan generasi yang baru yang telah terlupa tentang tanggungjawab mereka untuk bersama-sama membantu mengimbangi penguasaan ekonomi dan kekayaan negara kita ini. Apabila sampai situasi ini maka wujud keadaan dalam mana orang Melayu tidak mencapai apa-apa dan di samping itu dituduh mendapat layanan istimewa kerajaan terus-terusan. Maka orang Melayu tersepit sehingga ke hari ini.

Akhirnya bangsa Cina menganggap Melayu itu sebagai bangsa pengemis yang kebanyakkan dikalangan yang ada disekeliling mereka yang berkuasa hanyalah sebagai ‘rent seekers’ semata-mata. Di beberapa blog didalam media alternatif komen-komen mencarutkan bangsa Melayu oeh bangsa bukan melayu kerap kita lihat dan terbaca.

Perasaan resah gelisah ini diperguna oleh pihak yang ingin menguasai politik negara samada dari pihak kerajaan mahu pun dari pihak pembangkang. Inilah akibatnya jika dasar-dasar yang boleh diguna-pakai buat jangka masa yang panjang itu dicemari oleh pimpinan yang mewarisi kepimpinan negara selepas tahun tujuh puluhan dahulu.

Kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang sudah tidak dapat menerima apa yang sedang berlaku sekarang. Pihak kerajaan tidak tahu apa kebaikan yang mereka lakukan dan pihak pembangkang pula mengambil kesempatan ini untuk memanjat tangga kekuasaan  politik yang sangat asing dari apa yang kita alami lama dahulu.

Sekarang sudah hilang suasana dalam mana setiap kaum bekerjasama untuk menjayakan dasar yang menguntungkan semua pihak semasa itu.

Itu sebab saya selalu menyarankan yang negara kita amat memerlukan pembaharuan dan memulakan negara yang baru, sistem yang baru dengan barisan pemimpin yang lain dari yang ada pada hari ini untuk membina sebuah negara yang baru itu Negara memerlukan seseorang yang berkemampuan unutk membina ‘architecture’ politik yang baru untuk menamatkan budaya menghina dan memaki hamun pihak-pihak yang berlawanan.

Segala kata-kata kasar dan kesat yang keluar dari mereka yang baru sahaja mengenal politik atau hendak berjinak dengan politik. Kadangkala mereka menggunakan kata-kata yang begitu kesat seolah-olah mereka tidak pernah mendapat pemdidikan dari ibu bapa mereka.

Apabila berlainan pendapat maka mereka akan menjadi kasar dan biadap walaupun orang yang berbeza pendapat itu bercakap dengan beradab serta bersopan. Kalau dahulu saya mempunyai pandangan rendah ini terhadap penyokong BN, selepas pilihanraya apabila pihak yang telah tewas dan kecewa pula mengambil tempat mereka yang biadab sebelumnya itu.

Rupa-rupanya serupa sahaja sikap mereka dari kedua-dua pihak yang berbalah ini. Bagaimanalah mereka ini mampu mendapat sokongan ramai untuk membuat pembaharuan seperti yang mereka laungkan itu?

Saya teringat kepada satu perbilangan baru yang selalu kita dengar sekarang ini, iaitu ‘lebih sudu dari kuah’. Memaki hamun menjadi budaya mereka dengan menggunakan samaran ‘anonymous’.

Nasib baik juga pihak ini tidak menang dalam PRU yang lepas. Kalaulah mereka memenangi pilihanraya yang lalu, tidak dapat kita bayangkan betapa sombong dan angkuhnya sikap mereka itu sekarang ini.

Itulah sebabnya saya katakan ketentuan Tuhan itu adalah yang terbaik bukan sahaja untuk pihak yang mempertahankan kedudukan tetapi juga pihak yang melawan tetapi mendapat kekalahan itu.

Di sebalik ketentuan itu sudah semestinya ada hikmah yang tidak ternilai bagi semua pihak.

9 comments:

Kampong man said...
Salam semua,

1.Kita harus menerima dan akui adanya pembaharuan dalam scenarion politik negara terkini bermula dari 2008 dan juga terbaru 2013.Ini adalah hasil usha gigih pembangkang mahu menumbangkan kerajaan BN yang telah terlalu lama memerintah dengan kesepakatan PR bagi mengujudkan 'Two party system' saperti di Amerika diantara Republican dan Demokrat.Ini belum lagi tercapai kerana didalam kesepakatan PR terdapat juga TIDAK sepakatnya PR kerana mereka hanya setuju'Agree to disagree'dalam banyak isu controversial disebabkan perbezaan ideologi.

2.PRU 13 telah berlalu dan amatlah mencabar kerana tercabarnya kuasa politik orang Melayu kerana orang melayu sendiri mula menolak UMNO dan kaum Cina pula menolak MCA dan Gerakan hasil berbagai kempen PR melalui media alternatif dan sosial.Kita sendiri lihat penulisan blogger dan komen komen sebelum dan selepas pilihanraya amat berbeza sekali. Kini masa berkempen sudah tamat dan ini adalah masa untuk RECONCILIATION dan memperbaiki perpaduan diantara manusia amnya dan kaum khasnya.

3.Tidak dapat dinafikan kempen PR dan BN di PRU 13 telah gagal menyatupadukan rakyat malah polarisai kaum dan ketidakpercayaan antara kaum makin menebal.Pendekatan 1Malaysia oleh kerajaan BN gagal menarik kaum Cina memihak pada kerajaan walau apa pun usha dan sogokan yang kerajaan lakukan.Penolakan lebih 90% pengundi Cina pada kerajaan adalah satu message yang amat serius dan perlu difikirkan sebab sebab dan tujuannya dan cara mengatasinya.Ini memerlukan penyelesain jangka pendek dan panjang.

4.Tidak mudah menerima kekalahan tetapi jelas PR belum bersedia dan belum lagi diterima memerintah negara.Di PRU 14 nanti kita tidak tahu.

5.Selagi ekonomi orang Melayu tidak mendapat diperbaiki dan kekayaan negara dimonopoli oleh satu kaum KESTABILAN sukar dicapai.Orang Melayu tidak boleh menyalahkan kaum Cina sekira ekonomi mereka masih di tahap rendah.Sudah banyak kali saya sarankan hanya melalui PERNIAGAAN ekonomi keluarga boleh diperbaiki.Kejayaan dalam perniagaan dapat disambong dari bapa ke anak dan kecucu berterusan meneruskan perniagaan.Izinkan saya ulangi lagi lebih 93% orang Melayu masih lagi di kelompok WAGE EARNER (Makan gaji) dan sebaliknya (Lebih 93%) kaum Cina adalah masyarakat berniaga.Tidak hairan walaupun masyarakat Cina hanya 3% di Indonesia mereka perolehi lebih dari 90% kekayaan negara Indonesia melslui perniagaan.Menyalahkan kerajaan korup, kroni dan berbagai bagai nampaknya tidak jalan.Ia memerlukan PERUBAHAN SIKAP dan paradigm shift bagi perbaiki ekonomi dan purchasing power keluarga.Of course, yang paling penting adalah penekanan pada EDUCATION dan EDUCATION sebagai asas.

5.Kepada mereka yang telah berjaya dalam perniagaan teruskan memberi galakan dan membantu kaumnya dan yakinkan PERNIAGAAN DAN KEUSHAWAAN is the way forward.Pendekatan ini amat saya yakini sebagai saorang ushawan.Cheerio..

Salam.
 

3 ulasan:

  1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?" Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling - ingkar.

    BalasPadam
  2. [21] (Mereka selalu berkata: "Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)". Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya); maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.

    [22] (Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?

    [23] (Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya

    [24] (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

    [25] Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya), Syaitanlah yang memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka.

    BalasPadam
  3. [60] Demi sesungguhnya,jika orang-orang munafik, dan orang-orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja,

    [61] serta mereka tetap ditimpa laknat. Di mana sahaja mereka ditemui, mereka ditangkap dan dibunuh habis-habisan

    [62] Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu.

    BalasPadam

 

Sample text

Sample Text

Sample Text