Kita selalu dengar kes ibu bapa dibuang oleh anak-anak. Anak yang ditatang sejak kecil tidak lagi ada hati untuk memelihara dan menjaga ibubapa ketika mereka sudah tua. Anak yang diberi pelajaran tinggi, berjawatan besar, akhirnya 'menghalau' ibu bapa keluar dari rumah besar mereka.
Anak yang masih kuat bertenaga, sudah hilang perasaan kasih sayang terhadap insan yang memelihara mereka sejak 'sebesar tapak tangan' - sanggup menghantar ke rumah orang-orang tua dan tidak menjenguknya bertahun-tahun.
Demikianlah manusia. Aneh tetapi inilah hakikatnya. Kejamnya manusia mengalahkan haiwan yang ganas. Rakusnya manusia mengalahkan binatang rimba yang sentiasa mahu menguasai. Bahkan manusia lebih dahsyat dari iblis syaitan. Manusia syaitan sanggup tempeleng, pukul, sepak tendang, terajang ibubapa sendiri!!
Sebenarnya salah siapa?
Yang mendidik, mengasuh dan membimbing anak-anak sejak kecil ialah ibubapa sendiri. Lalu tentulah yang wajar disalahkan ialah diri sendiri.
Apapun anak-anak tetap bertanggung jawab terhadap ibubapa mereka. Secara semula jadi, fitrah manusia menghargai, memuliakan dan menyayangi ibubapa. Maka memikul amanah terhadap ibu bapa mesti di tanggung sampai mati. Bahkan ibubapa itu 'pemilik sebenar' bagi setiap anak dan segala apa yang anak itu miliki!!
Terdapat sebuah pertanyaan di suatu majlis ilmu yang menarik untuk dikongsi di sini:
Penanya : Wahai Syeikh, Ibuku tinggal menumpang bersamaku dirumahku dan terjadi masalah antara beliau dengan isteriku.
Syeikh: Ulangi pertanyaanmu..!!
Penanya : Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.
Syeikh : Cuba ulangi pertanyaanmu..!!
Penanya : Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.
Syeikh : Ulangi lagi pertanyaanmu..!!
Penanya : Ibuku tinggal menumpang bersamaku.
Syeikh : Ulangi sekali lagi pertanyaanmu..!!
Penanya : Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong cakapku!!
Syeikh : Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu..!!!
Penanya : Iya Syeikh!!! Kalau begitu, selesai sudah permasalahannya..
Syeikh : Jangan durhaka wahai anak, jangan durhaka wahai menantu..!!
Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu,
RasululLah SAW bersabda:
"Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu" (Riwayat Ibnu Majah)
Ya Allah jadikan hari-hari kami penuh dengan bakti kami kepada orang tua kami ... Aamiin ya RABB.
0 ulasan:
Catat Ulasan