Social Icons

Selasa, 27 Oktober 2015

Kenapa lelaki Perlu Bersimpati Terhadap Wanita?

Kita bersimpati dengan kaum wanita. Banyak hal yang mencabar berkaitan dengan nafsu, akal dan ehwal fizikal mereka. Mereka diciptakan Allah dengan penampilan lemah lembut dan bersahaja. Anehnya kerana di sebalik itu, wanita juga mempunyai kekuatan luar biasa. Bayangkan proses melahirkan anak pun sudah cukup membuktikan hal ini. 

Wanita yang ditinggalkan suami masih sanggup menanggung dan membesarkan anak-anak dengan kudrat tulang empat kerat. Gigih dan penyabarnya mereka sudah diakui oleh semua. Jiwa yang kuat dalam menghadapi ujian atau kesulitan hidup menjadikan mereka gagah menongkah derita. 

Dalam pada itu, wanita - secara semula jadi berperanan hamil dan melahirkan anak. Maka dalam banyak hal terdedah dengan risiko kesihatan yang lemah, jatuh sakit atau tidak sihat. Penjagaan kesihatan terutama selepas bersalin memang sangat penting diberi perhatian. Tidaklah boleh dilakukan sambil lewa. Para ibu tradisional sangat serius menjaga dan merawat diri sendiri. ianya bukan soal kecantikan semata-mata tetapi untuk memastikan kelangsungan tahap kesihatan diri. 

Ibu-ibu muda hari ini tidak suka berpantang selepas bersalin. Mereka takut atau tidak mampu hendak menghirup air rebusan akar kayu yang amat pahit. Mandian air daun kayu herba juga perlu dilakukan bagi mengecutkan peranakan dan menyegarkan tubuh. Jadi ibu-ibu muda sekarang ini rasa malas hendak bertungku. Hendak memakai bengkung jauh sekali. Malas untuk bersusah payah dalam keadaan masa yang sama kena melayan karenah baby yang masih merah. Masa yang sama, larangan berpantang hal makan minum yang 'sejuk' tidak diendahkan. 

Semuanya memberi kesan jangka panjang pada diri mereka. Tidak sampai beberapa tahun dari kelahiran, fizikal tubuh sudah lain macam. Gemuknya luar biasa. Pinggang yang asalnya ramping sudah 'hilang'. Itu belum lagi dikira hal dalaman tubuh. Risiko tidak menjaga kesihatan selepas bersalin akan mula memberi kesan pada ketahanan tubuh.

Di bawah ni ada satu masalah kesihatan wanita yang perlu diberi perhatian. Ramai yang menyangka dia hamil rupa-rupanya tidak!! Salah satu kes sebegini dinamakan 'Ovarian Cyst'!

Apa itu Ovarian Cyst ?

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.


Perbezaan ovari normal dengan ovari yang mempunyai cyst 

Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst ?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts ?

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

Muntah dan Loya 
Sakit Perut 
Sakit semasa hubungan seks 
Sukar atau kerap kencing 
Rasa perut penuh dan tidak selesa 
Rasa berat pada ari-ari 

Adakah Cyst Penyebab Masaalah Ketidak-Suburan ?

Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.

Bagaimana untuk Merawat Cyst ?

Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text