2 orang adik-beradik dari kaum Ansar (penduduk asal Madinah) iaitu Muaz bin Afra' & Auf bin Afra'. Seorang berumur 15 tahun & seorang lagi 16 tahun.
Di manakah posisi mereka di dalam peperangan Badr?
Mereka berdua berada di kiri & kanan Abdul Rahman bin Auf. Salah seorang berbisik ke telinga Abdul Rahman dengan bisikan agar saudaranya yang di sebelah kiri Abdul Rahman tidak mendengar bisikannya. Begitu juga hal yang sama dilakukan oleh saudaranya yang duduk di sebelah kanan. Kerana mereka berlumba mahu terlebih dahulu mendapatkan Abu Jahal.
Apa yang dibisikkan mereka?
Mereka berbisik: "Wahai pakcik, adakah pakcik kenal Abu Jahal? Aku mendengar dia orang yang paling kuat menentang dakwah Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ & paling banyak menyakiti Baginda. Tunjukkan kepadaku yang mana satu dia kerana aku mahu membunuhnya."
Siapa Abu Jahal?
Ketua Quraisy, lelaki yang berbadan besar & tinggi. Namun itu sama sekali tidak membuatkan 2 remaja itu tadi membatalkan hasrat mereka untuk membunuhnya. Mereka mara & berjaya memukul Abu Jahal sehingga dia jatuh. Semua orang tidak Menyangka dengan ketangkasan 2 remaja itu menyerbu. Abu Jahal cedera parah, jatuh dari kudanya tetapi masih bernyawa.
Bagaimana nasib 2 remaja itu?
Anak Abu Jahal yang bernama Ikrimah berjaya membunuh Auf. Auf syahid. Manakala Muaz sempat berundur & memerangi tentera musyrikin yang menggasaknya. Tangannya dipotong tetapi masih tergantung di badannya. Akhirnya beliau sampai ke tempat tentera Islam & tangan beliau dirawat. Namun beliau tidak berhenti rehat, bahkan terus keluar berperang lagi. Tangan yang hampir terputus itu mengganggu pergerakannya di dalam perang. Lantas beliau memijak tangannya yang hampir putus itu dengan kakinya sendiri agar putus terus supaya mudah beliau bergerak. . Beliau terus berperang sehingga menemui syahid.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.
Wahai para remaja!!! contohilah mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan