Ibuku yg dicintai
Malunya anak mu ini kepada mu
Rupanya selama ini aku tidak mengenali diri mu
tidak pandai melayani mu seperti mana
yang sepatutnya
Siapa sebenarnya diri mu oh ibu
Engkau mengajarku untuk takutkan Allah dan rindukan Nabi
Engkau mengajarku erti kehidupan sebenar adalah Akhirat
Engkau mngajarku juga tentang Islam yang di dalamnya ada Allah dan Rasul
Oh Tuhan terima kasih kerana memberikan ku sesuatu yang sangat mahal
Tak terbalas rasanya
Begini sekali Engkau melayan hamba yang hina seperti ku ini
Ibuku yang dicintai
Engkau mempamerkan kepada ku
Satu kehidupan yang sangat asing
Tapi disitu aku belajar segalanya tentang erti hidup
Engkau mengenalkan ku juga
Dengan nafsu ku yang sangat jahat
Dan engkau juga mengajarku
Bagaimana nak menghadapinya
Siapa sebenarnya engkau wahai ibu
Aku tidak melihat ibu org lain seperti mu
Engkau berlainan sekali dengan ibu - ibu yang ada di dunia ini
Engkau mengajarkan lagi kepada ku tentang hati
Rupanya engkau nak memberi tahu kepadaku
Satu hari nanti kita akan berhubung dengan hati
Aduh , dahsyatnya ibu !
Engkau mengajarkanku berkorban demi Islam
Tanpa ada sedikit pun kepentingan di dalamnya
Oh , ibu yang dicintai !
Inginnya aku menjadi seperti mu
Kerana engkau rupanya bahagia di dalam kesusahan
Engkau bercakap kepada ku kesusahan itu perlu
Membuatkan diriku semakin hairan
Siapa engkau sebenarnya ?
Wahai ibu yang hati begitu celik
Ajaibnya orang yang menjadikan hati mu begitu duhai ibu
Wahai Tuhan , aku sangat yakin engkau takkan sesekali mensia - siakan pengorbanan ibuku !
Tempatkanlah ibu di tempat yg tinggi disisi mu
Ampun maaf ibuku yang dicintai
Aku tahu betapa besarnya harapan mu pada ku
Tolonglah pandu perjalanan hati anak mu ini
supaya aku jadi seperti apa yang ibu harapkan Mohd Humam Asaari - KIMM/ Sydney 7 Muharram 1437h. / 21 Okt 2015m
0 ulasan:
Catat Ulasan