Social Icons

Rabu, 19 April 2017

Kenapa Tassawuf Dan Tareqat Diigeruni Wahabi, Dajjal Dan Kuncu-Kuncunya?

Persoalan yang sentiasa muncul: "Kenapa WAHABI, dajjal, eropah, freemason,illuminati sangat benci kepada ilmu tasawwuf dan tareqat..???"

Sebabnya, tasawwuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah. Apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka barulah berlaku bantuan dan pertolongan Allah. Inilah yang berlaku kepada para Sahabat Nabi SAW yang hanya dengan 313 tentera dalam keadaan kelengkapan yang kurang, dapat hancurkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata dalam perang Badar. 

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT yang para Ulama' namakan dengan ilmu "Tasawwuf". Ianya juga disebut dengan "aqidah yang sahih" iaitu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disusun melalui mazhab Asya'irah dan Maturidiyyah. Cuba baca sejarah Sultan Salahuddin al-Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah Asy'ari dan bermazhab Syafi'e, baca sejarah sultan Muhammad al-Fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab Hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi para Mujahid lain.

Di tanah Melayu juga, para pejuang Melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan Ahli Sufi. Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman a.s. yang mahukan istana Balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit memnawarkan diri untuk bawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi mempelawa untuk bawa istana tersebut hanya dengan sekelip mata.

Sejak dari hari itu syaitan, jin,dajjal, iblis sangat ANTI kepada Ahli Sufi kerana "teknologi" mereka lebih hebat. Ahli sufi yang memang terkenal sebagai jemaah zikir yang sangat digeruni dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu.

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya. Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sepertimana mereka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan.

Selepas itu apa yang dajjal cuba lakukan..???

1) Mereka jauhkan Ahli Sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan, politik, wang dan sebagainya sehingga umat Islam pun leka dan sibuk hendak berpolitik juga. Sedangkan sejak dahulu kaum Sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dalam hati seperti hiburan, politik, wang dan lain-lain lagi. Bila Ahli Sufi dijauhkan dari amalan sufi, maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka orang kafir, tidak ada orang Islam yang akan percaya mereka, maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh Syeikh Ramadhan al-Butti iaitu jemaah Wahabi untuk menyesatkan benua arab, jemaah Qadiani untuk menyesatkan benua India dan jemaah Baha'iyyah untuk sesatkan benua Asia. Ketiga-tiga jemaah ini wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya menyesatkan umat Islam secara besar-besaran.

Tapi di Nusantara, jemaah Bahaiyyah tidak berjaya sesatkan bangsa Melayu yang beragama Islam kerana bangsa Melayu yang beragama Islam sangat terkenal berpegang teguh pada mazhab Syafi'e, aqidah Asya'ari dan amalan-amalan Sufi. Zikir-zikir mereka sentiasa bertalu sehingga ke hari ini.

Tapi di benua Arab, Dajjal berjaya menapak di sana dengan membawa fahaman Wahabi. Jadi jangan hairan lah kenapa budak-budak wahabi sangat elergik dan anti dengan tareqat, sufi, zikir dan tasawwuf. Kini di Nusantara jemaah Bahaiyyah yang gagal telah diganti dengan jemaah Wahabi dan budak-budak Wahabi berusaha keras untuk hapuskan amalan-amalan soleh di Nusantara dengan alasan bid'ah, kufur, syirik, tahayul, dan bla bla bla... Zikir selepas solat pun dituduh bid'ah dan masuk neraka.

Kini jemaah sufi semakin pudar kerana fahaman wahabi telah menyusup, dan bila ahli sufi mula terpedaya dengan tipu helah Wahabi, mereka akan tinggalkan zikir. Maka sekali lagi pada zaman milenium ini, Dajjal menghantar tenteranya di negara-negara umat Islam untuk menyerang mereka dan terbukti jelas umat Islam telah dikeronyok dengan teruk. Kerana mereka dulu yang berpegang teguh pada amalan-amalan soleh, kini mereka tinggalkan kerana tipu helah wahabi yang mengatakan ia adalah perbuatan "bid'ah". 

Maka pertolongan Allah ke atas para kekasihNya pun tak berlaku. 

Namun percayalah satu hari nanti Jemaah Ahli Sufi akan kembali diberi nafas baru, yang zuhud dan tiada kebesaran dunia dalam hatinya. Sebaliknya dalam  hati mereka penuh dengan kebesaran Allah SWT dan merekalah yang akan muncul seperti yang dikhabarkan dalam sebuah Hadith. Itulah Hadith yang menceritakan bahawa umat Islam akan ditimpa bencana kemarau dan tiada makanan selama bertahun-tahun ketika Dajjal datang dan hanya pengikut Dajjal sahaja yang dapat makanan kerana mereka mengikuti Dajjal. Para sahabat bertanya apa makanan umat Islam yang tidak mengikuti Dajjal ketika itu wahai Rasulullah..??? Nabi SAW menjawab ZIKIR.

Harus diingat seutama-utama zikir ialah mendirikan solat dengan penuh rasa hamba yang hina di depan kebesaran Allah. Mengingati Allah di dalam solat adalah satu keutamaan. Ingat Allah bermaksud ingat dalam keadaan ada rasa takut setakut-takutnya kepada Allah dan ada rasa rindu serindu-rindunya dengan Baginda Nabi saw.

Sebab itu perjuangan apa pun jika mahu berjaya dan mendapat bantuan Allah mesti bermula dengan mendirikan sembahyang yang penuh rasa hamba di dalam hati. Zikir dan amalan hati ini berlaku secara hebat di dalam solat dan dibawa bersama rasa-rasa hamba ini di luar waktu solat. 

Kemudian yang lebih penting dari itu ialah sepanjang waktu di luar solat itu, mereka membangunkan sistem hidup islam yang sangat digeruni oleh musuh Islam. Janganlah sekadar berzikir sedangkan kehidupan seharian masih menumpang dengan sistem yahudi dan orang bukan Islam. 

Inilah kehebatan didikan sufi yang diwarisi dari Baginda Nabi saw dan para sahabat yang berjaya memperlihatkan Islam sebagai model sistem kehidupan yang selamat lagi menyelamatkan yang semua bangsa mahu bersandar menumpang kekuatan mereka. Inilah yang perlu diusahakan di kalangan umat Islam di akhir zaman. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text