Alangkah pelik serta rugi seorang yang solat tapi tidak faham maksud atau makna apa yang diucapkannya ketika solat. Solat adalah tiang agama, jadi sewajarnyalah kita mengambil berat tentang solat, bermula dengan memahami makna setiap bacaan dalam solat.
Berikut dikongsikan setiap bacaan dalam solat dengan teks bahasa Arab dan juga maksud/terjemahan dalam Bahasa Melayu.
Bacaan Semasa Takbiratul Ihram
اَللّٰهُ أَكْبَر
Maksud Takbiratul Ihram: "Allah Maha Besar"
Bacaan Doa Iftitah
الله اكبر كبيرا والحمد لله كثيرا
وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً. وجهت وجهي للذي فَطَرَالسَّمَوَاتِ وَاْلآَرْضَ حَنِيِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. إِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمْحْيَايَ وَمَمَاتِيْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Maksud doa Iftitah
Allah Maha Besar dengan sebesar-besarnya. Segala puji yang sebanyak-banyaknya bagi Allah SWT. Maha Suci Allah pada pagi dan petang. Aku menghadapkan wajahku kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi dengan segenap kepatuhan dan kepasrahan diri, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang menyekutukan-Nya. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan aku diperintahkan untuk tidak menyekutukan-Nya dan aku adalah termasuk orang-orang yang berserah diri.
Bacaan Surah Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴿١﴾ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴿٢﴾ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ﴿٧﴾ـ
Maksud Surah Al-Fatihah
(1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir semesta alam. (3) Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (4) Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan (Hari Akhirat). (5) Engkau sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Bacaan Semasa Rukuk
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Maksud bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Agung dan segala puji untuk-Nya.
Bacaan Semasa I'tidal
سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
Maksud bacaan ketika i'tidal
Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya untuk Engkaulah segala pujian.
Doa Qunut
Sila rujuk Doa Qunut Solat Subuh Dan Witir.
Bacaan Ketika Sujud
سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Maksud bacaan ketika sujud
Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi dan segala puji untuk-Nya.
Bacaan Ketika Duduk Di antara Dua Sujud
رَبِ ّاِغْفِرْلِيِ وَارْحَمْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ
Maksud bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah! ampunilah dosaku, rahmatilah aku, tinggikanlah darjatku, cukupkanlah segala kekuranganku, berilah rezeki kepadaku, berilah aku petunjuk, berilah kesihatan kepadaku dan berilah keampunan kepadaku.
Bacaan Tahiyyat Awal
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ
السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ .
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
Maksud bacaan Tahiyyat Awal
Segala penghormatan yang berkat, solat yang baik adalah untuk Allah. Salam sejahtera ke atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir)
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وعلى آلِ مُحَمَّد كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد.
Maksud bacaan Tahiyyat Akhir (Tasyahud Akhir)
Segala penghormatan yang berkat, solat yang baik adalah untuk Allah. Salam sejahtera ke atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi Muhammad serta keluarganya. Sebagaimana Engkau berselawat ke atas Nabi Ibrahim serta keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad serta keluarganya sebagaimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim serta keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia di seluruh alam ini.
Bacaan Salam
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله
Maksud bacaan salam
Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.
Semoga perkongsian makna atau maksud bacaan-bacaan dalam solat / sembahyang ini dapat membantu anda memahami setiap bacaan semasa solat, seterusnya membantu kita menjiwai dan lebih khusyuk dalam solat.
0 ulasan:
Catat Ulasan