Di suatu malam bulan purnama, di sebuah pusat pemulihan remaja GISB HOLDINGS. Setelah semua lampu dipadamkan, mereka dibawa duduk di perkarangan asrama. Mereka diajak menyaksikan keindahan alam di bawah sinaran cahaya bulan sambil mendengar rayuan suara punggok mendayu2 berzikir memuji Allah tanpa penat.
Dengan suara perlahan yang terbit dari hati yang sangat menghayati kebesaran Allah, Simurabbi berkata kepada mereka; "Lihatlah betapa indahnya bumi ciptaan Tuhan. Lihatlah deretan banjaran bukit bukau begitu indah disirami cahaya bulan purnama. Rasakan kedinginan udara malam dan lihatlah lambaian daun tumbuh-tumbuhan dipuput bayu. Lihatlah kambing dikandang, arnab dan ayam direban sudah bertiduran. Air kolam yang tenang, sampan kayak mengapung di permukaannya. Nun di sana terdapat aliran anak sungai yang jernih airnya. Ini semua Allah ciptakan untuk menghiburkan hati hamba-hambanya dan agar hambaNya terasa Kebesaran Allah. Maha Baik Nya Allah, Maha PenciptaNya Allah".
"Kita bukan sendirian datang ke muka bumi ini tetapi kita dihantar oleh Allah sebagai hambaNya dan dutaNya supaya kita menyembahNya, membesar serta mengagungkanNya. Dan selaku khalifahNya supaya kita bina kehidupan diatas muka bumi ini mengikut peraturan dan sistem dariNya. Oleh itu taati lah Allah agar kita dikasihiNya dan kelak akan dihadiahkan kepada kita SyurgaNya. Janganlah kita menderhakaiNya, nanti dimurkai Nya dan kelak dihumbankan kita ke dalam NerakaNya".
"Yakinlah bahawa Syurga Allah yang ditawarkan kepada kita itu umpama suatu tempat peranginan yang Maha Hebat. Panoramanya yang terbentang indah, dengan deretan bukit bukau dan aliran anak2 sungainya. Pohon buah2an yang sentiasa berbuah dan masak ranum untuk dipetik. Burung2 warna-warni berterbangan yang daging burung itu adalah antara hidangan istimewa bagi penghuni Syurga. Mahligai yang tersergam indah, lengkap dengan perabut dan tilam empuk tempat bergolek gelantang suami-isteri dengan pasangan yang cantik rupawan, penuh cinta. Udaranya sentiasa nyaman. Berkumandang muzik syurga yang lemak merdu tak jemu telinga mendengarnya. Penghuni syurga kekal muda belia, bertenaga selama2nya. Tidak ada lagi kesusahan dan penderitaan walau sebesar zarrah".
"Tidakkah anda semua merindui syurga itu? Ianya ditawarkan buat hamba yang mentaati Allah. Hamba-hambaNya yang baik. Sabda Rasulullah saw bermaksud, "Sebaik2 manusia adalah manusia yang paling baik akhlaknya." Dan sabdanya lagi, "Sebaik2 manusia adalah orang yang berbuat baik pada orang lain." Simurabbi mengakhiri butiran katanya dengan sendu tangis. Dia berbicara untuk dirinya sendiri. Dia yang lebih terkesan.
Para remaja itu mendengar segala bicara dengan penuh rasa syahdu. Kemudian mereka diminta mengulas mengenai apa yang di perkatakan olah simurabbi itu. Maka salah seorang diantara mereka yang terkenal sebagai 'Hard core' bangun berucap.
"Terima kasih Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang sentiasa melimpahkan segala nikmatNya kepada hamba2Nya. Selawat dan salam kehadhrat Nabi Muhammad saw utusan Tuhan. Terima kasih kepada pimpinan syarikat GISB. Terima kasih para penasihat hati yang bersungguh-sungguh melahirkan sistem model dalam pelbagai bidang kehidupan. Baru kami faham dan sedar, betapa indahnya Islam itu bila ianya wujud dalam bentuk praktikal. Ianya adalah kebenaran yang dilaksanakan bersama-sama dengan penuh kasih sayang. Terima kasih para murabbi yang membimbing kami ke jalan kebenaran ini".
"Izinkan saya mengucapkan sesuatu dalam majlis yang penuh berkat ini. Sebenarnya saya dihantar ke pusat ini untuk dipulihkan kemanusiaan saya yang telah rosak malah telah ranap menyembah bumi".
"Jujur saya nyatakan di sini bahawa ketika saya diberi tahu akan dihantar menjadi penghuni pusat pemulihan ini saya merasakan bahawa saya akan di masukkan ke neraka dunia dimana akan dikongkong segala kebebasan hidup saya malahan akan didera fizikal dan mental serta emosi saya. Saya rasa pada waktu, saya tak akan sanggup menempuh semua itu. Dan dalam diam, saya telah merancang akan lari keluar meninggalkan tempat ini".
"Demi Allah setelah masa berlalu perasaan saya telah beransur berubah. Disinilah baru saya belajar erti kasih-sayang, erti kebaikan, erti harga diri dan erti hidup di dunia ini yang sebenar-benarnya, yang diluar sana saya tidak kenal itu semua. Yang saya tahu hanya mahu bebas berbuat sesuka hati saya untuk berseronok-seronok, untuk memuaskan keinginan nafsu tanpa memikirkan risiko yang akan saya tanggung di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Itulah saya dahulu yang hanya mementingkan diri saya sendiri tanpa memperdulikan perasaan orang lain termasuk perasaan ibubapa saya".
"Terima kasih kepada para murabbi semua yang saya sedar mereka sangat menginginkan saya menjadi insan terbaik. Saya tahu para murabbi sangat mendoakan saya yang jahat ini. Betapa hati saya tersentuh dengan pendekatan kasih sayang yang terbit dari lubuk hati mereka. Memang saya juga dimarahi dan dihukum tetapi saya tetap merasakan jauh di sudut hati mereka tidak lain melainkan mahu membentuk dan memulihkan saya. Mereka sangat sayangkan saya lebih dari yang saya sangkakan. Mereka sanggup bersama tidur baring dengan saya. Ke mana saja saya pergi mereka pasti akan bersama saya. Mungkin mereka ingin mengawal saya tetapi jiwa saya rasa terisi kerana mereka sentiasa berbicara, bercerita dan menghiburkan saya. Saya jadi lunak dengan kisah-kisah Baginda Nabi saw dan para sahabat yang mereka sampaikan secara bersahaja".
"Alhamdulillah! di pusat pemulihan ini rupanya saya dikembalikan kepada fitrah semula jadi saya yang inginkan kebaikan, keselamatan dan kesejahteraan. Saya berasa sangat selesa dan bahagia!! Saya ditugaskan dalam berbagai aktiviti di sini. Ada penternakan kambing, ayam, itik dan arnab. Saya belajar tentang perangai kambing yang sangat kuat kehidupan 'berjemaah'nya. Jika seekor sakit, yang lain akan turut bersama memerhati yang sakit. Saya juga jatuh cinta dengan kuda. Rupanya inilah binatang yang digunakan Rasulullah saw dan para sahabat bahkan oleh para pejuang kebenaran untuk bergelanggang di medan perang. Tidak terbayang oleh saya ribuan kuda di gunakan di medan perang pada waktu itu. Itulah ingatan saya setiap kali saya ditugaskan menyelenggarakan semua hal berkaitan kuda".
"Jadi, seperti apa yang para murabbi pesankan, yang penting ialah istiqamah dalam membuat perubahan dan peningkatan diri. Saya ingin nyatakan di sini, dengan hati yang penuh dengan rasa harapkan keampunan Allah, saya mohon diizinkan saya terus berada di pusat pemulihan ini. Saya berjanji akan taat dan patuh serta bersungguh-sungguh mengikut peraturan dan disiplin yang dilaksanakan di sini. Saya memilih untuk terus tinggal di sini kerana saya sudah dapat apa yang saya cari selama ini di sini. Saya tak mahu kehilangan Tuhan lagi. Jika tempat ini berjaya buatkan saya kembali kepada Allah, kenapa saya mahu meninggalkan tempat ini? Saya mohon izinkanlah saya turut memberi saham memperjuangkan cita-cita Islam sebagai cara hidup di tempat ini".
"Akhir sekali saya mohon ribuan kemaafan di atas segala perangai dan sikap saya yang banyak menyusahkan malahan menyakiti hati para murabbi terutama di peringkat awal saya berada disini".
Moga-moga kami penghuni pusat ini akan kembali menjadi manusia yang terdidik dan berjaya dipulihkan kepada fitrah murni kami, demi untuk keselamatan kami dunia akhirat.
Sekian, ampun maaf, wabillah hil hidayah wattaufiq wassalamu alaikum warohmatullah hi wabarokatuh.
(Kisah ini adalah nukilan Al-Fadhil Ayahanda Ustaz Haji Abdul Rahim Pfordten yang antara kata-kata beliau; "Sesungguhnya manusia perlu di didik dengan kasih-sayang kerana ianya adalah keinginan fitrah").
0 ulasan:
Catat Ulasan