(Tulisan berikut adalah kiriman daripada Al-Fadhil Ayahanda Syeikh Haji Abd Rahim Pfordten. Beliau dan isteri - Ybhg Bonda Hajjah Kamariah Yaakop adalah ayah dan ibu kepada YDB Dato Lokmanul Hakim Pfordten - CEO GISB Holdings Sdn Bhd. Al-Fadhil Ayahanda Syeikh Haji Abd Rahim merupakan seorang bekas guru dan antara orang awal yang menyambut dakwah Al-Arqam di Cameron Highland ketika dikunjungi oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad di awal 70an. Keadaan kesihatan beliau sekarang tidak mengizinkan beliau bergerak aktif tetapi tidak memudarkan semangat beliau untuk terus menulis - menitipkan kata nasihat untuk kita semua. Semoga Allah SWT mengganjari beliau dengan sebaik-baik ganjaran dan diberikan kesihatan yang berterusan)
Allah swt Zat yang Maha segala2 nya itu Maha Indah lagi Maha Sempurna. Allah suka kepada kecantikan dan Allah telah mencipta alam ini dengan segala keindahan dan kesempurnaannya.
Allah swt Zat yang Maha segala2 nya itu Maha Indah lagi Maha Sempurna. Allah suka kepada kecantikan dan Allah telah mencipta alam ini dengan segala keindahan dan kesempurnaannya.
Demikian juga Allah mencipta manusia dengan fitrah murninya yang sangat suka kepada keindahan dan kecantikan. Maka Allah turunkan kepada manusia agama yang sesuai dengan fitrah murni manusia itu iaitu agama Islam yang cantik, sempurna lagi lengkap
Oleh yang demikian para pejuang Islam harus membangunkan Islam yakni sistem hidup dari Allah itu dengan penuh keindahan, sempurna serta lengkap dalam jemaah perjuangannya sehingga Islam yang dibawanya itu menarik di lihat oleh manusia, bukan saja oleh umat Islam sendiri tetapi juga pada pandangan mata orang bukan Islam.
Maka Islam yang sempurna dan menarik itu telah dibina oleh Rasulullah saw dan para sahabat serta oleh mereka yang mengikuti jejak Baginda saw dan para sahabat. Merekalah yang mesti di jadikan contoh dan ikutan umat Islam sepanjang zaman hingga ke akhir umur dunia ini.
Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw tu adalah Islam kasih-sayang, Islam yang berakhlak mulia, yang sopan santun, bertoleransi, pemurah, bertolong-bantu dan mengutamakan orang lain. Bersatu-padu, rajin dan kuat. Bekerjasama membina tamadun dan kemajuan yang cantik, teratur, kemas dan menarik sekali. Sudah pastilah semuanya itu bertitik tolak dari pembangunan rohani iaitu keimanan yang merasakan kebesaran Allah lalu jatuh hati dan rasa cinta serta takut padaNya. Pembangunan rohani itu juga bermaksud di dalam hati sedang wujud perasaan rindukan Rasul dan menjadikannya idola, suri teladan dan ikutan dalam semua hal. Pembangunan rohani itu juga bermakna di dalam hati ada rasa yaqin dengan kehidupan akhirat yang padanya ada pembalasan Syurga dan Neraka.
Maka dengan perjuangan yang telah dilagang oleh Abuya sejak tahun 1968 yakni 50 tahun yang lalu bermula dari gerakan dakwah dan motivasi serta majlis2 pengajian maka lahirlah satu kelompok masyarakat Islam yang telah terbangun roh mereka yang berjiwa tauhid, menjunjung tinggi syariat Allah, hidup dalam suasana berkasih-sayang, jiwa yang selari, taat pada pimpinan, boleh didisiplinkan dengan sistem kehidupan Islam, sanggup berkorban harta dan tenaga serta boleh digembeling tenaga untuk bangunkan asas kehidupan Islam secara lengkap, indah lagi sempurna.
Hari ini, Syarikat GISB Holdings Sdn Bhd sudah berkembang membina rangkaian perniagaan dan perkhidmatan yang bertunjangkan proses pembangunan rohani. Aktiviti di bidang Pendidikan sedang melahirkan insan yang abid (berwatak hamba) yang berjuang menegakkan sistem hidup Islam.
Dibidang Ekonomi termasuk pertanian, penternakan dan produk makanan halal. Dibidang kebudayaan yang mencakup hiburan Islam yang amat mendidik jiwa dengan nasyid-nasyid Islami, lakonan dan filem Islami yang disebarkan melalui pelbagai medium media dan TV Ikhwan . Ianya merupakan saluran hiburan alternatif bagi hiburan yang amat melalaikan dari ingatkan Tuhan malahan berunsur mungkar dan lucah. Begitu juga asas di bidang pentadbiran dan pengurusan.
Maka setakat ini GISB telah dapat membangunkan sebanyak 121 buah restoran, GH Corner dan kios jualan yang kemas, bersih, teratur, cantik dan menarik menghidangkan makanan 'halalan taiyiban' di merata tempat di Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia. Malahan ada juga diTimur Tengah, Eropah dan Australia yang dikunjungi oleh ramai pelanggan. Di samping itu lebih dari seribu rangkaian perniagaan berupa pasar raya dan kedai2 runcit untuk jualan produk makanan halal hasil buatan di kilang2 GISB sendiri dan juga produk keluaran masyarat Islam umumnya.
Dibidang pertanian dan ternakan pula GISBH memperolehi tanah2 yang diwakafkan oleh umat Islam disamping ada juga tanah yang dibeli serta yang di sewa. Di atas tanah itu dibangunkan penempatan, kompleks pendidikan dan projek-projek mengeluarkan produk makanan halal. Begitu juga disewa kawasan perumahan dan kompleks perniagaan di merata tempat yang dibangunkan pasar raya, restoran, butik, dobi, bengkel baiki kereta, bengkel besi, kedai gunting rambut, bakeri, kilang-kilang produk makanan dan sebagainya.
Untuk pembangunan insan para staf pula, diadakan segala kemudahan untuk warga syarikat untuk menimba ilmu, mempelajari Al-Quran, mengikuti kuliah, bersembahyang jemaah dan buat berbagai-bagai kegiatan membangunkan rohani. Aktiviti sambutan hari-hari kebesaran Islam disambut meriah seperti sambutan hari raya, maulid Nabi saw, Israk Mikraj dengan dijemput para penceramah berwibawa daripada Jabatan-jabatan Agama.
Untuk kebajikan anak-anak remaja, dari masa ke semasa diadakan majlis perkahwinan perdana iaitu kahwin beramai-ramai yang kos keseluruhannya ratusan ribu ringgit ditanggung oleh syarikat. Di sudut kesihatan pula, syarikat menanggung semua kos perubatan warga kerja GISBH sekeluarga termasuk mereka yang di bawah tanggungan warganya. Begitu juga syarikat menanggung kos rawatan bersalin di Wisma Bersalin Ikhwan di Bandar Country Homes.
Di sediakan pula pusat jagaan bayi dan kanak-kanak, tadika dan sekolah serta asrama penempatan anak2. Malahan segala keperluan hidup ahli ditanggung oleh syarikat Ianya satu model masyarakat yang tersusun serba lengkap dan sangat berbaloi kerana warga syarikat tidak menghadapi tekanan kewangan sehingga terpaksa berhutang di sana sini.
Di bangunkan penempatan staf yang tersusun dengan adanya ma'had Tahfiz, sekolah dan pusat pemulihan remaja (yang tersasar oleh pengaruh budaya lepak, merokok, dadah dan hiburan lucah) yang dilengkapkan dengan segala prasarana yang amat indah, tersusun serta menarik. Ada pula projek pertanian hydrophonik yang tersusun indah bagaikan taman rekreasi dengan tanaman timun, bendi, terung, cili, bayam, kangkong dan berbagai jenis ulam seperti ulam raja, selom, pegaga, pudina dan lain2.
Diternak kambing, ayam kampung dan arnab dalam reban moden yang cantik lagi sentiasa di bersihkan. Kambing pun jadi macam haiwan kesayangan untuk hiburan yang boleh dipeluk2 dan disuap makan. Ada kolam ikan malah ada stabel kuda, kereta kuda serta gelanggang memanah. Pokok buah2an ditanam dalam pasu2 besar dan menjadi hiasan diperkarangan bangunan.
Maka terjadilah tempat itu seperti taman rekreasi malahan tempat peranginan yang sangat menghiburkan untuk penghuni disitu malahan berdatangan para pelawat untuk menikmati keindahan tempat itu dengan mendapat layanan mesra dan kasih-sayang dari anak-anak dan remaja disitu. Disediakan juga pondok2 'Gazebo' untuk pengunjung-pengunjung beristirehat menikmati jualan makan-minum yang diusahakan oleh para pelajar.
Pengunjung2 juga dapat berhibur dengan persembahan nasyid, sukan berkuda dan memanah dan yang lebih utamanya boleh bersembahyang jemaah di surau yang lengkap dengan segala kemudahan. Menjelang balik mereka membeli-belah sayur-sayuran, makanan serta produk-produk keluaran GISB yang ada dijual disitu.

Jadi para pelajar sangat terhibur tinggal disitu kerana dapat belajar ilmu serta mengembangkan bakat dan minat serta berbagai2 kemahiran hidup. Diadakan juga gelanggang sukan berkuda, memanah dan menghasilkan sesuatu mengikut kreativiti masing-masing. Ibu bapa mereka yang datang melawat mereka diberi layanan istimewa.
Pelajar tahfiz di dalam pendidikan GISBH bukan sahaja menghafal Al-Quran tetapi turut boleh menterjemah Al-Quran dari perkataan ke perkataan dan mereka memahami tafsirannya melalui minda. Apa yang penting mereka cukup meyakini bahawa Al-Quran itu sebenarnya perlu diamalkan dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kehidupan.
Untuk itu dalam merealisasikan tuntutan alQuran dalam kehidupan, maka di tangan anak-anak tahfiz ini diberi tugasan membangun sistem hidup Islam dalam skop yang kecil sebagai latihan untuk mereka. Mereka dikehendaki belajar dan berlatih mengendalikan projek-projek kecil bahkan sampai ke tahap mengeluarkan produk makanan dan minuman yang halal.

Para remaja yang dalam pemulihan kepada fitrah murni mereka, dibimbing oleh para motivator yakni murabbi dan murabbiah dengan pendekatan kasih-sayang dan rasa persaudaraan yang erat. Mereka tinggal bersama, makan minum bersama, bersembahyang jemaah dan sama2 turun padang bergiat membangun segala projek yang diadakan disitu.
Mereka terhibur dengan mempercantikkan tempat tinggal mereka menjadikannya sebagai taman rekreasi malahan kawasan pelancungan yang berdatangan para pengunjung yang diberi layanan mesra dengan didendangkan nasyid serta tayangan video kegiatan GISB sedunia.

Fitrah murni mereka dibangunkan dengan kisah-kisah orang soleh, cerita orang baik-baik, sirah Rasulullah saw dan sejarah kegemilangan Islam dizaman empayar Islam yang telah mentadbir dunia selama 700 tahun. Mereka dihidangkan kisah bagaimana kesan pembinaan tamadun mereka atas nama Tuhan seperti al Hambra dan bangunan2 serta kota2 yang tersergam indah masih kekal hingga kini di Sepanyol dan lain-lain. Masjid Biru di Istambul serta lain2 bangunan semuanya menjadi daya penarik yang sentiasa dikunjungi pelancung Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia.
Inilah apa yang mereka perolehi semasa berada di sekolah yang sebegini. Bila mereka dapat sentuhan pendidikan yang sehebat ini, mereka akan jatuh cinta dengan Islam yang penuh dengan kegemilangan sejarahnya. Moga-moga terdoronglah dalam hati mereka yang mereka sendiri, perlu pula mencipta sejarah Islam di zaman mereka ini!!

0 ulasan:
Catat Ulasan