Social Icons

Sunday, 26 April 2015

Ramai Tidak Sedar Perlunya Enzim Untuk Tubuh

Enzim adalah ‘motivator’ utama segala proses biokimia badan. Enzim-enzim terdapat di dalam semua sel-sel tumbuhan dan haiwan. Makanan dalam bentuk asli yang tidak dimasak mengandungi semua enzim-enzim yang diperlukan untuk menghadamkan mereka.Sayangnya apabila makanan dimasak (bakar, rebus, steam, microwave dan lain-lain) enzim-enzim ini dimusnahkan. Inilah sebabnya kenapa hari terdapat keperluan yang amat ketara bagi mensuplemen enzim-enzim dalam diet.

Vitamin, galian, kabohidrat dan protin adalah nutrien-nutrien yang menyokong pertumbuhan, hayat dan tenaga sel-sel kita. Bagaimanapun, tanpa enzim-enzim nutrien-nutrien ini tidak dapat diambil atau disampaikan kepada sel-sel. Enzim-enzim adalah buruh pembinaan sistem hayat dan nutrient-nutrien adalah bahan-bahan yang digunakan untuk membina badan kita. Tanpa mereka, hayat tidak wujud. Enzim diperlukan bagi setiap tindakbalas kimia dalam badan.

Semua organisma yang hidup didirikan daripada bahan kimia, protin, kabohidrat dan lipid (lemak). ‘Spark’ hayat dijanakan oleh enzim-enzim. Enzim-enzim diperbuat daripada kumpulan-kumpulan asid amino-asid amino yang bertindak sebagai pemangkin-pemangkin yang memerintah kadar (kepantasan) seluruh tindakbalas kimia yang terlibat dalam metabolisma sistem-sistem benda hidup (manusia, haiwan dan tumbuhan).

Sehingga kini saintis telah mengenalpasti lebih 700 enzim-enzim. Enzim-enzim dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut aktiviti mereka. Contohnya, enzim yang membantu oksidasi dikenali sebagai oksidase sementara enzim yang terlibat membuang oksigen atau mendermakan elektron dikenali sebagai reduktase. Enzim tersangatlah cekap. Kuantiti yang amat kecil mampu bertugas, seperti reagen yang amat kuat pada suhu tersangat tinggi, dengan cara tindakbalas kimia biasa. Contohnya 1 auns pepsin mampu menghadamkan 4000 pauns telur putih dalam beberapa jam sahaja.

Terdapat 3 klasifikasi enzim: enzim metabilok, digestif dan enzim makanan.

enzim metabolik – enzim ini dibuat oleh setiap sel badan dan bertugas melakukan beberapa reaksi biokimia khas dalam tisu dan organ badan.

enzim digestif – enzim-enzim ini dibuat dan dikeluarkan oleh badan digunakan spesifik untuk menghadamkan makanan yang diambil.

enzim makanan – enzim-enzim ini tidak dibuat oleh badan. Mereka terdapat dalam makanan mentah dan di buat semasa makanan mentah dihadamkan.

Apabila bertambah tua, badan dan fungsi-fungsi utamanya menjadi kurang cekap. Untuk membantu memperlahankan proses penuaan ini, kita perlu mengganti bekalan nutrien dan bahan biologikal kita.Kita boleh membantu menggantikan bekalan enzim dengan memakan buah dan sayur-ulam segar yang kaya dengan enzim-enzim dan dengan mengambil suplemen yang terdapat dalam pasaran.

Apabila kita memakan makanan yang telah dimasak, enzim penting yang boleh digunakan untuk penyembuhan ditukarkan dan dihantar ke sistem penghadaman untuk menghadam makanan. Apabila kita makan makanan mentah, mereka telah sedia mengandungi enzim untuk penghadaman yang membantu menghadamkan makanan. Makanan yang telah dimasak tidak memiliki enzim-enzim ini, dengan itu badan akan menggunakan enzim dari stor simpanannya. Selepas penghadaman enzim-enzim terlibat akan dikumuhkan sebagai buangan badan. Apabila kita mengeluarkan enzim dari badan, dari proses penghadaman, system-sistem organ mula bersaing untuk enzim yang masih baki.

Sekiranya kita tidak mengembalikan bekalan enzim, kita akan menjadi kekurangan enzim; akibatnya kapasiti pengimbangan semula dan penyembuhan kita diturunkan dengan serius. Bila kita defisien enzim, hanya dengan memakan makanan mentah tidak dapat mengembalikan stok enzim dalam badan. Kebanyakan buah, ulam dan sayur memiliki hanya cukup enzim untuk menghadamkan mereka sendiri dan tidak tiada lebihan untuk mengembalikan enzim bagi badan yang telah dikurangkan akibat memakan makanan yang telah dimasak.

Ambillah tambahan enzim untuk mencukupkan enzim badan secara harian untuk mengimbangkan semula diet yang kekurangan enzim daripada makanan yang telah dimasak. Dan jangan lupa menambah banyak buah, ulam dan sayur ke dalam diet.

Tahukah anda apakah bahan semula jadi yang mengandungi banyak enzim? Tidak lain tidak bukan, jawapannya ialah madu lebah terutama madu lebah hutan. 

Sila baca tentang khasiat madu lebah hutan DI SINI

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text