Social Icons

Ahad, 12 April 2015

Apa Masalahnya Zikrullah Sambil Menari,?

Zikir sambil menari

jawapan dari ustaz mustafa kamal..

Ustaz,Bagaimanakah hukum orang yg berzikir dalam keadaan menari,apakah bidaah atau sesat,

Pertama, Terlebih dahulu jauhkan diri menyesatkan atau membidaah orang lain,kerana mengikut kaedah sesuatu perkara itu asalnya harus sehingga ada dalil pengharamannya.

kedua : perkara ini adalah perkara zauqiyyah yang hanya diketahui atau dirasai oleh orang yang mengalaminya,seperti sedapnya makanan hanya diketahui oleh orang yang merasainya.

ketiga : Apabila kita tidak mengetahui hukumnya maka rujuklah pada orang yang lebih alim, lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh wali Allah atau orang yang ada thiqah.

Di antara dalil-dalil mengenai zikir sambil menari.

1- Sahabat nabi s.a.w. pernah menari-menari di hadapan baginda sejurus selepas nabi memujinya.Lantaran rasa kasih dan gembiranya pada Allah dan Rasulnya,dan ianya tidak diingkari oleh baginda s.a.w.

2- Berkata Syeikh Abdul Qadir Isa dalam kitabnya Haqaiq Tasawuf ada menyatakan " bergerak-gerak dalam berzikir ( menggerak-gerakkan seperti menari ) adalah perkara baik bahkan boleh mencergaskan tubuh dan ianya tidak diingkari oleh ulama sufi.Ia berdalilkan apa yg keluar dari Imam Ahmad dalam musnadnya dan juga Hafiz Al Maqdisi dengan rijal sohihnya.

" Daripada Anas r.a. berkata " Orang-orang Habsyah menari-menari di hadapan baginda s.a.w, mereka melaung-laungkan dengan kata-kata " Muhammad hamba yang soleh"

3- Saidina Ali Karramallahuwajhah ada menyifatkan sahabat yang berzikir dengan katanya " Mereka mencondongkan tubuhnya sebagaimana condongnya pohon yang ditiup angin kuat. Ini mungkin yang sebagaimana dilakukan oleh pengamal tarekat Naqsabandi Haqqani yang mursyidnya Syeikh Nazim, Syeikh Hisham Kabbani dan seumpamanya.Maka batallah dakwaan yang mengatakan bidaah dan sesat.

4- Syeikh Abdul Ghani An Nablusi r.a. menyatakan dalam risalah beliau sunat menggoncangkan tubuh ketika berzikir berdalilkan hadis Saidina Ali Karramallahuwajhah.

4- Imam Junaid rahimahullah pernah ditanya : "Sesungguhnya kaum sufi bertawajud dan bertamayyul"Jawab Syeikh Junaid " Biarkan mereka bergembira dengan Allah,Sesungguhnya mereka adalah suatu kaum yang jiwa terputus dengan segala-galanya,andainya kamu mengetahui atau mengecapi sebagaimana yang mereka kecapi nescaya kamu akan membiarkan ( menguzurkan ) mereka.

5- Kenyataan Syeikh Junaid di sokong oleh Al Allamah An Nihrir Ibnu Kamal Basyar dengan jawapan sama dengan Syeikh Junaid.

6- Berkata Ibnu Abidin dalam Hasyiahnya " Tanpa diragui bahawa tawajud ialah memaksa diri menzahirkan wajd tanpa adanya wajd yang haqiqi,apabila niat betul,tidak mengapa sebagaimana kata2nya dalam hasyiah

" Tidak mengapa dalam tawajud kiranya engkau benar-benar kesempitan,juga tidak mengapa bertamayul kiranya engkau menghilangkan dukacita" .Maka perbuatan tawajud dan bertamayyul itu boleh dikatakan ada pada majlis yang pernah dibawa oleh Syeikh Nazim Haqqani dari Tarekat Naqsabandi Haqqani antaranya dan tarekat-tarekat lain.

7- Berkata Syeikh Abdul Qadir Isa " Jika memaksa diri atau buat-buat tawajjud itu harus di sisi syarak dan diakui oleh fuqaha' maka wajd yg sebenar adalah lebih layak.

8- Banyak lagi dalil-dalilnya yang ada dalam kitab-kita sufi, perbuatan ahli sufi lebih difahami dikalangan ahli sufi,sedangkan mereka adalah golongan yang menyucikan diri mereka dengan mencontohi baginda s.a.w.

9- Boleh juga cuba rujuk kitab Al Bidayah Wa An Nihayah karangan Imam Hafiz Al Mufassir Ismail Ibnu Kathir Ad Dimasyqi Jilid 8 ms 6,Al Hilyah jilid 1 ms 6. Risalah Ibnu Abidin Risalah ke 7 dan banyak lagi.

10- Kesimpulannya,Amalan berzikir dengan cara menggerakkan tubuh atau menari bukanlah perkara bidaah atau sesat,ianya ada dalil-dalil, walau bagaimanapun tujuannya melakukan ibadat kepada Allah, pergerakan dalam zikir umpama menari adalah cara menyihatkan tubuh dan meniru ahli wajd adalah perkara yang dibenarkan.

Sekadar pengkongsian ilmu. Semoga dapat menginsafkan - agar jangan sijahil yang mengaku alim - terlalu celupar menyesatkan orang-orang soleh dan ulama amilin yang terdahulu. Ya Allah tambahkanlah ilmu dan rasa hati yang takut setakut-takutnya padaMu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text