Social Icons

Rabu, 8 April 2015

Keajaiban Alam Gunung Pelangi Di China

Bumi kita dipenuhi pelbagai tempat menarik dan pemandangan indah untuk diterokai, malah ada juga yang nampak tak ubah seperti panorama di planet lain.

Antaranya ialah pergunungan di Zhangye Danxia, China. Terletak di Taman Geologi Zhangye Danxia Landform di wilayah Gansu, pergunungan itu nampak seperti gunung pelangi berwarna-warni seluas 300 kilometer persegi dan dihiasi batu pasir pelbagai rona, malah lebih indah lagi walaupun tiada pokok atau haiwan disebabkan keadaan cuaca yang amat kering.

Fenomena semulajadi luar biasa ini dihasilkan daripada pasir merah dan mineral yang terbentuk di situ sejak kira-kira 24 juta tahun lalu.

Pergerakan tektonik yang membentuk Pergunungan Himalaya turut memberi kesan terhadap kawasan ini, seterusnya mengakibatkan kawasan pergunungan yang bentuknya juga dipengaruhi angin dan hujan selama jutaan tahun.

Lebih menarik lagi, corak warna yang menghiasi pergunungan Zhangye Danxia juga bergantung kepada keadaan cuaca.

Lokasi itu yang turut mempunyai pelbagai gua tersembunyi dikategorikan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2010 kerana keunikan semulajadinya.

Artikel ini disiarkan di Harian Metro pada : Ahad, 9 November 2014
GABUNGAN warna seperti dalam lukisan.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text