Social Icons

Rabu, 22 April 2015

Resepi Muffin Istimewa Bagi Mereka Yang Mencari Peluang Perniagaan

Bolehkah kita berniaga muffin (dengan resepi seperti di bawah ini) secara besar-besaran? Cuba cabar diri kita untuk buat yang besar-besar dan luar biasa. Kita boleh jadi orang luar biasa jika kita berfikir, berkeyakinan, berbicara dan bertindak dengan cara orang luar biasa. Tentunya kena belajar!! Cari guru....


Resepi Muffin Vanilla yang sangat lembab dan mempunyai tekstur yang lembut. Jika anda menggemari muffin vanilla ala Kenny Rogers, anda harus mencuba resepi ini. Pasti menjadi dan resepinya sangat mudah.

Resepi ini ditulis oleh: Che' Nom

Masa penyediaan: 15 minit 
Masa memasak: 20 minit 
Keseluruhan: 35 minit 
Jumlah Hidangan: 10 cup


Bahan-Bahan:
2 cawan tepung serbaguna (plain flour atau all-purpose flour)
3/4 cawan gula castor
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan susu, full cream Dutch Lady
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur, saiz besar
1/2 cawan butter, cairkan
hirisan kacang badam, untuk hiasan

Cara Penyediaan:
Panaskan oven kepada 180 degree celcius
Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan butter yg dicairkan. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati. Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama. Sudukan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh, hiaskan dengan hirisan badam dan bakar selama 20 minit.

Tips:
Pastikan butter cair dan sejuk pada suhu bilik supaya telur tidak menjadi masak semasa proses mengadun.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text