Social Icons

Wednesday, 22 April 2015

Insiden Ngeri Di Syria Punca Yatt Hamzah Kembali Ke Pangkuan Suami

Hampir maut di Syria menjadi punca hati Yatt Hamzah insaf dan kembali ke pangkuan suaminya baru-baru ini. Semuanya bermula apabila dia mengikuti misi bantuan kemanusian baru-baru ini bagi menghulurkan bantuan pada penduduk yang mengalami penderitaan. 

Ketika Yatt dan suami selesai memberi bantuan di satu kawasan, tiba-tiba sebutir bom meletup di situ selepas beberapa minit mereka beredar. 

"Sebenarnya kesengsaraan yang dialami penduduk Syria lebih teruk dan dahsyat berbanding penduduk di Palestin, banyak bangunan runtuh serta hilang tempat tinggal. 


"Saya hanya berserah pada Allah dan nekad apabila berada di Syria kerana nyawa saya ketika itu umpama telur di hujung tanduk, bila-bila masa sahaja boleh maut. 

"Namun demi membantu umat Islam, saudara kita di sana, saya kena berani dan tak boleh rasa gentar, membantu mereka adalah ibadah yang besar fadilatnya,” katanya ketika ditemui media di majlis sambutan ulang tahun kelahiran anaknya di Batu Caves, Selangor baru-baru ini. 

"Saya bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku, apa-apa pun penduduk di Syria memang memerlukan bantuan terutama daripada semua pihak,” tambahnya dipetik sebagai berkata. 




SUMBER: MYARTIS

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text