Adakah Khairy Layak Untuk Terus Terajui Pemuda UMNO?
Sejak Pak Lah menerajui kepimpinan negara, nama Khairy Jamaludin terus melonjak bergema di mana-mana pentas politik. Persepsi umum terhadap dirinya sangat ketara. Ada yang positif ada pula sebaliknya. Tidak kenal tentulah tidak akan datang rasa cinta. Itulah yang ada pada Khairy ketika itu. Tetapi biasanya seseorang pemimpin berjiwa besar itu hanya akan dikenal pasti setelah dia berjaya menempuh zaman sukar dan sulit. Kejatuhan, pengasingan, penyingkiran adalah suatu yang perlu untuk mengukur nilai sebenar seseorang tokoh. Dalam politik, banyak ranjau yang perlu ditempuh. Hanya yang matang dan bertuah sahaja yang akan berjaya sampai ke destinasi idaman. Khairy dikira telah berjaya menempuh zaman-zaman sulit yang tidak mudah. Di saat kejatuhan Pak Lah, Khairy teruk dihujani tohmahan, kritikan dan kejian. Dia terus menerajui Pemuda UMNO tanpa apa-apa jawatan dalam kabinet Najib yang menggantikan bapa mertuanya itu. Khairy ternyata berupaya menempuh tahun-tahun sukar ...