Social Icons

Rabu, 3 Julai 2013

Misteri Kota Mekah - Mayat Membaca Al-Quran Di Dalam Kubur




Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser…. Penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.



Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ihram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah…

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun disimen dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ…..sumber renungan kita. *gambar sekadar hiasa
 
 Walaubagaimana pun setahu Pak Lang, sepanjang berada di Mekah - Baitullah tidak menghadapi situasi tumpahan air zam-zam. Ini kerana kedudukan tempat minum air zam-zam agak jauh dari Baitullah. Dan tidaklah menjadi kelaziman bagi mereka yang mengerjakan tawaf untuk membawa air zam-zam ke sisi Baitullah. Kemungkinan yang dimaksudkan dalam kisah ini ialah tumpahan zam-zam di lantai Masjidil Haram. Tumpahan sebegini memang banyak. Di setiap tong air zam-zam akan berlaku tumpahan...

Apa pun eloklah kisah sebegini jangan ditolak kerana ianya adalah lumrah terjadi di kalangan hamba-hamba Allah yang terpilih. Jangan diakal-akalkan kerana tonggak utama keimanan kita ialah beriman soal-soal yang ghaib. Banyak yang kita tidak tahu sebenarnya bukanlah bermakna perkara itu tidak ada. Hanya tidak semua orang yang direzekikan mengetahui dan mempercayai peristiwa seperti di atas.
 
Pak Lang sudah lama membaca kisah di atas melalui internet. Cuma kali ini Pak Lang paparkan untuk mengajak pembaca melihat kewajaran kejadian sebegini dalam dunia akhir zaman ini. Percayalah bahawa terlalu banyak peristiwa pelik sedang terjadi di sekeliling kita yang kita tidak menyedarinya!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text