Semasa menghadiri majlis perasmian Fried Chicken House (FCH) di Shah Alam malam tadi, Pak Lang tertarik pada majlis perasmiannya. Maksud Pak Lang apa yang disampaikan oleh Ybhg Dato' Dr Haji Abdul Malek Hanafiah dalam ucapan perasmiannya itu sangat bermakna pada Pak Lang.
Untuk pengetahuan anak cucu dan pembaca bog sekelian, Dato' Dr Haji Abdul Malek adalah lulusan Universiti Harvard - PHD dalam bidang Pengurusan Pilihanraya (jika tidak silap Pak Lang). Beliau merupakan bekas Setiausaha Politik Ybhg Tun Dr Mahathir Mohammad semasa Tun menjadi Perdana Menteri. Juga pernah menjadi ahli Exco Kerajaan Negeri Perak selama 2 penggal.
Dalam ucapannya Dato Malek mengulas mengenai konflik yang sedang berlaku di Mesir. Kejatuhan Dr Mursi sebagai Presiden Mesir di dalangi musuh-musuh Islam (baca Yahudi). Sememangnya ramai yang mengulas mengenai hal ini tapi Dato Malek mengupasnya dari sudut yang lebih luas skopnya.
Dato' Malek menyatakan bahawa beliau pernah berkesempatan mengikuti satu seminar pada tahun 1993 di Amerika Syarikat. Seminar itu bertajuk "The Clash of Civilizations" atau "Pertembungan Peradaban'...Telitilah kertas kerja Prof Dr Samuel Huntington atas tajuk tersebut. Pak Lang dapatkannya melalui sumber berikut. SILA KLIK
(The Clash of Civilizations - Samuel Huntington
Foreign Affairs
September 1993
SAMUEL P. HUNTINGTON is the Eaton Professor of the Science of Government and Director of the John M. Olin Institute for Strategic Studies at Harvard University. This article is the product of the Olin Institute's project on "The Changing Security Environment and American National Interests." )
September 1993
SAMUEL P. HUNTINGTON is the Eaton Professor of the Science of Government and Director of the John M. Olin Institute for Strategic Studies at Harvard University. This article is the product of the Olin Institute's project on "The Changing Security Environment and American National Interests." )
Berdasarkan apa yang disampaikan oleh Ybhg Dato' Malek malam tadi, Pak Lang boleh membuat beberapa rumusan iaitu;
1) Sebagai umat Islam, kita patut meneliti dan mengkaji situasi yang sedang berlaku di Mesir. Ini adalah kerana, usaha menjatuhkan para pemimpin Islam akan berlaku di mana sahaja dan sepanjang masa. Sudah pastilah usaha itu diawali dengan alasan-alasan yang pelbagai seperti kezaliman, rasuah, senjata nuklear, melatih pengganas dan sebagainya. Tohmahan yang disiarkan bertubi-tubi dalam akhbar yang mereka kuasai menjadikan mudahlah usaha mereka menjatuhkan pemimpin yang disasarkan. Pada kebiasaannya, rakyat biasa akan mudah mengikut dakyah media sedemikian.
2) Yahudi sentiasa berusaha mengekang bahkan menghancurkan mana-mana negara umat Islam yang berpotensi muncul sebagai kuasa baru bagi menandingi kekuatan Israel. Mereka akan gunakan pelbagai cara licik, ganas, tidak bermaruah dan tidak berperikemanusiaan demi memastikan Israel terus dipertahankan. Dasar Israel yang hanya melihat negara lain sebagai haiwan tunggangan mereka benar-benar direalisasikan terutama terhadap negara-negara arab.
3) Kekuatan umat Islam ialah iman dan perpaduan. Ianya tidak boleh dipisahkan. Jika umat Islam hanya diajak bersatu tetapi dalam keadaan melupakan soal iman dan Islam ertinya yang terhasil pastilah perpecahan bukannya kesatuan. Bersatu mesti berpaksi kepada kecintaan kepada Allah dan Rasul. Jika semua jujur untuk bersatu, bawalah diri, keluarga dan kelompok masing-masing kepada Tuhan, nescaya terbinalah kesatuan dan perpaduan secara otomatik. Bahkan perpaduan bukanlah suatu yang perlu dislogankan. Ianya mampu terjadi secara semula jadi jika hati masing-masing benar-benar beriman dan bertaqwa. Orang bertaqwa akan berwatak hamba yang sanggup untuk tawadhuk, merendah diri sesama muslim. Orang bertaqwa akan mudah bertolak ansur dan bekerjasama. Berunding dengan orang bertqwa ialah berunding dengan orang yang mencari perdamaian dan persaudaraan. Pun begitu tidaklah orang bertaqwa itu boleh diperkotak-katikkan sewenang-wenangnya. Orang bertaqwa itu tegas dan keras dengan musuh pada sikap dan pendiriannya. Cakap tuturnya tetaplah masih lembut tetapi ketegasannya pasti terserlah. Hujjahnya bernas tak mudah dipatahkan. Musuh akan mengakui kebenaran yang dipertahankannya tanpa mampu berbuat apa-apa. Sedangkan dengan orang lain, musuh yang sama sangat bermaharajalela. Itulah hebatnya orang bertaqwa.
4) Umat Islam mesti berjuang mengikut sistem Tuhan. Bukankah Islam itu agama yang syumul? Kenapa dalam memperjuangkan Islam yang syumul itu kita mengguna-pakai sistem bukan Islam? Islam sudah cukup sempurna. Islam mampu menang di atas muka bumi ini dengan sistemnya yang tersendiri. Itulah sistem yang sama yang dilagang oleh Baginda Rasulullah saw. Kita hanya perlu mengkaji dan meyakini kebenaran sistem Tuhan lalu mengaplikasikannya dalam perjuangan kita. Malangnya dari sudut politik kenegaraan, umat Islam terperangkap untuk memilih demokrasi sebagai jalan perjuangan mereka. Lebih malang lagi, para ulamak dan pejuang Islam pun turut sama memilih jalan yang 'bida'ah' itu!! Dahsyatnya yahudi menerobos pemikiran umat Islam.
5) Mana-mana 'Parti Islam' di mana-mana negara pun di dunia ini, tidak akan diizinkan Yahudi untuk bertahan lama - jika mereka menang dan menguasai kerajaan. Samada agen-agen yahudi akan masuk ke dalam parti tersebut untuk merosakkannya dari dalam atau akan ada pelbagai tribulasi atau konspirasi kotor untuk menghancurkan era pemerintahan mereka.
6) Tidak ada negara umat Islam yang boleh tidur lena tanpa diganggu Yahudi. Akan ada pelbagai tuduhan, kecaman, tohmahan dilakukan yahudi bertubi-tubi terhadap pemimpin negara Islam yang dilihat mampu menjadi pembela negara Islam yang lain. Yahudi mengkaji perjalanan dan rentetan kekuatan yang dibina oleh mana-mana negara Islam. Semua fakta dan maklumat ketenteraan negara Islam sangat terperinci dikemaskini oleh yahudi. Tidak ada negara Islam yang berupaya bangkit tanpa pengetahuan Yahudi. Lihatlah apa yang telah dilakukan yahudi kepada Pelastin, Iraq, Afghanistan, Libya, Syria, Mesir dan lain-lain negara Arab. Apa saja usaha mendaulatkan dan menyatukan negara umat Islam akan dicantas yahudi sejak awal lagi. Itu belum diambil kira usaha agen-agen yahudi mendominasi dasar-dasar negara umat Islam. Mereka mencatur dan mengepung semuanya serta segalanya dari segenap sudut!!
7) Mana-mana gerakan Islam terutama yang benar-benar memperjuangkan cita-cita Islam yang sahih berlandaskan sunnah Nabi saw, akan dimomokkan sesat dan menyeleweng. Itulah mainan musuh Islam terhadap setiap gerakan Islam yang mampu menggugat kepentingan musuh Islam. Mereka akan melakukan apa saja asalkan jemaah Islam yang sebegini ranap dan hancur. Selagi ianya masih hidup, usaha 'menekan dan membuli' akan terus dilakukan tanpa rehat. Mereka 'komited' untuk menggagalkan cita-cita menegakkan sistem hidup Islam yang syumul di mana pun jua. Pada mereka, semua yang berjenama Islam mesti mendapat kelulusan dari mereka sedangkan Islam tidak membenarkan kejumudan sebegitu berlaku. Islam adalah hak individu, keluarga dan masyarakat Islam. Islam tidak boleh dikuasai oleh mana-mana kepentingan politik.
8) Umat islam perlu bangkit mengamalkan ajaran Islam sebagai satu sistem hidup. Ianya sistem yang sangat selamat lagi menyelamatkan. Mengamalkan ajaran Islam tidak perlu lesen resmi. Jika semua umat Islam digerakkan menghayati sistem hidup berTuhan, pastilah kemenangan akan terjadi tanpa perlu mengubah kerajaan sedia ada. Bayangkan jika semua umat Islam bergerak seiring mengikut ajaran Islam yang sebenarnya, pastilah akan terubah cara bekerja di dalam masyarakat dan negara ke arah citarasa Islam. Ianya mudah tetapi ramai yang menganggap jalan ini payah dan lambat. Sebab itu banyak gerakan Islam memilih demokrasi. Tujuannya hendak cepat menguasai pemerintahan lalu perundangan Islam akan ditegakkan maka terlaksanalah sebuah negara islam!! Inilah silapnya mereka dalam berfikir. Islam itu adalah apa yang ada di dalam hati kita. Rasa-rasa di hati kita itulah tanda kita seorang muslim mukmin. Yang dikira muslim mukmin itu apabila di dalam hati ada rasa takut dan khusyuk dengan Tuhan - sepatutnya ianya berlaku sepanjang masa. Inilah rasa-rasa yang wajib ada ketika duduk atau berdiri, ketika baring atau berjalan. Merasakan kebesaran Tuhan itulah yang dikata rasa beragama yang dituntut oleh Islam. Jika sekadar menetapkan undang-ndang dan peratiuran Islam, itu, bukanlah perundangan Islam yang hakiki. Ia hanya sama seperti undang sivil yang ada. Undang-undang Islam itu sebenarnya untuk umat yang menghayati Islam sebagai cara hidup. Undang-undang hanya untuk mengawal dan membentuk kepatuhan masyarakat. Keutamaan jemaah Islam dan parti islam ialah mendidik ahli kelompok masing-masing supaya benar-benar mengagungkan Tuhan di dalam hati masing-masing. Janganlah mendabik dada inginkan undang-undang islam sedangkan sembahyang yang fardu itupun masih culas untuk dilaksanakan!!
9) Amalkan dan tegakkan semua amalan Islam sebanyak yang termampu kita lakukan pada diri dan keluarga kita terlebih dahulu. Ianya semudah yang biasa kita kerjakan di rumah atau di surau dan masjid. Bermasyarakat, bergaul, bertolong bantu adalah ajaran Islam yang meliputi hubungan dengan sesama manusia. Tingkatkan penghayatan rasa di dalam hati dengan khusyuk kerana keindahan beragama itu adalah pada rasa hati yang gundah gulana dengan Tuhan. Rasa bimbang dan cemas dengan nasib diri di akhirat adalah punca kebahagiaan kita di dunia.
10) Jangan katakan apa yang Pak Lang naytakan ini menafikan politik Islam kerana sebenarnya politik islam itu sangat selamat dan menyelamatkan. Hakikat 'politik' Islam ialah dakwah. Itulah kalimah yang tepat menurut Quran dan hadis tentang perjuangan menegakkan Islam di muka bumi menurut sunnah. Maaf! tidak ada kalimah siasah yang bermakna politik di dalam Al-Quran!!!!
Apa yang Pak Lang tulis ini adalah rumusan yang bermain di fikiran sebaik mengikuti ucapan perasmian Dato' Malek malam tadi. Banyak isi-isi penting yang menarik untuk dikupas. Pengalaman luas Dato dalam hubungan antarabangsa menjadikan ucapan perasmiannya segar dan berisi.
Sekurang-kurangnya para pengunjung blok ini melihat situasi yang berlaku di Mesir dengan skop yang lebih luas. Kejatuhan kerajaan Ikhwanul Muslimin di Mesir itu adalah kerja-kerja yahudi. Selama setahun usia pemerintahan Ikhwan Muslimin di Mesir, Israel tidak senang duduk. Fraksi Ikhwan Muslimin (Hamas) di Pelastin sudah melaksanakan pelbagai usaha serta kerjasama yang mencemaskan Israel. Perencanaan mereka sudah pasti diketahui terperinci oleh Israel. Perhubungan serta keluar masuknya tokoh-tokoh Hamas ke Kaherah sangat terserlah mempunyai agenda sulit ke arah pembebasan Pelastin. Maka terbuktilah demokrasi yang menjadi sandaran kebangkitan Ikhwan Muslimin di Mesir rupanya adalah senjata Yahudi untuk pastikan 'kewujudan' Israel kekal di bumi Pelastin....
Semoga apa yang Pak Lang perkatakan ini suatu kebenaran yang diredhai Tuhan. Jika ianya ada kelemahan Pak Lang mohon maaf dan meminta ampun kepadaNya.
AAAP!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan