Social Icons

Khamis, 18 Julai 2013

Ramadhan, Aku Dan Mereka..

Ambilan dari blog Puteri Abuya..... Bacalah luahan hatinya yang ditulis dalam bahasa santai tapi menyentuh hati!

Masuk je bulan Ramadhan ni rasa teringat sangat kat adik-adik yang sedang berpuasa di Eropah sana tu. Penatnya Ya Allah.. Hari tu pernah cuba puasa di sana yang siangnya panjang gila memang sesak nafas. Yang Sofwah dari lepas sahur sampai dekat nak buka dia sibuk kumpul macam-macam makanan untuk berbuka nanti kononnya nak balas dendam sebab puasa panjang sangat. Sofwah memanglah macam tu. Dia boleh kata ujian paling berat kat dunia ni ialah puasa. Tengok air masak pun dah menggigil lutut. Moga-moga Tim, Kakak, Mat dan Ajwad berjaya mengharungi sebulan Ramadhan disana dengan baik. Kesian korang. Dahla takde bazar Ramadhan, Mansaf ke, Qatayef apa lagi tongkeng ayam. Moga Tuhan nilai semua pengorbanan yang dilakukan.

Ramadhan setiap tahun nampak macam sama,tapi sebenarnya berbeza. Kenapa berbeza? Sebab kita sentiasa berdoa agar setiap Ramadhan yang Tuhan rezkikan untuk kita laluinya lagi diharap dapat membawa peningkatan untuk diri. Takkan lah Ramadhan waktu darjah 3 sama dengan Ramadhan waktu form 4 kan? Kalau darjah 3 masih curi-curi makan lagi,waktu form 4 paling kurang dah boleh khatam quran. Itu peningkatan secara lahir. Sedangkan yang akan Tuhan nilai ialah bagaimana persiapan hati kita untuk menyambut bulan yang sangat mulia ini. Apakah Ramadhan akan membawa perubahan besar dalam diri atau ianya akan berlalu sia-sia.

Ingat lagi waktu duduk rumah kembar 8/4 kat Rawang. Waktu tu sekitar form 1 lah. Nakal tak hengat. Ramadhan tu betul-betul jadi pesta makan minum. Malam-malam orang lain sibuk beribadah,yang kita ni boleh layan majalah Ujang. Tergelak terbahak sampai pagi. Akhirnya Ummu dapat tahu, habislah.. Kuliah 5 jam berturut-turut. Insaflah sekejap. Walaupun lepas tu dah tak huha huha lagi,tapi hakikatnya hati tetaplah tidak sebenarnya menghayati makna Ramadhan.

Tahun-tahun kebelakangan ni Tuhan buatkan setiap kali Ramadhan akan berlaku ujian besar dalam hidup saya. Agaknya itu cara Tuhan untuk membantu supaya Ramadhan itu benar-benar dapat dilalui dengan baik. Yelah..kita ni manusia. Bila dah susah biasanya akan lebih dekat dengan Tuhan. Sampai macam tu sekali lah kasih sayang Tuhan untuk hambaNya. Mudah-mudahan diwaktu senang tetap boleh kekal rasa takut dan harap dengan Tuhan.

Antara Ramadhan terindah yang melekat di ingatan ni bila mula-mula masuk Qasr Lubnan (Restoran di Jordan) tahun lalu. Meriahnya..dengan adik-adik. Walaupun itu menjadi Ramadhan terperit dalam cuaca yang panas kering kontang dan terpaksa bekerja menghidupkan restoran,tapi bila dikenang memang manis. Manis tu bila teringat kami ramai-ramai jirus air kat kepala sebab memang betul-betul dah nak pengsan sebab rasa air setitik pun dah takde dalam badan. Idea tu Ema’ la yang mula dulu. Orang kata makruh buat macam tu. Tapi kalau tak jirus,akan terpaksa buka puasa. Lebih baik jirus. Sebab keadaan tu memang dah wajib berbuka. Tak laratla nak ganti banyak-banyak. Yang dah memang nak kena ganti tu lain lagi ceritanya.

Waktu tulah direzkikan melihat kemeriahan buffet Ramadhan bersama pelanggan-pelanggan arab yang datang. Ada hari yang pelanggan beratur panjang dari depan pintu sampai ke belakang. Ada juga hari yang hanya kami dan pekerja yang akan menikmati kesedapan mansaf buatan Usamah Chef.

Apa pun peristiwa yang telah dan akan kita lalui sepanjang Ramadhan,mintalah pada Tuhan untuk jadikan Ramadhan sebagai bulan terbaik mensucikan hati dari segala sifat-sifat jahat yang sekian lama kita bela. Macamlah kita hantar kereta nak servis. Ramadhan tu kiranya nak overhaul keseluruhan hati dan fizikal lah. Janganlah fizikal saja yang bersama Ramadhan,tapi biarlah hati yang dulu memeriahkannya.

Hairan aku dengan ayah. Dalam lirik lagu Bimbang yang dikarangnya dan yang aku nyanyikan disebut betapa dia bimbang dengan kedatangan Ramadhan. Sementara orang lain menyambutnya dengan penuh gembira. Ayah bimbang kalau-kalau dia tidak mampu mengisi Ramadhan dengan sebaiknya. Takutnya sangat jika Ramadhan yang berlalu hanya sia-sia.

Tuhan..mengapa aku ini
Aku berlainan dari orang lain
Setiap kedatangan Ramadhan
Mereka menyambut dengan gembira
Mereka kelihatan ceria

Tapi aku berlainan
Kedatangan Ramadhan penuh duka
Bukan aku benci bulanMu
Yang penuh rahmat dan berkat

Tapi aku benci diriku
Aku bimbang RamadhanMu
Aku tidak mengisi sebaiknya
Aku rasa puasaku tidak sempurna
Ampunilah aku Tuhan
Aku rasa sembahyangku tidak sah
Terawih,bacaan Al Quran aku tidak sampai kemana

Tuhan..
Itulah yang menyelubungi hatiku
Setiap kali kedatangan Ramadhan
Adakah satu kesalahan
Ampunkan aku Tuhan
Maafkanlah aku Tuhan kalau itu satu kesalahan
Pimpinlah aku betulkan sikapku
Aku mohon keampunan dariMu Tuhan..


Saya peribadi tak tau.. Apakah Ramadhan hadapan akan dapat bertemu lagi. Sedangkan Ramadhan yang berlalu dan sedang dilalui ini,nasibnya pun belum diketahui. Tuhan bentangkan peluang yang sama namun natijahnya pasti berbeza. Takut-takut kita hanya akan menjadi mereka yang Rasulullah sebut- Rubba so’imin laisa lahum min siyamihi illa jou’in wa ‘atasy

Wahai tuhan..Anugerahkan kami Ramadhan yang teristimewa untuk sampai merubah hati kami kepada taqwa..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text