Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Pengurusan Solat Berjemaah - Membina Warga Kerja Yang Dicari-cari!

Apa yang akan dipaparkan dalam blog ini pada hari ini - mengenai pengurusan solat berjemaah - adalah amalan seharian yang dilakukan oleh seluruh staf dan pelajar di bawah GISB dan YKPPM di seluruh dunia. Paparan ini akan membantu menghalusi semua tindakan berkaitan solat berjemaah di semua tempat yang terdapat warga GISB dan YKPPM.  Mungkin ianya kelihatan agak keterlaluan kerana kami mesti berada di saf sembahyang sejam sebelum masuk waktu solat. Tentulah ada yang berfikir kalau masa sudah begitu banyak dihabiskan untuk berada di tikar sembahyang, bilakah masa untuk bekerja dan membangun? Pada kami, keperluan setiap orang mukmin itu ialah sejauh mana Tuhan menilai dirinya. Bukankah manusia itu tidak akan boleh terlepas dari Tuhannya? Seseorang mukmin itu mesti berusaha ke arah melayakkan dirinya menjadi hamba Allah yang diredhaiNya yang sudah pasti tidak akan ada jawapannya. Kita sekadar berusaha semaksima mungkin melakukan semua suruhan Tuhan dan meninggalkan segala laranga...

Soal Jawab Mengenai Masbuk, Muwafik Dan Lain-lain

SOALAN: Apa maksud masbuk dan muafik. JAWAPAN: Secara ringkas, muwafik adalah makmum yang sempat takbiratul ihram dengan imam. Dengan kata lain, orang yang muwafik ini datang awal ke masjid dan surau serta sempat membaca Fatihah bersama imam. Makmum yang muwafik bermaksud dia sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca Al-Fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan kebiasaan orang ramai. Masbuq adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca Al-Fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, bahkan mengikut bacaan kebiasaan orang ramai. Makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca Al-Fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang yang masbuk. SOALAN: Jika kita masbuk, apakah syarat Fatihah kita untuk ditanggung oleh imam? ...

Wah!! Apa Itu Pentadbiran Majlis Hablum Minallah?

Tajuk paparan kali ini mungkin pelik dan agak sukar difahami oleh sebahagian anak cucu dan pembaca blog sekelian. Apatah lagi bagi yang tidak memahami bahasa Arab. Hablum Minallah itu sememangnya satu ungkapan yang berasal dari gabungan 3 kalimah dalam Bahasa Arab. ‘Hablun’ – kalimah pertama bermakna ikatan atau hubungan. ‘Min’ – kalimah kedua bermakna ‘dengan’ dan yang ketiga ‘Allah’ adalah nama Allah. Ianya membawa maksud ‘Hubungan Dengan Allah’. Jadi ungkapan ‘Pentadbiran Majlis Hablun Minallah’ yang dimaksudkan di sini ialah ‘Pentadbiran Solat berjemaah’. Inilah ungkapan yang dicetuskan oleh Dato Ratu Ibu Hatijah Aam baru-baru ini. Selaku Pengerusi Eksekutif GISB HOLDINGS Sdn Bhd dan Yang DiPertua YKPPM, Dato’ Ratu sentiasa muncul dengan idea-idea berinovasi yang sangat unik dan tersendiri. Semuanya bertujuan menjayakan proses pembinaan jiwa juang untuk semua warga GISB dan YKPPM di seluruh dunia. Seperti mana termaklum GISB / YKPPM adalah dua entiti yang bergerak dalam bi...

Wanita Biasa Menjadikan Suami Itu Segala-galanya, Wanita Luar Biasa Berjaya Jadikan Tuhan Itulah Hidup Matinya!

Ramai wanita berjaya menempa sejarah tersendiri sepanjang usia mereka.  Mereka mampu berbuat berbagai kebaikan dan memberi manfaat kepada masyarakat dan bangsanya. Persoalannya ialah bagaimana mereka di sisi Tuhan. Apakah semua titik peluh perjuangan mereka dinilai berharga di sisi Tuhan? Apakah setelah seluruh hidup dihabiskan untuk 'perjuangan mendaulatkan bangsa' dia hanya sedar diakhirnya bahawa dirinya hanya layak menghuni neraka? Wanita yang luar biasa itu mendapat sumber kekuatan dari Tuhannya. Manakala wanita biasa itu sumber pendorongnya adalah nafsu dan syaitan yang sentiasa membelenggu dirinya. Kedua-duanya dilihat bekerja dan berjuang tetapi nilaian mereka di sisi Tuhan tentulah jauh berbeza.  Di majlis-majlis kenduri - terutama di kampung-kampung, kita akan lihat ramai yang berdatangan membantu memasak, menghidang dan berbagai kerja. Semuanya bergotong royong menolong tuan rumah agar majlis kenduri itu berjalan lancar dan sempurna. Tidak ramai yang jujur dan...

Bagaimana Kenal Pasti Mesin ATM Yang Ada Alat Pengimbas Data

Imej
Maklumat berikut hanya sekadar informasi bagi kita semua. Semoga ianya berguna dan membantu kita berhati-hati bila menggunakan mesin ATM KLIK SUMBER Baru-baru ni heboh berita tertumpasnya satu sindiket mencuri maklumat dan wang pengguna mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan menggunakan alat pengimbas data setelah polis berjaya menahan seorang lelaki warga Poland di pusat beli-belah Suria KLCC di sini. Modus operandi sindiket tersebut ialah mencuri data daripada pelanggan mesin ATM melalui alatan pengimbas tersebut sebelum membuat kad klon mereka dan mengeluarkan wang di dalam akaun mangsa di luar negara. Jadi di sini kami ingin kongsikan bersama anda bagaimana untuk mengenal pasti mesin atm yang ada alat pengimbas data atau dipanggil “ATM skimming device” dan langkah-langkah keselamatan semasa mengeluarkan wang di mesin ATM. Apa itu ATM Skimming Device? ATM skimming device adalah satu alat yang digunakan oleh penjenayah untuk menyalin data dari jalur magnetic kad ATM pe...

Gambar Sekitar Maulid Rasul Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong

Imej
 

Luahan Hati Seorang Wanita Bergelar Isteri

Kisah di bawah ini hanyalah kisah wanita-wanita biasa. Belumlah lagi kisah yang benar-benar hebat dan luar biasa. Ianya tindakan biasa daripada seorang isteri yang menyedari kelemahan dan kealpaan diri. Jika wanita yang solehah tentu lebih hebat pendekatannya!! Bacalah kisah ini, sekurang-kurang dapat mendorong para isteri ;bermuhasabah' diri.  Saya Mariah (bukan nama sebenar). Saya telah bergelar isteri selama 4 tahun dan saya seorang yang berkerjaya. Selama 4 tahun kami telah berkahwin tetapi tiada rezeki kami untuk menimang cahayamata. Saya bukanlah seorang isteri yang sempurna untuk suami saya. Mungkin kerana saya penat setelah pulang kerja, saya jarang melayan suami saya. Saya jarang memasak untuk beliau. Selalunya kami makan diluar. Pernah suami saya meluahkan yang beliau ingin merasa air tangan masakan saya. Kata suami saya, beliau ingin nak rasa apabila beliau outstation rasa akan rindu masakan saya seperti kita rindu masakan ibu kita. Kata suami saya, beliau b...

Ciri Wanita Solehah Yang Dikagumi Lelaki

Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja. Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.   1. Bina Hubungan Hati Dengan Tuhan Kuatkan hubungan hati anda dengan Tuhan melalui ibadah solat, bangun beribadah malam, berwirid, berzikir, baca Quran, bersedekah dan sebaaginya. Kaum lelaki kebanyakannya boleh menerima isteri yang taat dengan perintah Allah walaupun kereka sendiri agak culas. Jadi beramallah dengan niat mendapatkan cinta Allah dan Rasul nanti kita akan memperolehi perhatian dan kasih sayang suami.  2. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda Mungkin tiada perkataan yang lebih se...