Ibnu Majah meriwayatkan hadith daripada Abu Sa’idah al-Khudri r.a. bahawa Nabi saw. pernah mengucapkan doa, “Ya Allah hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan bangkitkanlah aku bersama orang-orang miskin".
Diriwayatkan dari Aisyah, Rasulullah S.A.W. berkata kepadaku: ”Sesungguhnya Allah menawarkan kepadaku dataran Mekkah untuk dijadikan emas dan diberikan kepadaku, maka aku menolaknya, lalu aku berkata: Aku tidak mengharapkan itu semuanya Ya Allah, akan tetapi aku lebih senang sehari lapar dan sehari kenyang. Tatkala hari yang aku merasakan lapar, aku merendah diri dan berdo’a kepada-Mu, sementara tatkala hari yang aku merasakan kenyang, aku bersyukur dan memuji-Mu".
Rasulullah saw bersabda, "Perkara yang aku takuti atas umatku adalah perut besar (banyak makan), banyak tidur, malas dan lemah keyakinan". (Riwayat Daruquthni melalui Jabir r.a). Baginda bimbang apabila umatnya terlalu kenyang kerana ia boleh menyebabkan mereka malas untuk berjihad.
Pengikutnya Ramai Daripada Kalangan Miskin
Salah satu daripada soalan yang ditanya oleh Raja Rom ialah tentang siapakah pengikut Nabi Muhammad s.a.w. Hadis Abu Sufian r.a katanya: "Setelah aku berpisah dengan Rasulullah s.a.w dalam tempoh yang agak lama, pada waktu itu aku berada di Syam maka telah sampai sepucuk surat dari Rasulullah s.a.w yang ditujukan kepada Raja Hiraqal Pembesar Empayar Rom. Dahyat Al-Kalbi telah membawa surat tersebut dan menyampaikannya kepada pembesar Busra. Maka pembesar Busra telah membawa surat tersebut kepada Raja Hiraqal".
Lalu Raja Hiraqal bertanya: "Adakah di sini terdapat seorang lelaki dari kaum orang yang mendakwa sebagai Nabi ini?" Orang-orang yang ditanya menjawab: "Ya! Ada. Aku pun dipanggil bersama beberapa orang Quraisy yang lainnya, maka kami pun terus masuk menghadap Raja Hiraqal. Setelah dipersilakan duduk di hadapannya, Raja Hiraqal mula mengajukan pertanyaan: "Adakah di antara kamu ini orang yang paling dekat nasab keturunan dengan seorang yang mengaku sebagai Nabi ini?" Maka aku pun menjawab: Aku!"
Beliau (Raja Hiraqal) meneruskan pertanyaan: "Siapakah yang menjadi pengikutnya? Adakah mereka terdiri dari kalangan orang yang mulia atau dari kalangan orang yang lemah?"
Aku menjawab: "Para pengikutnya adalah terdiri dari kalangan orang yang lemah (miskin)". Kemudian Raja Hiraqal memerintahkan juru bicaranya supaya menyatakan (isi hatinya) bahawa: "Ketika aku tanyakan kepadamu mengenai para pengikutnya, kamu menjawab bahawa para pengikutnya terdiri dari orang-orang yang lemah dan mereka itulah pengikut para rasul".
Raja Rom itu mengiyakan jawapan Abu Sufian itu kerana beliau mengetahui bahawa pengikut para rasul yang terdahulu adalah dari kalangan orang miskin.
Kekayaan Bukan Jaminan Dapat Fokus Pada Ibadah
Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah s.a.w, bertanya kepada para sahabatnya yang miskin bagaimanakah keadaannya jika mereka diberikan kekayaan. Para sahabat mengatakan ia baik untuk mereka kerana mereka dapat menumpukan perhatian kepada ibadat. Namun Rasulullah s.a.w. menafikannya dan mengatakan bahawa keadaan mereka yang miskin itulah yang lebih baik dan membuatkan mereka dapat menumpukan kepada ibadat.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah).
Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu masa nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain.Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”.
Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”.
Sumber: http://nasbunnuraini.wordpress.com

Masya Allah!!!
0 ulasan:
Catat Ulasan