“Aku
benci dengar namanya. Aku sunguh-sunguh tidak mahu mendengar namanya
lagi!! kalau aku terus menetap di negeri ini ,Pasti namanya itu akan
sampai ke telinga ku", keluh seorang wanita tua sambil membawa beberapa
karung (beg) berisi barang-barang miliknya dengan niat berpindah dari
situ.
Wanita tua itu bertekad berpindah memandangkan dia tidak menyukai
seorang manusia mulia. Dimana-mana orang bercakap tentang diri si Mulia
itu. Perkara itu membuatkan dia tidak selesa tinggal di negeri itu. Dalam
panas matahari yang membelah kepala, dia sekuat kudrat mengheret karung
yang penuh dengan barangan miliknya sehingga kesan heretan karung itu
jelas kelihatan pada lantai padang pasir tersebut.
Pemuda tawar bantuan
Melihat keadaan wanita tua itu yang terumbang-ambing tersebut,tergerak hati seorang pemuda menghulurkan bantuan. Tanya pemuda tersebut “Wahai mak cik kemanakah arah tujuan makcik? sekiranya makcik membenarkan saya membawa karung makcik, saya boleh bawakan untuk makcik.”

Wanita tua itu pun berkata “Makcik tidak tahan mendengar nama Muhammad
(s.a.w). Di mana-mana nama dia bermain di bibir orang .Makcik benci
mendengar nama Muhammad (s.a.w) sebab itulah makcik mahu pergi jauh dari
negeri ini.”katanya lagi.
“Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan karung ini,sehingga makcik sampai ke tempat tujuan” pemuda itu menawarkan bantuan kepada wanita tua tadi.
Tahan Cercaan
Sepanjang perjalanan pemuda itu telah di sajikan dengan pelbagai cercaan demi cercaan mengenai Muhammad. Tiada satu pun yang baik dan semua buruk-buruk belaka. Pemuda yang membawa barang itu sepanjang perjalanan hanya diam dan mendengar dengan penuh tekun.

Pesan wanita tua itu, ”wahai pemuda yang baik hati, kamu telah menolong ku di kala tiada siapa yang datang membantuku untuk membawa barang ku ini. Ramai pemuda gagah telah melewatiku, namun tiada siapa yang membantuku melainkan kamu. Untuk membalas jasamu aku ingin berpesan kepadamu dengan pesanan yang penting .Dengarlah baik-baik, jauhilah dirimu dari Muhammad (s.a.w) Siapa kamu????”
“Apakah makcik pernah jumpa Muhammad (s.a.w) sebelum ini ?” Tanya pemuda tersebu. “Tidak, belum pernah bertemu dengannya,”Jawab wanita tua tersebut. Pemuda itu hanya semyum dan meminta izin untuk kembali ke Mekkah memandangkan destinasi wanita itu telah sampai.
“Wanita jenis apakah aku ini? pemuda itu telah menolongku tanpa di minta dan telah bersusah payah membawa karungku ini,tetapi aku tidak pun mengucapkan terima kasih atau menanyakan namanya?” bisik wanita tua menyalahkan diri nya. “Wahai pemuda yang baik hati siapakah nama mu?” “MUHAMMAD IBNI ABDULLAH (saw)”,jawab pemuda itu lembut.
Peluk Islam
Wanita tua itu terasa langit terbelah dan jatuh ke atas kepalannya .Dia tidak percaya pada apa yang telah berlaku padanya. “Apakah benar kamu Muhammad? Tidak mungkin kamu Muhammad (s.a.w) kerana tiada satu berita baik pun yang sampai kepadaku melainkan semuanya adalah yang tidak elok mengenainya. Tetapi kamu wahai pemuda yang baik hati. Kamu sunguh-sunguh berakhlak mulia dan bersifat kasih .Apa kamukah yang telah ku cerca sepanjang perjalanan? Bagaimana orang Musyrikin Mekkah sampai hati mencerca mu sedangkan kamu Al-Amin yang pernah muncul pada kalangan kami?? Bersaksikan kamu,aku mahu memeluk agama sucimu ini”.

Pada masa itu juga wanita tua itu mengucap Kalimah Syahadah beriman kepada Allah dan Rasulnya yang mulia Muhammad (s.a.w)
0 ulasan:
Catat Ulasan