Social Icons

Jumaat, 16 Oktober 2015

Kisah Pinjam Duit Along - Apa Yang Perlu Dibuat Kalau Sudah Terperangkap?

Ada seorang kenalan, datang mengadu kat Pak Lang hal kehidupannya yang sedang tertekan. Dia akui tersilap dan terpaksa menanggung akibatnya sekarang. Pak Lang pun tidak sangka, dia boleh terjebak. Sedangkan semua orang tahu risiko dan akibat yang akan ditempuh. Tetapi itulah yang berlaku akibat terdesak dan tidak mahu hendak berusaha lebih sikit. 

Cerita kenalan ini dia tersilap berhutang dengan 'along'. Mengambil pinjaman wang ibarat menjerat diri sendiri. 'Along' ni kebanyakannya berbangsa Cina. Modal mereka besar. Jika sesiapa mahu meminjam, tanpa soal banyak dia akan terus letakkan wang tunai yang diminta. Orang Melayu yang terdesak akan gelap mata. Wang tunai yang sudah dipotong bunganya 10% itu lantas direbut dengan rakus. Seolah-olah itulah nyawa kehidupannya. 

Perjanjian kena bayar setiap dua minggu. Jika pinjam RM30k, 'sibodoh' yang terdesak ini akan hanya terima RM27k. Selepas itu kadar bunga akan jadi gila-gila. Kadarnya ikut suka si'along'. Sibodoh hanya mampu mengeluh tetapi sudah mula menjadi hamba suruhan si'along'. Hinanya hidup. Bekerja siang malam pagi petang untuk membayar bunga. Hutang pokok belum dapat dilunaskan. 

Along ini memang sukakan peminjam yang tidak mampu membayar. Along akan kenakan bunga berganda-ganda. Ada bunga bulanan, bunga mingguan dan malah bunga harian. Semuanya ratusan peratus daripada pinjaman asal. Apa yang penting, sibodoh sudah dapat di jerat leher dan dicucuk hidung oleh si 'along. 

Banyak berlaku, hutang yang sedia ada tidak dapat dibayar, kadar bunga yang teramat tinggi pula yang kena diselesaikan. Tidak ada penyakit, cari penyakit. Hutang RM30k sudah meningkat menjadi RM100k. Lari ke mana pun, 'along' akan tetap dapat mencari. Ugutan, herdikan, ancaman dan paksaan sudah diterima setiap hari. 

Sobodoh 'stress' bagai nak gila. Apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur. Ikut sahajalah apa kehendak si 'along'. Dahsyatnya kerana hidup sudah dikontrol orang lain. Kad bank dan kad pengenalan dipegang oleh 'along'. Kereta kena tarik, rumah kena 'seal' adalah antara rentetan skrip perjalanan hidup mereka yang meminjam dengan 'along'. 

Yang kurang iman, sanggup membunuh diri dan orang yang mereka sayang. Malu dengan jiran-jiran dan kenalan sudah tidak terasa. Sudah terpaksa dalam rela mendengar 'along' menjerit-jerit depan rumah suruh bayar hutang. 

Inilah bahana 'berbaik' dengan 'along'. Along ni spesis bukan manusia. Boleh kata binatang juga. Memang hidup atas perahan keringat orang lain. Perikemanusiaan langsung tidak ada. Yang sibodoh pun lebih kurang sama. Sudah tahu bahaya dan risiko tetapi dek nampak duit depan mata, terus tidak dapat berfikir normal.

Jadi nasihatkan dan ingatkan anak cucu supaya JANGAN cari pasal meminjam dengan 'Along'. Bahkan elak dari meminjam lebih baik. Meminjam menyebabkan kita terpaksa memikirkan hutang kita berterusan. Sebahagian kenikmatan hidup sudah hilang. 

Kenalan Pak Lang tadi bertanya apa yang patut dilakukan? Wang sudah habis dikorek sana sini. Terpaksa berhutang pula untuk membayar hutang 'along'. Korek lubang baru di merata tempat untuk menimbus lompong besar dan makin membesar yang diperangkapkan si'along'. 

Pak Lang hanya ingatkan agar kembali kepada Allah. Tentu ada salah silap yang menjadikan Allah hukum dengan situasi yang sulit itu. Dosa-dosa itulah yang perlu di semak, dikesali dan dimohon ampun denganNya. 

Allah lakukan itu semua kerana kasih sayangNya untuk menyedarkan dan menginsafkan. Renung semula perjalanan hidup dan bertekadlah dengan bertaubat nasuha. Jika taubat dilakukan sungguh-sungguh, pasti Allah akan bukakan jalan penyelesaian. 

Selama ini masa berniaga rasa diri pandai dan mampu. Allah sebagai tempat meminta dan menyandar untung nasib dilupakan. Dosa maksiat tidak dihirau. Lalu bila Allah hukum dengan terjebak perangkap 'along', moga-moga boleh kembali ke pangkal jalan.

Berniaga bagus dan sunnah yang digalakkan. Mulakan bisnes tanpa berhutang. Mulakan bisnes dengan cara yang mudah. Buat sekadar apa yang kita mampu dan sentiasalah berusaha belajar elmu tentang perniagaan yang kita ceburi.

Bacalah tajuk berikut untuk melihat wajarnya kita tidak meminjam. Jangan jadikan meminjam itu budaya kita.


Jangan Meminjam Untuk Memulakan Perniagaan
oleh Azizan Osman pada 02 Disember 2014



Semua “orang” sedang sibuk nak bagi pinjaman kepada usahawan, bakal usahawan dan graduan tetapi mereka tidak ajar bagaimana nak berniaga dengan berjaya, mereka tidak ajar bagaimana nak pastikan perniagaan peminjam tinggi jualan dan keuntungan.

Sampai masa mereka expect pinjaman dibayar dan jika tidak? Di sita, blacklisted atau declare bankrupt.

Itu memang misi pemberi pinjaman, beri pinjam. Memanglah mereka tidak beri pinjam sesaja, mereka tengok paperwork tetapi nama pun paperwork, atas kertas semuanya untung.

Sebab itu saya selalu pesan anak didik saya, jangan meminjam untuk berniaga jika tidak ada ilmu. Peluang gagal adalah sangat tinggi.

Jangan belajar pinjam duit tetapi belajar buat duit.

ILMU penting. Belajar memulakan perniagaan dengan apa yang ada ditangan. Banyak bisnes yang boleh dibuat tanpa perlu meminjam, tanpa perlu buka kedai, tanpa perlu keluarkan produk serta kos yang mahal.

Jika ada ilmu, hutang berlambak dan bankrupt pun Insya Allah boleh dilangsaikan. Maruah boleh ditebus.

Misi mereka adalah beri pinjam kerana itu KPI mereka.

Terpulang.

1 ulasan:

  1. Lebih baik panggil kawan-kawan bersama dan berunding dengan Along untuk menggeluarkan satu pelan bayaran yang anda mampu bayar setiap bulan.

    BalasPadam

 

Sample text

Sample Text

Sample Text