Social Icons

Ahad, 8 Mei 2016

Hujjah ASWJ - Hadis Nabi Mengenai TALQIN


Image result for talqin mayat
Image result for talqin mayat
Talqin mengikut bahasa Arab ialah Tafhim. Mengikut Kamus Al- Muhit: (4/268) maknanya memberi faham. Mengikut Kamus Al- Marbawi: (225) pula maknanya mengajar dan memberi ingat. Manakala mengikut Kamus Cemerlang, Arab Melayu – Melayu Arab, Abd. Bin Nuh & Oemar Bakri: (308) maknanya mendidik dan mengajar. Di dalam Al-Munjid maknanya lebih luas lagi, iaitu memberi faham dan memberi ingat secara mulut dengan berhadapan satu sama lain. 

Erti Talqin menurut kitab-kitab fiqah: 

Pertama: Mengajar orang yang hampir mati dengan kalimah tauhid, 

Kedua: Mengingatkan orang yang sudah mati yang baru sahaja dikebumikan mengenai beberapa perkara penting untuk menghadapi malaikat Munkar Nakir yang akan datang menyoalnya apabila orang-orang yang menghantarnya ke kubur berangkat balik meninggalkan tanah perkuburan.  (Al-Dalail Al-Muniqah fi Bayan Adillati Al-Masail Al-Khilafiyah: 34). 

Menolak Wahabi

Mentalqin si mati dihukumkan bid’ah oleh golongan yang dikenali sebagai 'Kaum Muda' pada tahun 50-an di Semenanjung Tanah Melayu. Fahaman ini disebarkan semula oleh golongan Wahhabi yang kini mempunyai berbagai nama antaranya mendakwa sebagai "Itba' Al-Sunnah", Salafiyyah dan juga Ahlu Al-Sunnah wa Al-Jamaah. 

Dakwaan mentalqinkan si mati itu bid'ah adalah berasaskan kononnya ia tidak ada nas mengenainya di dalam Al- Quran dan Hadis. Nas yang ada hanya menjelaskan bahawa si mati tidak mendengar sesuatu (percakapan) daripada orang yang masih hidup, maka tidak ada faedahnya kita mengajar orang yang telah mati, seolah-olahnya kita mengajar kayu dan batu yang hanya dilakukan oleh orang yang nyanyuk tiada akal.2 

Dalil Talqin

Walaupun golongan Wahhabi menolak amalan tersebut, membaca Talqin kepada si mati adalah digalakkan oleh para ulama salaf (sebelum tahun 300 hijrah) dan ulama khalaf (selepas tahun 300 Hijrah). Rasulullah SAW pernah bersabda yang ertinya: Ulama adalah pewaris para nabi, lantaran itulah kita bepegang teguh kepada pendapat ulama berdasarkan saranan Nabi SAW tersebut. 

Antara hujah mengenai Talqin seperti berikut: 

1. Abu Umamah r.a. 

Al-Thobarani melaporkan dalam Al-Mu'jam Al-Kabir berkata: 
Ertinya: 
"Daripada Said ibn Abdullah Al-Audi berkata: Aku lihat Abu Umamah ketika beliau dalam naza' terakhir berkata: Andainya aku meninggal dunia buatkanlah kepadaku sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW. kepada si mati dari kalangan kita. Rasulullah SAW. menyuruh kita dengan sabdanya: Apabila ada di antara kamu yang meninggal dunia maka hendaklah diratakan tanah di atas kuburnya, kemudian salah seorang daripada kamu berdiri di tepi bahagian kepalanya (mengadap ke mukanya) dan katakan: 

Wahai pulan ibn pulanah, sesungguhnya dia mendengar cuma tidak boleh menjawab. Kemudian katakan: Wahai pulan ibn pulanah ketika itu ia pun duduk, kemudian katakan wahai pulan ibn pulanah, lalu si mati berkata: Berilah bimibngan dan ingatan kepada kami mudah-mudahan engkau (yang bertalqin) dirahmati oleh Allah, tetapi kamu semua (para hadirin) tidak menyedarinya, lantaran itu katakanlah kepadanya. 

Maka pentalqin mengingatkan si mati apa yang dibawa balik dari dunia ini, janganlah kamu lupa ikatan janji taat setiamu yang ada semasa kamu meninggalkan kami waktu menuju ke alam akhirat iaitu mengucap syahadah; Dan engkau reda Allah itu sebagai Tuhanmu, Islam sebagai agamamu, Nabi Muhammad itu sebagai nabi dan Rasulmu, Al-Quran itu sebagai pedoman dan ikutanmu, malaikat Munkar dan Nakir setelah mendengar si mati telah dilakqinkan, maka kedua-duanya pun meninggalkan si mati tersebut. Lalu seorang lelaki bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah, sekiranya tidak diketahui nama ibu si mati bagaimana keadaannya? Sabdanya: Nasabkan kepada Hawa." 

Hadis di atas diulas seperti berikut:

1. Hadis ini dikenali dengan hadis Abu Umamah, kerana beliau yang mendengar Nabi SAW bersabda demikian. Orang yang meriwayatkan hadis ini ialah Imam Al-Thobarani dan Imam Ahmad ibn Hanbal. Seramai 23 orang. Di antaranya termasuklah Imam Al-Thobarani, bukannya Imam Al-Bukhari dan Muslim sahaja seperti sangkaan setengah orang. 

2. Hadis inilah yang menjadi hujah ulama fiqah yang masyhur di dalam mazhab Syafie dalam amalan Talqin: Di antaranya seperti berikut: 

1) Imam Al-Ramli di dalam kitab Al-Nihayah (3/40). 

2) Imam Al-Nawawi di dalam kitab Al-Majmu' (7/304). 

3) Al-Syeikh Muhammad Syarbini Al-Khatib di dalam kitab Mughni Al-Muhtaj (1/367).

4) Al-Syeikh Al-Ardabili di dalam kitab Al- Anwar (1/367). 

5) Zainal Abidin Al-Malibari di dalam kitab Fath Al-Mu'in hal. 48. 

6) Al-Syeikh Syihabuddin Al-Qalyubi di dalam kitab Al-Qalyubi (1/353). 

7) Al-Syeikh Al-Syeid Al-Bakri Syatho di dalam kitab I'anah Al-Tolibin (2/140). 

8) Al-Syeikh Abdul Majid Al-Syarwani dalam kitab Tuhfah Al-Muhtaj (3/207) 

9) Al-Syeikh Mansur Ali Nasif seorang ulama Al-Azhar Al-Syarif di dalam kitab Al-Taj Al- Jami' li Al-Usul (1/415); dan lain-lain lagi. 

3. Di dalam hadis ini ternyata bahawa Nabi SAW menyuruh mentalqinkan si mati, yakni mengingatkan si mati yang telah dikebumikan, sedang perkara yang diingatkan itu amat penting; iaitu berkenaan dengan iktiqad tentang ketuhanan dan kenabian, agama, Al-Quran, Ka'bah dan lain-lain lagi. Faedahnya ialah untuk membantu melancarkan jawapan si mati semasa menghadapi dua malaikat Munkar dan Nakir yang akan datang menyoalnya. 

4. Di dalam hadis ini disebutkan ketika menyeru si mati itu wahai fulan ibn fulanah, ini adalah sebagai contoh sahaja. Kalau yang ditalqinkan itu si mati yang betul-betul mempunyai nama, maka hendaklah diseru namanya yang sebenar dan nama ibunya, umpamanya anak Aspiah misalnya, maka diseru wahai Zainuddin bin Aspiah sebanyak dua atau tiga kali mengikut fatwa Al-Syeikh Mansur sebagaimana di dalam kitabnya Al-Taj. 

5. Menurut hadis Abu Umamah ini, si mati yang ditalqinkan itu tidak jadi disoal oleh Munkar dan Nakir, kerana si mati telah ditalqinkan. 

6. Hanya sanad hadis ini terdapat sedikit kelemahan, kerana salah seorang daripada perawi hadis ini yang bernama 'Asim ibn Abdullah yang dikatakan oleh Ibn Huzaimah, beliau ini hafalanya kurang sedikit. Sungguhpun demikian kata Sya'rani di dalam kitab Mizan Al-I'tidal (2/354) 'La Baksa Fihi" iaitu ianya tidak mencacat-celakan hadis tersebut. 

PETIKAN DARI BUKU TULISAN:  
Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari 

Buku ini boleh di dapatkan di:
Sekretariat Menangani Isu-Isu Akidah Dan Syariah, 
Majlis Agama Islam Negeri Johor
Pusat Islam Iskandar Johor
Jalan Masjid Abu Bakar
80990 Johor Bahru

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text