Social Icons

Selasa, 10 Mei 2016

Kisah Keluarga - Seriusnya Solat

Puan Khaulah Binti Hj Ashaari

SOLAT ABUYA

Salam semua.. Mintak mahap ler dah lama mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang blogger second hand atau part time. Dah segan dah bagi alasan manjang. Ok kembali dengan kisah bersama Abuya ye.. Selamat membaca semua..

Abuya ialah seorang ayah yang tegas. Penyayang tapi tegas. Lebih lagilah bila masuk bab solat,laagilah tegas. Serius. Garang. Jangan sapa berani buat main. Benda lain boleh bergurau,tetapi masuk bab sembahyang,sila hentikan gurauan anda serta merta ditempat kejadian! Dari kami kecik lagi,tak baligh lagi,hingusan lagi pun Abuya dah ingatkan tentang betapa perlunya serius dalam beribadah. Daripada berwuduk,pakaian solat,saf,bacaan sembahyang dan sebagainya tu sangat dititik beratkan. Hal lain masih boleh dimaafkan,tetapi sembahyang? Tiada maaf bagimu..

Kami waktu kecik dulu biasalah kalau kena denda tak boleh makan sebab masbuk. Kena rotan sebab solat main-main. Kena tibai kalau solat tidur. Kena nganga sejam sebab tak serius ibadah. Biasalah budak-budak,solat nak main-main. Tapi dengan Abuya,memang silaplah. 

Aku sendiri sebab waktu kecik memang malas solat,Abuya siap boleh tulis sajak yang ditujukan khusus untuk anakku Khaulah yang culas sembahyangnya. Huhu.. Kekal jadi ingatan sampai ke harini. Tiap kali tersedar sembahyang tu lalai je,mesti teringatkan sajak yang Abuya tulis tu. Terima kasih Abuya.. Malah ada sorang abang kami yang pernah dihalau dari rumah 3bulan sebab selalu masbuk solat. Memang Abuya tak main-main punya. 

Pernah waktu kami semua tinggal serumah dengan Abuya diawal-awal pindah ke Rawang dulu,adik-adik laki Jun,Wadud,Humam,Fida' dan semualah sembahyang belakang Abuya. Bila azan je semua kena sembahyang sunat. Kami anak-anak perempuan di saf belakang dengan mak-mak. Time Abuya solat sunat,depa tak sembahyang sunat. Malah boleh pula main sep sep bom bom ca. Riuh rendah macam kat pasar malam. Bila Abuya selesai je solat,siaplah.. Abuya punyalah marah pasal depa melampau sangat. Eceh padahal kami lebih kurang je tapi pasal jauh sikit dari Abuya jadi taklah ketara sangat. Abuya siap bangun,buat gaya sep sep sambil angkat kaki,sebab nak bagitau kata salahnya perbuatan main sep sep bising waktu orang solat. Yang kami ni dah tak tahan gelak tengok gaya Abuya tu. Tak mampu... Terus lari kerumah sebelah. Tinggallah adik-adik laki terkulat-kulat menghadapi kemarahan Abuya. Lepastu serik dah nak main sep sep. Tiap kali main bom bom ca tu mesti teringat gaya Abuya buat tu. Pecah perut!

Abuya memang displinkan waktu solat,anak-anak laki kena pakai kain dan serban. Anak-anak perempuan macam biasalah telekung. Berlaku satu peristiwa diwaktu solat juga. Entah kenapa haritu,mana depa dapat idea,budak-budak laki ni sembahyang sambil main cabut-cabut serban. Mula tu sorang je yang tercabut serban,tapi rakaat demi rakaat makin ramai pulak yang tercabutnya. Sampai bagi salam semua dah tinggal kopiah je. Bila Abuya toleh je,heranlah Abuya. Pasal apa semua pakat cabut serban? Hah... Habislah semua kena denda makan nasi saja takde lauk. Bagi budak-budak beratlah sangat hukuman tu kan. Seriklah sangat dah! Macam-macamlah haii..

Disurau rumah kami tu Abuya siap sediakan minyak wangi yang diikat pada tiang untuk kami pakai setiap kali sebelum sembahyang. Kadang tu Ummu letak juga bedak. Depan Tuhan kena wangi-wangi,kata Abuya. Tau jelah budak-budak. Kadang tu baju berair liur basi pun boleh selamba je bawak solat. Ala.. Kadang orang tua pun sama. Huh!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text