Social Icons

Selasa, 17 Mei 2016

Karamah Ummu Aiman - Ibu Angkat Baginda Nabi SAW

Gambar hiasan 

Barakah adalah seorang gadis yang berasal dari Habsyah (Ethiopia). Pada asalnya Barakah merupakan seorang hamba yang didagangkan atau dijual di pasar. Namun, beliau diselamatkan atau telah dibeli oleh bapa Rasullulah saw iaitu Abdullah bin Abdul Muttalib. Barakah telah diberikan gelaran sebagai "Ummu Aiman". 

Berikutan pemergian Abdullah, bapa Rasullulah saw atas urusan perniagaan Barakah menjadi pembantu peribadi kepada isteri Abdullah,iaitu bonda Rasullulah saw iaitu Aminah binti Wahab. Apabila Aminah melahirkan Baginda Rasullulah saw, Barakah bertindak sebagai pengasuh dan penjaga kepada Rasullulah. 

Setelah Aminah meninggal dunia, Barakah bersama-sama Rasullulah saw menetap di rumah Abdul Muttalib. Setelah baginda bernikah dengan Khadijah binti Khuwalid, Barakah turut mengikuti Rasullulah menetap di rumah Baginda. Hasil usaha Rasullulah bersama Siti Khadijah binti Khuwailid Barakah dinikahkan dengan anak angkat baginda Zaid bin Harithah.

Ummu Aiman ialah salah seorang ibu angkat Rasullulah saw sesudah ayah dan ibu kandung Rasullulah saw, Aminah meninggal dunia ketika Baginda masih kecil dan baginda diserahkan untuk diperlihara oleh datuknya Abdul Muttalib. 

Ummu Aiman ikut serta dalam rombongan awal yang disuruh oleh Nabi Saw berhijrah ke Madinah. Untuk melakukan perjalanan itu beliau tidak membawa bekalan sedikit pun. Bila rombongan itu berhenti di suatu bernama Rauha untuk merehatkan kaki yang lesu, Ummu Aiman merasa terlalu dahaga, tetapi kerana imannya begitu teguh beliau bersungguh-sungguh menahan dahaganya . 


Ummu Aiman berkata:"Pada waktu itu aku mendengar seperti guruh di langit. Aku mendongak ke atas dan kemudian aku lihat sebuah timba seperti dihulurkan dari atas dengan tali berwarna putih. 

"Timba itu berisi air. Aku minum air itu sehingga aku kenyang.
Ummu Aiman berkata:"Sejak aku mimum air itu aku tidak pernah lagi merasa dahaga. Aku cuba berjalan di bawah cahaya matahari yang panas terik, namun aku tidak juga merasa dahaga."

SUMBER: SALIM ZAINAL

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text