Social Icons

Tuesday, 17 May 2016

Sayyidah Khadijah Menguji Jibril


Sayyidah Khadijah merupakan isteri Rasulullah saw yang pertama . Sayyidah Khadijah mempunyai tempat yang istimewa di hati Rasulullah saw. 

Sayyidah Khadijah berkata kepada Rasulullah saw :"Dapatkah Rasulullah memberitahu atau mengkhabarkan kepadaku apabila Jibrail datang nanti?" 

Jawab Rasulullah saw :"Boleh" 

Apabila Jibrail datang bertemu Rasulullah. Rasulullah saw pun memberitahu kepada Sayyidah Khadijah. Lalu Sayyidah Khadijah meminta Rasulullah saw duduk di peha kanannya. Lalu permintaan itu dituruti oleh Rasulullah saw. Lalu Sayyidah Khadijah bertanya lagi adakah Rasulullah saw masih dapat melihat Jibrail. 

Maka Rasulullah saw menjawab :"Ya" . 

Kemudian , Sayyidah Khadijah meminta Rasulullah saw duduk di peha kirinya pula. Lalu permintaan itu dituruti oleh Rasulullah saw. Lalu Sayyidah Khadijah bertanya lagi adakah Rasulullah saw masih dapat melihat Jibrail. Maka Rasulullah saw menjawab :"Ya" . 

Kemudiannya, Sayyidah Khadijah membuka tudung dan wajahnya. Lalu Sayyidah Khadijah bertanya lagi adakah Rasulullah saw masih dapat melihat Jibrail. Maka Rasulullah saw menjawab :"Tidak" . 

Sayyidah Khadijah Menguji Jibril berseru :"Bergembiralah sesungguhnya dia adalah Malaikat bukan Syaitan." 

0 comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text