Social Icons

Ahad, 12 Mei 2013

Bacalah 3 Kisah Menarik Tentang Keluarga Abuya - Tulisan Dari 3 orang Puteri Abuya

Keluarga Abuya Syeikh Imam Ashaari At-Tamimi merupakan keluarga model. Ianya adalah hasil didikan Abuya yang berjaya mengasuh semua ahli keluarganya mencintai dan mengutamakan Allah dan Rasul. Keluarga Abuya adalah keluarga perjuangan. Setiap detik masa yang digunakan di dalam rumah tangga Abuya adalah bernilai perjuangan. Inilah rumah tangga model dan contoh ikutan semua ahli GISB yang lain. Inilah rumah tangga yang berjaya membina suasana 'mawaddah wa rahmah' yang hebat. 

Pak Lang tidak bercadang untuk menghuraikannya tetapi cukuplah dengan membaca tulisan anak-anak Abuya sendiri tentang keluarga mereka - khususnya tentang Abuya dan Bonda Ummu Jah ar - anda semua akan tahu apa yang Pak Lang maksudkan. Pak Lang paparkan di sini bahan tulisan - ambilan dari blog Puteri Abuya. SILA KLIK DI SINI UNTUK SUMBER

Anak cucu dan para remaja sekelian pasti terasa hebatnya Abuya!! Bacalah!!




Saturday, May 11, 2013
Hadiah Abuya Untuk Kita
 
Aku kisahkan perihal ibu ayahku itu bukan kerana mereka itu ibu ayah yang melahirkanku,tapi kerana aku tahu ibu ayahku itu juga aku kongsi bersama dengan ribuan lagi anak-anak yang tidak mereka lahirkan yang turut merindu..

Mendengar cerita bagaimana Abuya mampu menyusahkan anaknya sedemikian rupa pasti mengundang ngeri dihati. Boleh ke? Tak kesian ke anak? Takde hati perut ke? Anak-anak tak cukup kasih sayang nanti!

Aku paling pantang kalau ada antara adik beradik aku yang cakap kami tak cukup kasih sayang. Aku rasa nak jentik mulut. Eh! Cukup kasih sayang tu macamana sebenarnya? Makan bersuap,tidur bertepuk,duduk beriba ke? Ewah.. Sampai bila kau nak jadi baby. Suap nestum sampai darjah 6 kang baru tau!

Dengar sini wahai adik-adikku yang comel dan comot,antara banyak mak ayah kat dunia ni kan,sedar tak sebenarnya mak ayah kita yang paling mewahkan kita dengan kasih sayang. Tau tak sebab apa? Sebab mak ayah kita bagi TUHAN. Tuhan tu lebih besar lebih kaya lebih sayang kita melebihi seisi dunia. Kalau kita betul mengambil Tuhan yang mak ayah kita pusakakan tu,konfem kita jadi anak yang terlebih-lebih kasih sayang hinggakan kita juga turut mampu memberi kasih sayang pada orang lain yang lebih memerlukan. Tapi kalau kita buat tak peduli je dengan Tuhan tu,itu yang merapu-rapu cakap tak cukup kasih sayanglah,apelah!

Kepada ibu bapa,jangan pernah takut untuk memberi kesusahan kepada anak-anak. Sesungguhnya kesusahan itu bagai menyemai benih yang sudahnya kita dapat menuai hasilnya. Berbaloi-baloi. Tapi biarlah kesusahan yang diberikan itu bersama Tuhan. Sebab Tuhan tu penyelesai segala masalah. Semua benda kena bersama Tuhan. Jangan pandai-pandai rasa kau mampu setelkan anak-anak tanpa Tuhan.

Ok.. Aku sebenarnya heran tau kenapa melancong ke Eropah itu bagi kebanyakan orang ialah sesuatu yang exclusive. Sebab pengalaman aku berapa kali dah kesana tak pernah pun rasa gempak. Rasa lawak adalah. Kat Eropahlah aku belajar untuk hidup jauh lebih susah dari biasa. Ok ceritanya macamni. Biasanya show yang betul-betul confirm dari pihak penganjur tu hanya sekali show sahaja. Memang takde undangan lain. Tapi melampaulah kalau pergi Eropah tiket mahal pastu duduk 2 hari jekan? Jadi biasanya Tuhan buat lepas show yang pertama tu akan ada undangan show yang berderet-deret. Kerana prinsip kita tak minta bayaran,maka pihak yang menjemput untuk show seterusnya itu kadang setuju untuk siapkan tempat tinggal dan sedikit kos perjalanan. Itu saja. Duit belanja,royalti,duit poket,duit jajan,apetah lagi duit raya memang tiada ye. Sila jangan tertipu dengan gambar kami diEiffel Tower itu sebagai sedang kaya raya. Itu hanya lakonan semata-mata.

Maka untuk mengorek duit belanja buat sekumpulan adik beradik yang tak pernah kenyang itu bagaimana? Belanja yang kami maksudkan ialah teringin roti,keropok,kebab,jus dan lain-lain yang dijual distesen minyak ye. Atau sesekali akan beli stokin,tshirt dan pakaian yang berharga 5euro kebawah. Atau juga untuk beli ole-ole keychain untuk kawan-kawan yang bernilai 1 euro ke bawah. Harap faham definisi belanja kami! Hehe..
Minta dengan Abuya Ummu? Ewah cantik muka kau! Ummu akan menidak pedulikan permohonan itu ye. Sebelum mohon pun dah tau dah jawapan. Jadi aku akan pakat sesama adik-adik yang agak boleh berfikir (sebab ada adik yang tak suka fikir) untuk cari modal beli barang untuk dijual disana. Dalam masa yang sama kami memang akan sentiasa bawak cd/vcd yang dihasilkan selalunya last minute sebelum keberangkatan. Dari hasil jualan cd tu akan sangat membantu kos perjalanan selama 3 bulan di Eropah. Manakala jualan barang yang kami bawa pula adalah sebagai sok sek sok sek keperluan selama disana. Dan biasanya Tuhan buatkan ada saja pihak yang akan bermurah hati tumpangkan rumah,belanja makan,belanja pakai dan lain-lain. Walaupun begitu tetaplah kami pernah melalui pengalaman tidur dalam kereta ditempat rehat sebab tiada rumah untuk ditumpangi,pernah juga tidur diruang tamu rumah orang yang sempit seramai 13orang. Dan biasa juga tidur tersengguk disofa rumah orang. Sekarang ni dah mudah. GISB dah ada rumah dan premis di Eropah. Jadi sapa nak kesana sekarang ni dah tak risau nak kena tidur dalam kereta. Huhu..

Hikmah besar dari semua ini ialah,satu hari tu sorang simpati lama Abuya di Kent (UK) mengajak kami kerumahnya. Rumahnya jauh dari London. Kira kampung jugalah. Konsep rumahnya pula ialah cerita seram. Pokok merimbun yang menutupi sebahagian besar rumahnya itu memang meremangkan,dibelakang rumah pula ada pokok yang jenis boleh tarik kaki orang tu tahape nama dia. Memang seram. Tuan rumah tinggal dengan anak lelaki bujangnya. Kedua-dua mereka itu juga menyeramkan. Bila sampai waktu tidur,tuan rumah dan anaknya mohon izin untuk masuk tidur dan meninggalkan kami terpinga-pinga nak tidur mana. Seram kan? Kami seramai 8orang pun ambil keputusan untuk layan jelah ruang tamu tu. Aku merengkot atas sofa diruang makan,Fatim bawah meja makan,Fah tergolek tepi pasu,adik-adik laki diruang tamu berhimpit-himpitan. Dah penat sangat. Esok paginya tuan rumah dan anak pun turun solat subuh jemaah dengan kami. Lepas solat tu dia menangis. Hish makcik jangan buat hal! Dia cakap selama ni dari zaman arqam aku selalu dengar orang tuduh Abuya mewahkan anak-anak. Tapi bila aku tengok kamu semua sanggup tidur dalam keadaan serba kurang diruang tamu rumah aku ni,jelaslah bahawa segala tuduhan itu tidak benar sama sekali. Hah! Makcik ni memang pandai menyeramkan kami!

Abuya memang betul nak pastikan bahawa kami ke Eropah tu dapat kekalkan rasa hamba. Jangan berangan macam pelancong pergi Eropah nak borong handbag ye. Sedar diri sikit kau tu pergi berjuang. Bukan bersenang lenang. Pernah kami hadapi satu kesusahan yang tak mampu ditanggung lagi lalu kami call Ummu untuk mengadu. Wahh..seronok kau dapat mengadu ye. Sekali tu Ummu boleh relaks je cakap,Allah.. Nikmat dapat ke Eropah tu dah besar sangat. Setakat ujian kecik ni apalah nak diberatkan. Ha padan muka! Macamlah kau tak kenal Ummu nya. Iyah dulu selalu ngadu cikgu rotan,hasilnya Ummu akan rotan Iyah lagi teruk dari cikgu. Hahah.

Jadi itulah yang Abuya maksudkan dengan memberi kesusahan kepada anak. Supaya kelak mereka tahu untuk jadi miskin dalam kaya dan boleh kaya dalam miskin. Selagi Tuhan tidak ditinggalkan,insyAllah semuanya dapat diatasi.

Abuya.. Terima kasih.. 




Abuya rindu Kak Idah.. Friday, May 10, 2013 Labels: KeLuarGa MoDeL

Seterusnya dari Mesir,kita dengar kisah Zahidah (Mama Aman) bersama Abuya. Kisah tentang memahami bagaimana kasih seorang ayah.. Memahami sayang seorang pemimpin.. Bacalah,hayatilah dan fahamilah..

Waktu kecil aku memang manja dengan Ummu Ain iaitu ibu kandungku. Tapi bila umur dah masuk darjah 5,Abuya pisahkan aku dan hantar aku tinggal dengan Ummu (ibu tiri) di Labuan. Memang terasa sedih waktu tu. Memang aku tak faham langsung maksud Abuya! Abuya sengaja nak pisahkan aku dengan mak kandung aku dan suruh duduk dengan mak tiri. Kemudian bila memasuki tingkatan 1 Abuya hantar pula aku masuk asrama di Rawang. Jadi aku kehilangan semua keluarga. Abuya,Ummu,adik beradik yang lain. Tinggallah aku 2 tahun disitu tanpa berhubung dengan mereka. Aku terasa seperti hidup keseorangan walau ditengah ramai. Aku pun buat macam-macam perangai. Waktu tu aku selalu fikir kenapa Abuya tak pernah tanya tentang aku? Aku pun buatlah macam-macam hal. Sampai kadang-kadang tengok orang beli ubat gigi pun aku terliur. Anak-anak orang lain ada baldi pun aku cemburu. Yelah.. aku tak pernah dapat duit belanja. Umur pula masih muda,memang aku tak faham langsung!

Satu haritu Kak Atiyah balik dari Jordan. Dan dia dengar macam-macam hal tentang aku. Kak Atiyah ni memang sensitif dan prihatin dengan nasib adik-adiknya. Adik kandung mahupun adik tiri. Akhirnya aku pun kena pindah duduk kat Kedah. Waktu tu Abuya baru keluar dari Labuan. Bila Abuya tahu aku buat hal,Abuya pun jumpa aku dan tanya dengan tegas! Zahidah,kamu nak Abuya doakan kamu mati atau lumpuh? Aku jawab dua-dua pun aku taknak. Namun dengan pertemuan tu aku masih tak faham lagi. Dan aku teruslah dengan kebodohan aku dan masihlah mengekalkan perangai jahat. Memang..bukan mudah memahami kerja-kerja Abuya. Menyebabkan kita selalu tersalah sangka! Sedangkan ugutan Abuya itu adalah untuk aku berfikir dan berubah. Janganlah sampai perangai aku menyusahkan Abuya dan perjuangan Abuya. Tapi aku ni tak fikir macamtu pun! Yang aku fikir hanyalah Abuya tak sayang aku. Betapa bodohnya aku!! Sedangkan Abuya tu sangatlah penuh dengan kasih sayang. Begitulah seterusnya. Aku buat hal,Abuya ugut. Aku buat lagi. Kejamnya aku! Aku teruslah dengan sikap aku tu hinggalah suatu hari..

Abuya cakap dengan mak-mak aku yang Abuya rindukan aku. Abuya cakap rindu tu sampai menangis-nangis. Waktu tu aku dah duduk di Pochan. Abuya panggil dan peluk aku. Abuya tak cakap banyak,hanya menangis dan peluk je aku. Aku pun nangis sama. Waktu tu hati aku terus berkata sebenarnya Abuya menangis sebab aku belum jadi anak yang baik. Aku selalu kecewakan Abuya. Dalam pelukan tu aku tahu yang Abuya nak aku jadi anak yang baik.

Berlaku juga sebelum pemergian Abuya,Ummu Ain bawa aku jumpa Abuya. Abuya peluk aku setengah jam. Waktu tu aku dengan Abuya je takde orang lain. Yaallah aku tak pernah rasa macamni,berdua dengan Abuya. Waktu tu aku rasa sangat yang Abuya sangat sayangkan aku. Sebagai ayah,Abuya nak aku berubah menjadi lebih baik. Walaupun tiada kata-kata Abuya pada aku,tapi hati aku faham sebenarnya sebagai ayah mana ada yang tak sayang anak. Lebih-lebih lagilah Abuya. Abuya adalah hak semua orang,bukan hak kami anak-anak je. Jadi bukan Abuya biarkan aku selama ni sebab tak sayang. Abuya mengutamakan perjuangan islam dari anak-anaknya. Dan memang anak tu pun dah dimasukkan dalam sistem perjuangan. Kalaulah Abuya kerjanya hanya fikirkan keluarga,habis islam macamana? Selama ni aku fikir aku nak Abuya layan aku je. Faham perasaan aku je. Perasaan Abuya adakah aku fikir? Takde pun! Aku tak fikir pun yang Abuya tu pejuang islam. Hidup matinya untuk islam. Bila aku buat perangai,aku sebenarnya dah menyusahkan Abuya. Perasaan Abuya sebagai ayah pun aku tak fikir,apatah lagi perasaan Abuya sebagai pemimpin!

Sekarang ni aku dah besar,dah kawin,dah jadi mak orang pun. Tapi aku masih ingat waktu kecik-kecik kami adik beradik selalu nasyid depan Abuya. Antara lagu yang sering kami dendangkan ialah lagu anak-anak cahaya mata. Setiap kali nasyid lagu tu,aku tengok Abuya mesti menangis. Lebih-lebih lagi ketika sampai ke lirik..
" apakah mereka kan jadi Yahudi? Jadi Nasrani atau Majusi? Atau mereka kan jadi Mulhid. Mereka amanah dari Allah "

Kalaulah dari dulu lagi aku kenangkan semua ini,mesti aku tak sanggup nak buat jahat. Sebab Abuya tu tak nak anak-anaknya jadi jahat. Dulu aku memang tak faham kenapa Abuya suruh aku duduk dengan Ummu. Sekarang aku dah dapat jawapannya. Kerana Abuya sayangkan aku,Abuya tak nak aku rosak dengan kemanjaan. Seperti yang semua tahu,Ummu ialah seorang ibu yang sangat tegas didalam memastikan pendidikan keatas semua anak-anak Abuya. Jadi sampai sekarang aku sayangkan Ummu seperti mak kandung sendiri. Walau dalam hati ada takut,tapi juga ada sayang. Sekarang aku selalu doa moga aku terus bersama Ummu sampai bila-bila sebab dengan didikan Ummu saja aku akan sentiasa dipandu menuju akhirat. Aku tak kisah apa orang nak cakap tentang Ummu,tapi aku sangat tahu bahawa garang-garang Ummu itu macamlah garangnya Abuya. Garang tapi sayang! Garang kerana takutnya melihat aku tidak selamat.

Terima kasih Abuya dan Ummu..
Tanpa mereka siapalah aku..
Maafkanlah aku,Abuya dan Ummu..
Aku tak mampu kerana sebenarnya kesalahan-kesalah aku itu tak layak untuk diberi maaf.. :-(

P/s Oh ye.. Kisah adik-adik aku ni memang hasil tulisan mereka. Aku hanya editor. Ngedit ejaan,tanda baca,penat oooo!! Lagi penat dari menulis tentang kisah sendiri.. Memang nak kena mintak royalti dari depa ni!





Abuya rindu Kak Idah.. » Permalink
Posted by Khaulah bt Hj Asaari | Friday, May 10, 2013 11 comments
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook



Merajuk dengan Abuya! Thursday, May 9, 2013 Labels: KeLuarGa MoDeL
Ini pula cerita Sofwah bersama Abuya. Satu kenangan yang sukar dilupakan. Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya.

Pada suatu hari di bulan Ramadhan,Aku,Kakak,Kak Syidah dan Iyah pergi Rawang. Kebetulan Abuya ada di Rawang waktu tu. Memang nak sangatlah jumpa Abuya sebab dah lama tak jumpa. Tiba-tiba je Ummu call Kak Syidah dan panggil kami semua masuk bilik Abuya untuk picit Abuya. Picit Abuya ni dah kira tradisi keluarga kamilah. Salah satu cara nak khidmat dengan Abuya. Waktu tu memang teruja-rujalah kami dipanggil,tapi takut tu tetaplah ada.

Bila masuk bilik tu Abuya tengah tidur. Tapi Ummu kata, "tak apa.. Picit jelah". Kami pun naiklah atas katil dan picitlah Abuya. Suasana sunyi je. Takde sembang-sembang pun dengan Ummu sebab tak nak ganggu Abuya tidur. Sekitar setengah jam tu, Abuya pun terjaga. Abuya terus panggil Ummu. Ummu pun menyahutla. Abuya tanya Ummu, siapa yang tengah picit ni? Ummu jawab, niha.. Ada Sofwah, Syidah, Barokah dan Iyah. Kenapa Abuya?, Ummu tanya. Abuya kata, "sakit..sakit..sakit.." Dari tadi Abuya tahan sakit. "Sapa yang picit ni?" Nada Abuya memang marahlah. Yaallah!!..jantung macam nak tercabut. Muka kami pucat terus. Tangan automatik berhenti dari picit Abuya tu. Kami ketakutan, sedih. Tak mampunya.. Sebab rupanya Abuya tahan sakit lama dah. Sepanjang kami picit tu. Kesiannya Abuya!

Dah tu, Ummu teruslah suruh kami keluar. Sebab kami macam membawa 'bisa' (dosa la hakikatnya) sampai Abuya jadi sakit. Memang waktu sakitnya, Abuya sensitif dengan sebarang unsur-unsur luar yang dibawa. Ummu pun minta kami pergi mandi untuk buang bisa-bisa tu. Kami pun apa lagi..teruslah keluar dalam keadaan yang Tuhan saja yang tahu perasaan masa tu. Air mata semua pakat mengalir deras. Memang dah tak tertahan sebab memikirkan Abuya tahan sakit dah lama rupanya, selama kami picit tu! Dahsyatnya dosa kami, sampai Abuya terpaksa tanggung.

Kami keluar, terus duduk depan klinik. Menangis tak sudah. Sesama kami dah tak bercakap dah. Hanya air mata je yang keluar! Tengah-tengah menangis tu, ade pulak seorang ustaz tu lalu depan kami. Kami perasan dia pelik tengok kami . Lepas tu dia terus hulur kuih dalam plastik kat tangan dia tu. Kami terima jela. Mungkin ustaz tu ingat kami kelaparan sangat sebab puasa, sampai nangis. Walaupun sedih, tapi rezeki jangan ditolak.

Dipendekkan cerita, selesai kami mandi tu tiba-tiba Ummu panggil balik ke bilik Abuya. Abuya nak jumpa katanya. Kami menggigil tapi gagahkan dirilah jugak. Masuk je bilik Abuya tu kami tak tengok pun muka Abuya. Semua tunduk je. Tapi kami perasan Ummu dan Abuya ceria sangat waktu tu. Abuya terus cakap, "Allah!!.. Abuya marah sikit je pun dah merajuk. Dah rasa Abuya tak sayang!". Abuya hulurkan tangan nak salam dengan kami. Bahkan Abuya minta maaf pula dengan kami. Yaallah!!..hati time tu kalau la keluar kat mulut memang rasa nak meraung nak menjerit je. Sebab betapalah kami ni masih tak memahami Abuya tu. Teruslah datang rasa waktu tu, Abuya marahla kami lagi! Moga bila Abuya marah,kami tak silap berperasaan lagi. Marah tu rupanya buatkan hati takut. Hilang sombong. Sedar diri. Dan macam-macamlah perasaan yang patut ada pada hamba. Patutnya terima kasih kat Abuya sebab dah kembalikan rasa-rasa hamba tu. Bukannya merajuk! Sebenarnya memang waktu tu ada terselit dalam hati kami rasa merajuk kat Abuya. Dah tak nak picit Abuya. Abuya tau rupanya. Oh Abuyaku.. !!!

1 ulasan:

  1. interesting and nostalgic...terasa diri makin hina, lemah dan tak bermaya, hanya mengharap segalanya dari allah sahaja dng berkat orang-orangNYA terutama yang mulia baginda rasul tercinta, cahay segala cahaya, rahsia segala rahsia, anak kunci kejayaan dan obat segala penyakit.........sekian rsa terhibur pun ada menjelma dan teruja.

    BalasPadam

 

Sample text

Sample Text

Sample Text