Untuk kali ini, bacalah paparan mengenai Pengurusan Solat Berjemaah selanjutnya. Semoga kita sama-sama dapat merasakan betapa perlunya hal ini diberi perhatian. Inilah apa yang patut kita lakukan jika kita benar-benar berusaha mengamalkan sunnah Baginda Nabi saw. Apa yang dipaparkan ini adalah suatu yang dipandang besar dan berharga oleh Nabi Muhammad saw.
Di sini Pak Lang senaraikan apa yang sepatutnya difahami dan dilakukan dalam hal solat khususnya solat berjemaah.
1) Ibadah solat adalah amalan yang sangat istimewa dan paling utama. Ianya anugerah Allah kepada Nabi Muhammad saw dan umat Baginda. Solat adalah kayu ukur dan penentu baik jahatnya seseorang hamba itu di sisi Tuhan. Kehidupan kita sepatutnya didasarkan dan difokaskan kepada solat. Kita wajar mengubahsuai jadual harian kita dengan waktu solat. Inilah punca keberkatan diri kita dan keluarga kita pada setiap waktu dan setiap hari. inilah juga punca keberkatan rezeki yang kita perolehi.
Justeru GISB dan YKPPM menjadikan bangun tidur untuk beribadah malam sebagai syarat utama seseorang staf itu layak bekerja di sebelah siangnya. Jika dia tidak mengerjakan solat malam, maka dia wajar diberikan cuti atau diberikan kerja yang bukan kritikal. Biasanya mereka diminta melakukan kerja-kerja sampingan yang akan membantu mereka membaiki diri. Pelik bukan? Pada kami, hal sebegini adalah perkara biasa bahkan inilah inovasi yang kami lakukan bagi memastikan tahap kualiti setiap warga GISB / YKPPM setiasa meningkat dari masa ke semasa.
Justeru GISB dan YKPPM menjadikan bangun tidur untuk beribadah malam sebagai syarat utama seseorang staf itu layak bekerja di sebelah siangnya. Jika dia tidak mengerjakan solat malam, maka dia wajar diberikan cuti atau diberikan kerja yang bukan kritikal. Biasanya mereka diminta melakukan kerja-kerja sampingan yang akan membantu mereka membaiki diri. Pelik bukan? Pada kami, hal sebegini adalah perkara biasa bahkan inilah inovasi yang kami lakukan bagi memastikan tahap kualiti setiap warga GISB / YKPPM setiasa meningkat dari masa ke semasa.
2) Setiap malam di seluruh dunia, warga GISB / YKPPM akan bangun awal dan berada di saf solat untuk solat taubat, solat tahajjud, solat hajat, solat witir dan sebagainya. Sekurang-kurangnya satu jam sebelum masuk waktu Subuh, alunan selawat akan mula dikumandangkan. Semua yang sudah selesai mengerjakan solat-solat sunat akan mula mengalunkan selawat Badawi, Selawat Ibrahimi dan Selawat Rindu Nabi beramai-ramai. Selawat ini dialunkan dengan penuh rasa ingin mendapatkan rasa rindu, kasih dan cintakan Nabi Saw. Apa yang penting amalan ini akan sangat membantu mengkhusyukkan hati ketika mengerjakan solat.
3) Bagi kebanyakan tempat yang mengadakan kawalan malam, aktiviti selawat adalah amalan rutin yang dilakukan secara bergilir-gilir sepanjang malam. Ianya tentulah berbeza dari kelompok kawalan malam yang menghabiskan masa malam mereka dengan bermain terup, mendengar muZik yang melalaikan atau melayari laman internet yang merosakkan.
4) Para petugas surau hendaklah menyediakan hamparan solat berwarna putih yang memenuhi seluruh ruang solat tersebut. Warna putih sangat dianjurkan Baginda Nabi saw ketika mengerjakan solat kerana ianya membantu mengingatkan kita kepada kematian. Solat yang khusyuk itu mudah dirasai jika hati sangat mengenang-ngenangkan hari kematian dan merasakan solat yang akan didirikan itu adalah solat terakhir.
5) Pastikan arah kiblat yang tepat. Sedikit kita tersasar, kiblat kita iaitu Baitullah di Mekah akan tersasar ribuan km! Jangan ambil mudah hal ini kerana seseorang yang serius dengan hal solat, dia pasti akan berbuat semuanya dengan tepat, yakin dan sesempurna mungkin. Sediakan juga minyak wangi dan air minum untuk keperluan para jemaah. Minyak wangi untuk memastikan suasana ibadah solat dalam situasi yang segar dengan haruman menarik. Manakala air minuman (air kosong) juga diperlukan oleh sebahagian Jemaah.
6) Azan akan dikumandangkan tepat pada waktunya. Untuk bulan Ramadhan, azan bagi solat Maghrib yang juga untuk berbuka puasa, di’laju’kan sedikit. Orang yang dipilih untuk azan dan alunan selawat semestinya dari kalangan yang bersuara merdu. Azan yang merdu dengan nada laungannya yang enak didengar akan mendorong jiwa untuk menyambut seruan azan itu bagi mengerjakan ibadah.
7) Selesai azan, bacalah doa selepas azan dengan memahami dan menghayati ungkapannya. Ianya adalah doa khusus untuk Baginda Nabi saw yang kita panjatkan kepada Allah SWT agar mengurniakan berbagai kelebihan kepada Baginda. Bukankah natijah bagi mendoakan Baginda adalah balasan doa yang penuh bermakna untuk kita daripada Baginda Nabi SAW?
8) Selepas azan dan doa, bangunlah untuk solat sunat qabliah (solat sunat dua rakaat sebelum solat fardu) dan berdoalah selepas solat sunat tersebut dengan rintihan hati mengharapkan segala yang kita inginkan dan hajatkan. Itulah antara waktu yang mustajab doa (waktu yang mudah diterima doa kita oleh Allah).
9) Dalam berdoa, rasakan Allah itu dekat dengan kita dan maha mendengar apa yang kita minta. Bersangka baiklah dengan Allah yang berjanji akan memberi (mengkabulkan) apa jua permintaan kita. Berharaplah jika ianya tidak kita perolehi di dunia, Tuhan akan simpankannya untuk kita di akhirat. Sebaik-baik doa, doalah dengan keberkatan Rasulullah dan para kekasih Baginda SAW.
Berazam dan berjanjilah dengan Allah bahawa kita akan kekalkan rasa hamba yang lemah dan hina dan tidak akan sombong atau lupakan Tuhan diwaktu senang dan susah. Apa juga pemberian Tuhan, kita berharap kita akan menerimanya dengan penuh rasa kehambaan. Itulah adab kita dalam meminta hajat dengan Tuhan.
Berazam dan berjanjilah dengan Allah bahawa kita akan kekalkan rasa hamba yang lemah dan hina dan tidak akan sombong atau lupakan Tuhan diwaktu senang dan susah. Apa juga pemberian Tuhan, kita berharap kita akan menerimanya dengan penuh rasa kehambaan. Itulah adab kita dalam meminta hajat dengan Tuhan.
10) Kemudian bilal akan meminta para makmum bangun untuk berada di saf masing-masing dengan menyebut ‘Saf!!’ yang bermaksud isyarat agar para makmum bangun dan masuk ke dalam saf. Bilal tidak perlu tergesa-gesa melafazkan 'iqamat' sebaliknya beri ruang untuk makmum siap sedia dengan tenang. Hendaklah dipenuhkan saf yang lebih depan dahulu dan kemudiannya baru saf di belakang.
Setiap orang mendatangi saf dengan memenuhkan bahagian belakang imam kemudian ke bahagian sebelah kanan imam dan bahagian sebelah kiri imam. Seorang demi seorang akan menempati ruang sebelah kanan dan kiri sehingga penuh. Begitulah untuk saf yang kedua dan seterusnya. Saf lelaki yang akhir ialah kanak-kanak lelaki yang sudah baligh manakala saf paling akhir adalah saf kanak-kanak lelaki yang belum baligh. Selepas itu baharulah saf wanita dewasa dan seterusnya.
Setiap orang mendatangi saf dengan memenuhkan bahagian belakang imam kemudian ke bahagian sebelah kanan imam dan bahagian sebelah kiri imam. Seorang demi seorang akan menempati ruang sebelah kanan dan kiri sehingga penuh. Begitulah untuk saf yang kedua dan seterusnya. Saf lelaki yang akhir ialah kanak-kanak lelaki yang sudah baligh manakala saf paling akhir adalah saf kanak-kanak lelaki yang belum baligh. Selepas itu baharulah saf wanita dewasa dan seterusnya.
11) Imam hendaklah berdiri menghadap para makmum untuk memeriksa kedudukan makmum yang di belakangnya. Untuk barisan kedua dan seterusnya, hendaklah bilal dan para ‘siak’ memastikan agar setiap saf berada dalam keadaan yang sangat lurus. Menepati kiblat dan rapat dalam ertikata kaki masing-masing bersentuhan bagi lelaki dan bersentuhan bahu, atau siku, atau lengan atau badan bagi kaum wanita. Pastikan juga makmum yang paling akhir sudah berada di dalam saf sebelum imam mengalihkan badannya mengadap kiblat. Pastikan tidak ada makmum yang masbuk (tertinggal mendapatkan rakaat pertama bersama imam).
12) Pastikan jarak antara saf tidak terlalu jauh dan tidak perlu terlalu dekat. Seelok-eloknya gunakan ukuran seorang yang sederhana tingginya. Sebaik-baik jarak antara kedua saf diukur ketika sujud. Pastikan sujud yang sederhana itu menjadikan hujung kepala / kopiah atau serban makmum di belakang berjarak kurang dari sejengkal dengan kaki imam atau kaki makmum yang di depan ketika sujud. Agakkanlah ini semua di awal solat agar jarak antara barisan saf itu adalah pada kadar yang dibenarkan.
13) Mengenai keadaan makmum yang masbuk atau masuk untuk solat berjemaah tetapi tidak sempat berada dalam rakaat yang pertama bersama imam, maka keadaan sebegini tidaklah digalakkan kecuali ada hal yang tidak dapat dielakkan. Seboleh-bolehnya apabila setiap orang sudah berada di saf solat - dalam masa satu jam, tidaklah memungkinkan lagi ada yang masbuk (tertinggal). Maka semua warga GISB / YKPPM akan memastikan TIDAK ADA lagi staf yang masbuk ketika mengerjakan solat berjemaah. Inilah yang sedang diusahakan untuk menjadikan solat berjemaah itu benar-benar penting dan serius sepertimana Rasulullah SAW mengatakan boleh dibakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
14) Setelah semua orang bersiap dalam barisan saf yang lurus dan dalam keadaan rapat - iaitu bahagian tepi kaki setiap individu bersentuhan dengan bahagian tepi kaki orang di sebelahnya, barulah imam mengadap kiblat, mengangkat takbiratul ihram dan mengimamkan solat.
15) Bermula dari detik itu, peranan imam menjadi sangat utama dan paling bermakna. Imam sedang menerajui satu amalan ibadah yang paling agung dan sangat dinilai Allah SWT. Inilah satu-satunya ibadah yang Rasulullah SAW diminta agar mikraj bertemu Tuhan di Sidratul Muntaha bagi menerima perintah kewajipan mengerjakannya. Jadi ketika solat dimulakan, Imam sedang mengepalai sekelompok jemaah umat Islam yang sedang melakukan suatu amalan, pergerakan dan bacaan yang serupa. Semuanya dihadapkan kepada Allah. Semuanya sedang dinilai bagaimana hati mereka dengan Allah swt. Ketika itu hanya suara imam sahaja yang kedengaran. Makmum hanya mengaminkan Al-Fatehah dan mengungkapkan takbir peralihan antara rukun dengan menyebut ‘Allahu Akbar!’ atau Samiallahu Liman Hamidah setelah rukuk.
Hebatnya peranan imam ketika itu. Dia menjadi jurupandu membawa semua makmum di belakangnya mengadap Allah SWT. Mereka sedang membawa hati masing-masing untuk merasa ‘melihat Allah’ atau merasa ‘dilihat Allah’. Perasaan mereka berbaur-baur. Bukan mudah untuk mendapat rasa luar biasa iaitu khusyuk dengan Tuhan. Bukan mudah menolak lintasan demi lintasan api kealpaan yang ditembak iblis dan nafsu dari segenap sudut.
Solat yang hanya antara 5 ke 10 minit itu rupanya menjadi medan perang yang dahsyat. Perebutan antara nafsu syaitan dengan para malaikat dan hati yang inginkan Tuhan berlarutan tanpa henti. Sulitnya mendapat kelepasan dari gangguan yang melalaikan. Jika imam itu orang bertaqwa yang kuat hubungan hatinya dengan Allah swt, mungkin dia akan berupaya membawa anggota jemaahnya mendapatkan sedikit sebanyak rasa yang dikecapinya.
Di sinilah betapa perlunya seseorang imam itu dipimpin jiwanya agar ruhnya meningkat. Imam itu sendiri mesti sanggup merendah diri untuk dididik hati dibawa kepada Allah dan Rasul. Imam itu mesti melalui proses membuang ego dan sombong untuk membolehkan rasa hamba wujud kembali di dalam hatinya. Imam yang bertaqwa diharapkan akan berhasil mengembangkan rasa khusyuk ke hati para makmumnya. Solat berjemaah yang sebeginilah akan mempunyai kesan membentuk peribadi muslim dan masyarakat muslim.
Tanpa setiap makmum terbina jiwanya bagaimana mungkin mereka boleh membaiki diri dan meningkat rasa hati mereka dengan Tuhan. Alhasil jadilah mereka orang yang gagal dan terus gagal. Walaupun rajin bersembahyang, jika rasa khusyuk tidak ada, kemungkinan niat di hati boleh diubah oleh nafsu dan syaitan. Datang ke masjid dan surau bukan lagi atas dasar untuk mendapatkan Allah dan Rasul tetapi mungkin sekadar mengisi masa lapang atau bertemu kawan-kawan. Niat yang tersasar biasanya berlaku tanpa sedar kerana ianya berubah dalam dorongan bukan lagi niat yang diqasadkan di dalam hati.
Jadi besarlah peranan imam dan para pembantunya dalam menguruskan solat berjemaah. Alangkah beruntungnya umat Islam jika jiwa mereka dapat dibina, dicanai dan diasuh melalui sembahyang berjemaah. Jika ruh atau hati mereka dapat meningkat rasa takutkan Allah dan rasa rindukan Nabi saw, pastilah akan ada keajaiban yang Tuhan anugerahkan kepada mereka. Itulah janji Tuhan bagi kaum yang serius dan bersungguh-sungguh menegakkan sembahyang berjemaah.
Bayangkan umat islam akan menjadi bangsa yang kuat hubungan hatinya dengan Tuhan, kuat keyakinan dan iman mereka dengan Allah yang mencipta seluruh alam. Mereka akan jadi bangsa yang bersatu padu, berkasih sayang dan aktif bekerja untuk mendaulatkan sistem hidup Islam di dalam kehidupan seharian. Islam yang ada di hati kelompok umat yang terbina sebegini rupa boleh menjadi kuasa melepaskan umat Islam dari belenggu nafsu, syaitan dan sistem yahudi yang merosakkan.
Bayangkan kebebasan umat islam dari kemelut sosial yang berbagai ragam apabila mereka semua digembelingkan hati jiwanya kepada Tuhan. Apabila semua hati memusatkan perhatian kepada Allah dan Rasul, mereka tidak akan berpecah belah atau berantakan sebaliknya mereka akan hidup harmoni, berkasih sayang saling bekerjasama.
Itulah kubu yang terbina jika kita benar-benar meralisasikan "Pengurusan HablumMinallah!!"
0 ulasan:
Catat Ulasan