Social Icons

Isnin, 5 Jun 2017

Ramadhan Bulan Mendapatkan Taqwa

Umat Islam sepatutnya menjadi pencatur umat. Syaratnya mesti menjadi umat yang bertaqwa iaitu mempunyai rasa-rasa hati yang takut setakut-takutnya kepada Allah. Ramadhan ialah madrasah ruh bagi seluruh umat islam untuk mereka merebut peluang meningkatkan rasa hati yang khusyuk terhubung dengan Allah. Ramadhan adalah peluang yang dianugerahkan Allah agar orang-orang pilihan memberi tumpuan sepenuhnya dalam menghayati Ramadhan.

Ya, matlamat ibadah Ramadhan ialah menjadikan kita umat yang bertaqwa. ALLAH sangat memerintahkan kita menjadi orang-orang yang bertaqwa. Hingga untuk itu ALLAH membuat macam-­macam janji muluk untuk siapa yang bertaqwa. 

Memetik dari ayat-ayat Al Quran, saya akan senaraikan janji janji ALLAH untuk hamba-Nya yang bertaqwa. Antaranya: 
1. Diajarkan ilmu. 
2. Amal ibadah diterima. 
3. Dilepaskan dari kesusahan. 
4. Diberi rezeki yang tidak terduga. 
5. Urusan-urusan dipermudah. 
6. Tidak dapat ditipu oleh musuh lahir dan batin. 
7. Kerja-kerjanya dibaiki dan dibantu oleh ALLAH. 
8. Makhluk takut dan segan. 
9. ALLAH membela. 
10. Dibuka berkat dari langit dan bumi. 
11. Diampunkan dosa. 
12. Dimasukkan ke Syurga. 
13. Terhindar dari Neraka. 

Taqwa adalah sumber bagi segala kekayaan. Kekayaan dan keselamatan dunia dan Akhirat. Memiliki taqwa ertinya memiliki segala-galanya. Yakni segala kesenangan lahiriah dan batiniah. Orang bertaqwa, dengan jawatan tinggi yang di­miliki, dia tidak sombong. Orang bertaqwa, dengan kekayaan yang dipunyai, dia tidak bakhil. Orang bertaqwa, dengan ilmu yang tinggi, dia tidak berlagak dan takabur. Orang bertaqwa, kalau miskin akan redha dan tidak hasad dengki. Demikian seterusnya. 

Alangkah hebat dan bijaknya orang-orang yang memburu taqwa dalam hidup mereka. Kerana taqwa mengatasi nilai pangkat, degri, gaji besar, banyak harta dan lain-lain lagi. Taqwa adalah satu darjat tertinggi di sisi ALLAH, yang kalau manusia memperolehinya, jadilah ia semulia dan seagung­agung manusia. ALLAH berfirman: Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah yang paling bertaqwa.(Al Hujurat: 13) 

Sifat kehidupan orang bertaqwa berbeza sekali dengan cara hidup mereka yang tidak bertaqwa. Bezanya bagaikan langit dengan bumi. Demikianlah dalam rumahtangga, dalam jemaah, dalam negeri atau negara yang masyarakatnya ber­taqwa, banyak perkara-perkara pelik atau keramat atau maunah berlaku. 

Dengan adanya taqwa dalam diri pemimpin dan ma­syarakat, maka ALLAH akan datangkan pertolongan ghaib yang luar biasa. Hingga jadilah negara itu seperti yang ALLAH berfirman: Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH.(Saba': 15) 

Untuk melihat dengan jelas ciri-ciri negara tersebut, mari kita rujuk kepada sejarah di zaman salafussoleh dan zaman pemerintahan Sayidina Umar Abdul Aziz: 

1. Dari segi keamanan, manusia hidup penuh dengan kasih sayang. Tidak ada jurang dan kasta dalam masyarakat. Tidak ada tekan-menekan atau jatuh-menjatuhkan, seperti apa yang ada dalam masyarakat hari ini. Bahkan, berkat taqwa yang ada pada pemimpin yang dijanjikan, berlakulah khawariqul `adah (perkara-perkara di luar kebiasaan) hinggakan bina­tang-binatang tidak bergaduh lagi. Serigala tidak lagi makan kambing, kucing bermain-main dengan tikus. 

2. Dari segi kemakmuran pula, disebabkan rezeki dari langit dan bumi melimpah-ruah, maka pokok-pokok subur memberi banyak hasil, lembu dan kambing gemuk menge­luarkan banyak susu dan daging. Nelayan ke laut pulang dengan bakul penuh berisi. Sebab ikan melompat-lompat masuk ke jaring dan pukat. Minyak dan galian keluar dari bumi. Dihindarkan dari bala bencana dan lain-lain. 

3. Dari segi keampunan ALLAH, waktu sembahyang, semua kedai ditutup tanpa berkunci. Maksiat tidak ada. Aurat ditutup. Pergaulan bebas tidak berlaku sekalipun di jalanan. Sejarah yang sungguh indah dan luar biasa itu, bolehkah berlaku di zaman kita ini? 

Adakah harapan bagi kita mengecapi nikmat hidup yang demikian itu? Jawabnya, insya-ALLAH berdasarkan janji ALLAH untuk umat akhir zaman. Memang negara-negara di Timur terpilih sebagai tempat berulang kembali sejarah tersebut. Para pemerhati sejarah dari berbagai bangsa dan agama sudah setuju bahawa zaman itu bermula sekarang ini. Islam yang bangkit hasil dakwah dan tarbiah telah mengubah masyarakat jahiliah kepada cara hidup Islam. 

Hal ini begitu ketara berlaku di Malaysia dan Indonesia terutamanya. Nampak ianya sedang berkembang pesat. Maka di sini kita mengambil kesempatan menyeru lagi umat Islam, mari kita tingkatkan taqwa kepada ALLAH. Kerana dengan taqwa saja kejayaan besar yang kita rindukan akan tercapai. Yakni kita akan mengecap nikmat berada dalam negara yang aman makmur dan mendapat keampunan ALLAH. 

Marilah kita memanfaatkan sungguh-sungguh keberadaan Ramadhan bersama kita untuk  mengusahakan taqwa. Tapi tanpa menempuh lima disiplin yang disebutkan tadi, rasanya taqwa itu tidak akan diperolehi. Moga-moga di mana-mana pun jua kita berada,i kita usahakan lagi untuk dapatkan taqwa melalui lapan syarat taqwa seperti di bawah iaitu: 
1. Dapat petunjuk dari ALLAH SWT. 
2. Ada Ilmu Fardhu Ain dan ilmu minda
3. Faham dan yakin tentang Islam. 
4. Melaksanakan. (Amal)
5. Mujahadah. (menderita nak berbuat)
6. Istiqamah beramal. 
7. Ada pimpinan mursyid. 
8. Berdoa pada ALLAH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text