Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Iktibar - Kematian Anak Linda Rafar

Imej
Saya tidak kuat lalui ujian besar ini - Linda Rafar KUALA LUMPUR: Setiap manusia di muka bumi tidak terlepas daripada diuji dan Allah tidak akan membebani hamba-Nya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Bagi Linda Rafar, suratan kehilangan anaknya, Memen menyambut seruan Ilahi memberikan hikmah buatnya. Memen atau nama penuhnya, Rezaimen Keiflin meninggal dunia di usianya 11 tahun pada 5 Julai lalu disebabkan barah perut atau 'Burkitt Lymphoma'. Menghubunginya sebentar tadi, kakak kepada Diana Rafar ini mengakui sebenarnya beliau tidak kuat untuk melalui dugaan kehilangan anak tercinta. Mungkin sesiapapun yang berada di tempat Linda akan kelihatan tenang dan tabah tetapi pemergian anak yang selama ini ditatang seperti minyak yang penuh ternyata cukup menjeruk emosi. Cuma kini, akui Linda, beliau pasrah dengan ujian hebat itu. "Memang kekuatan kena cari dalam diri sendiri. Kita tak boleh minta tolong sesiapa. Hanya kepada-Ny...

Di Kelompok Manakah Kita?

Jika kita teliti, manusia mempunyai perbezaan sikap dan rasa tanggung jawab. Walaupun manusia itu sama dari segi fizikalnya, akal dan hati yang ada menjadikan manusia  terpecah kepada pelbagai kategori. Akal dan hati mengubah, memisah dan menjarakkan manusia antara satu sama lain. Sebagai contoh, lidah yang bentuknya sama, tetapi terdapat ribuan jenis bahasa pertuturan yang diguna pakai oleh berbagai bangsa dan etnik manusia. Jadi apatah lagi akal dan hati. unsur dalaman manusia ini tidak dapat dilihat dan disentuh. Merasa dan berfikir adalah pekerjaan dalaman diri setiap manusia. Itulah asas terbezanya manusia sesama manusia - walaupun sama dari segi bangsa, agama, bahasa, tempat tinggal dan sebagainya. Kelompok umat Islam juga tetap berbeza - dari sudut berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah. Ada yang baik, ada yang jahat dan sebagainya.  Muslim yang berjaya ialah jika berjaya mencapai upaya mengawal akal dan hati agar tahu, kenal dan takutkan penciptanya....

Anwar Sudah Mula Tunjuk 'Kuasa' Di Selangor - Beri Arahan Kepada MB Selangor

Dari Blog Pak Aspan : Anwar arah MB Selangor cungkil Khalid, dan Khalid pula menjawab, "silakan! suit yourself" Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berkata di Seberang Jaya dua hari lepas yang beliau telah memberikan arahan kepada MB baru Azmin Ali, untuk membongkar semua perjanjian dan projek yang diluluskan oleh TS Khalid Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor dahulu. PKR akan membongkar semua nama-nama yang mendapat keuntungan dari semua projek kendalian Khalid Ibrahim dahulu kerana beliau mahu mempertahankan yang rakyat Selangor tidak tertipu dengan perbuatan bekas Menteri Besar yang beliau sendiri mencadangkan dahulu. Di antara yang akan dibongkarkan ialah projek Kidex, Perjanjian air dengan Kerajaan Persekutuan serta pembinaan projek Langat 2. Beliau berkata setelah rakyat tahu keadaan sebenarnya baru lah mereka faham kenapa PKR membuat ‘initiative’ Langkah Kajang dahulu. Kenyataan Anwar ini merupakan satu kenyataan untuk membina satu alasan...

Tuhan Ada Ke Tidak?

Imej
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal... Guru tadika: "Anak-anak, nampak tak pen ini?" Murid-murid: "Nampak cikgu." Guru tadika: "Pen ada kan?" Murid-murid: "Ada cikgu." Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi.. Guru tadika: "Anak-anak, nampak tak pen?" Murid-murid: "Tak nampak cikgu." Guru tadika: "Pen ada tak?" Murid-murid: "Tak ada cikgu." Guru tadika: "Anak-anak nampak Tuhan tak?" Murid-murid: "Tak nampak cikgu." Guru tadika: "Tuhan ada tak?" Murid-murid: "Tak ada cikgu." Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama B...

Kes Kemurungan - Tubuh Wanita Hamil Berkecai Digilis Kereta Api

Imej
Di Malaysia sudah ramai yang mengalami kemurungan. Ini adalah satu cabang dari masalah mental. Akal gagal menangani kebuntuan atau kekusutan masalah. Buntu itulah yang menjadikan manusia lemah dan hilang motivasi untuk terus tabah serta berusaha. Sebenarnya manusia perlu dibina dengan jiwa yang kuat. Jiwa mesti dikuatkan dengan pergantungan hati dengan Allah swt. Hubungan hati hamba dengan penciptanya adalah faktor kekuatan sihamba. Tanpa terhubung, tiadalah kekuatan dalaman yang ampuh menenmpuh apa sahaja halangan dan cabaran.  Sedih membaca berita dan melihat gambar ini.... Ibu, Janin Berkecai [Harian Metro] Alor Setar: Seorang wanita yang sarat mengandung ditemui meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan anggota badannya terpisah, begitu juga janinnya, akibat dilanggar kereta api dalam kejadian berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang sarat...

Hari Dikembalikan dan Disempurnakan Balasan

Dan takutlah pada hari kamu dikembalikan kepada Allah (kiamat). Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasnya sedikitpun (Baqarah:281) Dari Allah kita datang, kepadanya kita kembali. Semuanya adalah milik Allah, walaupun sehelai bulu roma di badan kita atau setengah nafas kita. Semuanya diberi oleh Allah sebagai kemudahan asas untuk kita hidup di dunia ini. Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (Ali-Imran:109) Bukanlah kita yang ingin kembali tetapi kita dikembalikan. Malaikat maut akan datang menjemput bila tiba masanya.  Sajdah [11] Katakanlah (wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”.  Di mana sahaja kita berada, Allah berjanji a...

90% Kes Rogol Bawah Umur Dilakukan Teman Lelaki

Imej
GEORGE TOWN: Hampir 90 peratus daripada kes rogol bawah umur dilaporkan melibatkan orang dikenali termasuk teman lelaki, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan. Beliau berkata statistik kes rogol di negeri ini juga menunjukkan pelajar sekolah berumur antara 12 dan 16 tahun mencatatkan angka tertinggi menjadi mangsa rogol. Katanya, statistik menunjukkan hanya 10 hingga 14 peratus suspek yang terlibat dalam kes rogol tidak dikenali oleh mangsa. "Maksudnya hampir 90 peratus suspek dikenali mangsa seperti ahli keluarga, teman lelaki dan kenalan mangsa. Kajian juga menunjukkan teman lelaki mangsa adalah golongan yang paling banyak terlibat dalam kes ini," katanya semasa merasmikan 'Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat" di sini hari ini yang dihadiri anggota polis, guru, pelajar sekolah dan universiti dan penjawat awam. Seminar sehari itu bertujuan memberikan kesedaran kepada golongan remaja tentang kesan pergaulan seks...

WTF : Tauke Perabot Dedah Rahsia Untung Besar Dalam Perniagaan

Imej
Aku: Tauke, you buka kedai perabot ini boleh untung ke dalam kampung? You ambil 4 pintu, atas bawah. Bayaran sewa mahu mencecah RM12000 sebulan. Tauke: Antara sebuah rumah banglo yang berharga RM400k VS Kedai RM600k, yang mana menjadi rebutan? Chinese will strive for kedai RM600k. Beli kedai ini macam pasang jerat. Ada hari tak dapat hasil, sekali dapat hasil, makannya sedap. Jerat yang bagus hasilnya adalah di kawasan laluan haiwan. Kedai yang bagus adalah di gugusan kedai-kedai atau di tengah bandar. Taktikal Seorang Tauke membeli kedai. “Biar rumah kecil, duduk di dalam stor pun tak mengapa! Janji duit kita pergi bayar beli kedai maa!” 1. Beli Kedai Nisbah 3 Beli kedai di dalam gugusan kawasan perniagaan, beli 3 kedai sekaligus dalam kawasan yang sama. Kenapa?        1 kedai untuk berniaga sendiri            2 kedai untuk disewakan kepada orang lain 2. Formula Matematik Yang Diajar Oleh Tauke Harga ...

Jom Berkorban

“Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu, dan sembelihlah korban.” (Surah al-Kauthar:2) “ .. Afdal Makan Sebahagian Daging Korban Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.” (Al-Hajj:28) “.. Boleh Juga Diberi Kepada Orang Kaya Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.”(Al-Hajj:36) Ibadah Korban juga adalah salah satu penebus dosa terhadap Allah SWT. Sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah, maksudnya: “Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban) Rasulullah Hadiahkan Korban Untuk Umatnya Baginda telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita j...

Uncle Ini Hanya Naik MRT,Berpakaian Seperti Orang Awam Biasa Sehinggalah Sebuah Akhbar Mendedahkan Siapakah Beliau Yang Sebenarnya

Imej
Dalam dunia ni ramai orang yang kita tidak boleh jangka perwatakannya melalui gaya hidup. Begitu juga dengan apek tua ni. APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura. Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya. ‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan. Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura. Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura. Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat. Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat. Rutin ker...

Kenapa Perlu Ingat Mati?

Imej
Mengingati mati ialah galakan Rasulullah s.a.w. kepada umat Islam. Matlamat mengingati mati bukan untuk mematikan semangat, sebaliknya membakar semangat untuk menghasilkan yang terbaik dalam hidup ini. Meraka yang ingat mati dapat pahala daripada Allah s.w.t. Orang yang cerdik ialah mereka yang mengingati mati. Orang yang bodoh ialah melupakan kematian dan terus berseronok dengan dunia. 5 manfaat ingat mati Mengingati mati akan melahirkan sifat-sifat terpuji. Antaranya termasuklah: 1) Lebih menghargai kehidupan Kita akan berasa bersyukur setiap kali bangun pada pagi hari kerana masih berpeluang untuk menambahkan akaun pahala. Kita juga bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meminta keampunan atas dosa-dosa dan kesalahan kita; sama ada dosa dengan Allah atau sesama manusia. Daripada Abu Hurairah, suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang berlalu di atas sebuah kubur (mayat) yang baru ditanam. Baginda lalu bersabda: “Dua rakaat singkat yang kalian anggap ring...

Fakta: Umat Islam Di Britain, Semakin Ramai Dan Bertambah Ramai!

Imej
Beberapa buah bandar di Britain, termasuk Birmingham menyaksikan jumlah purata kanak-kanak Islam lebih ramai daripada Kristian dan bukan-Islam lain. Laporan itu dibuat berdasarkan statistik terbaharu yang yang dikeluarkan hasil bancian penduduk tahun 2011. Berikut adalah perbandingan jumlah bilangan kanak-kanak dan dewasa di bandar-bandar berkenaan: Birmingham Kanak-kanak Islam : 97,099 Kanak-kanak Kristian: 93,828 Dewasa Islam: 148,145 Dewasa Kristian: 413,474 Leicester Kanak-kanak Islam: 22,639 Kanak-kanak Kristian: 18,190 Dewasa Islam: 41,376 Dewasa Kristian: 90,952 Bradford Kanak-kanak Islam: 52,135 Kanak-kanak Kristian: 47,144 Dewasa Islam: 82,037 Dewasa Kristian: 201,865 Newham Kanak-kanak Islam: 34,041 Kanak-kanak Kristian: 27,769 Dewasa Islam: 68,472 Dewasa Kristian: 98,995 Tower Homelets Kanak-kanak Islam: 34,597 Kanak-kanak Kristian: 8,995 Dewasa Islam: 56,969 Dewasa Kristian: 60,847 Bedbrige Kana...

Kepandaian Milik Mukmin, Kutiplah Di Mana Saja

Setiap ilmu dan kepandaian di dalam apa juga bidang… samada perubatan, astronomi, pentadbiran, pembangunan, perindustrian, pertanian dan lain-lain, maka muslim (orang Islam) adalah orang yang lebih berhak memilikinya. Rasulullah saw telah bersabda: Al-Hikmah (kepandaian) adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi). Al-Hikmah adalah merujuk kepada sesuatu yang membawa kebaikan dan manfaat kepada kehidupan manusia termasuklah apa jua bidang ilmu yang membawa kesejahteraan hidup manusia. Kutiplah dan ambillah ilmu di mana sahaja ia berada kerana ia adalah milik orang Islam, walaupun di luar negara. Orang Islam suatu masa dahulu telah belajar dan memiliki ilmu dalam pelbagai bidang sehingga golongan bukan Islam terpaksa merujuk kepada mereka. Misalnya Ibnu Sina adalah seorang tokoh perubatan Islam yang sering dirujuk dalam bidang kedoktoran. Dalam hadith yang lain disebut, a...

Malu dan Takutlahlah Untuk Melakukan Dosa Di Hadapan Allah

"Bahkan manusia sentiasa suka hendak meneruskan dosa (perbuatan kufur dan maksiat) dihadapan Allah" (Qiyamah:6).  Hadid [4] "....Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan". Malulah untuk melakukan kejahatan atau sesuatu yang tidak senonoh walaupun tidak dilihat orang kerana Allah SWT melihat apa yang kita lakukan. Latihlah diri agar malu kepada Allah SWT.  Rasulullah SAW bersabda “Allah lebih berhak seseorang itu malu padaNya daripada manusia” (Hadith Riwayat Abu Daud).  Hanya dengan takut kepada Allah sahajalah, seseorang itu dapat melakukan segala ibadah. Semakin bertakwa, semakin rajinlah seseorang itu beribadah. Kadangkala kita terlepas takut sehingga melakukan dosa dan apabila longgar rasa takut maka rosaklah dunia. Takutlah kepada Allah sehingga kita tidak mampu untuk melakukan dosa, barulah diberi keberkatan. Takut kepada Allah perlu rapat dengannya. Takutlah kepada Allah samada...

SERIUS : Kisah Isteri Dan Madunya Yang Dapat 1238 Share Di Facebook

Imej
Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang, Kak Nani namanya. Tapi entah macamana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat di rumah sendiri. Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu di hari bahgia suami. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dgn senyuman ori di gerbang rumah. Apakah rahsia suami kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa. Setahun setengah dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan tetapi bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua diatas tu ,berulang bahkan isteri menyambut tetamu secara berjamaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun. Kak Nani pun montel, b...

Gara-Gara Malu 15 Pegawai Kastam Sarung Muka Dengan Seluar Dalam

Imej
Gara-Gara Malu 15 Pegawai Kastam Sarung Muka Dengan Seluar Dalam Tempoh penahanan reman terhadap 15 anggota dan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk seorang yang bergelar Datuk dilanjutkan selama lima hari lagi bermula esok sehingga 29 September ini. Majistret Ahmad Solihin Abdul Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk melanjutkan tahanan reman mereka berhubung siasatan kes penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara. Kesemua mereka yang berpakaian lokap tiba di mahkamah, di sini pada jam 10.05 pagi.  Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. Mereka merupakan kumpulan kedua yang direman di mahkamah sama pada 18 September lalu, termasuk dua dari Ipoh, Perak.  Pada 4 September lepas, kumpulan per...