Tulisan menarik berikut diambil dari blog PAK ASPAN. Sila renungkannya!!
Tuanku Sultan Selangor yang terkenal dengan imej seorang Raja berjiwa rakyat sepatutnya tidak di ingkari oleh DAP dn PKR kerana undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas yang Tuanku Sultan mempunyai kuasa untuk memilih siapa Menteri Besar di negeri dan jajahan takluk Baginda. Tuanku telah begitu bermurah hati untuk meminta nama-nama cadangan dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat. Baginda meminta setiap parti mencadangkan lebih dari dua nama untuk Baginda lantik salah seorang dari nama yang dicadangkan itu sebagai Menteri Besar. Kuasa melantik itu adalah kuasa Tuanku Sultan.
Melantik seorang Menteri Besar itu adalah kuasa Sultan bukannya kuasa parti-parti politik. Politik hanya menghantar wakil-wakil dari rakyat ke Dewan Undangan. Jika Tuanku yang berjiwa rakyat itu bersabar melihat kerenah pemimpin politik tidak ada sebab satu permintaan Baginda diberikan cadangan lebih dari dua nama sebagai calon-calon Menteri Besar itu tidak boleh di tunaikan.
Tetapi DAP dan PKR berdegil dan menderhakai Tuanku seolah-olah mereka ini mahu berdepan dengan Tuanku secara konfrantasi. Kadang-kadang saya bertanya kepada diri saya, siapa yang Raja?..Tuanku Sultan atau Anwar Ibrahim atau Guan Eng? Mohamad Sabu pun nampaknya lebih hebat dari Guan Eng, akan menolak pilihan Tuanku jika jawatan itu di berikan kepada PAS. Baru belajar berkeris selangkah dua sudah menunjuk-nunjuk kehebatannya. Mat Sabu perlu ingat setinggi-tinggi bangau terbang akhirnya akan hinggap ke belakang kerbau juga.
Anwar telah dianggap oleh setengah pihak sekarang ini sebagai rakyat berjiwa Raja. Apa yang disebut dan arahan beliau itu adalah titah. Jika Tuanku Sultan tidak mengikut kehendak nafsunya, itu dianggap sebagai derhaka Tuanku Sultan kepada Ketua Pembangkang yang banyak masalah itu.
Anwar seolah-olah memberitahu Tuanku, ‘take it or leave it’. Bagi Anwar apa yang beliau mahukan wajib dipenuhi dan tidak boleh mana-mana pihak termasuk Tuanku Sultan menyanggahnya. Semua mesti tunduk kepada beliau termasuk Raja.
Sesungguhnya Tuhan telah menyelamatkan kita semua termasuk Raja dari dihina dan diperkosa kedaulatan Raja-Raja Melayu apabila Anwar gagal untuk menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya yang lalu. Tidak dapat dibayangkan bagaimana PKR dan DAP menjerumuskan Raja-Raja Melayu jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya yang lalu. Sistem Raja Berpelembagaan ini adalah sistem yang telah kita pegang sejak merdeka dan janganlah ada pihak-pihak yang tidak menghormati sistem ini.
Bagi rakyat yang insaf jangan lagi 'dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali'. Kita perlu menjauhkan diri dari pihak-pihak yang cuba untuk meruntuhkan sistem Raja Berpelembagaan ini dan sekarang kita telah mengetahui siapa dan pertubuhan apa yang sedang berusaha membunuh institusi demokrasi kita Raja-Raja Melayu ini.
DAP pula perlu melakukan pindaan kepada perlembagaan dan nyatakan dengan jelas yang parti itu tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu ini. DAP tidak boleh mengekalkan sifat ‘telunjuk lurus, kelengkeng berkait’. 'Lain dimulut tetapi lain dihati'. Kita tidak mahu lagi mendengar DAP membuat ucapan terbuka menjunjung perlembagaan negara kerana apa yang dipraktikkan adalah sebaliknya. DAP telah menunjukkan belangnya dengan jelas dan tidak dapat disorokkan lagi.
Sekarang baru kita memahami setelah ISA dimansuhkan, mereka cuba untuk melakukan segala-galanya tanpa halangan dan bebas untuk berkata apa yang mereka mahu katakan secara bebas, lebih bebas dari haiwan di hutan. Jika keadaan ini tidak dihentikan terbit di hati yang akta hasutan atau apa-apa akta yang lebih ketat digubal untuk mengelak dari gejala perpecahan ini berterusan.
Budaya yang sedang cuba disemai oleh PKR ini amat menakutkan banyak pihak kerana politik kepentingan diri mereka sangat mahal harganya kepada negara dan rakyat. Untuk menyokong puak-puak ini kita terpaksa mengorbankan semuanya yang ada kepada kita dan negara.
Bagi saya, kelakuan yang ditunjukkan oleh mereka dalam isu Selangor ini adalah usaha untuk membogelkan maruah dan keunggulan Raja-Raja Melayu dan sistem yang kita pakai sejak merdeka dahulu.
Dulunya saya bersama berjuang untuk menghapuskan budaya dan kepercayaan untuk menghilangkan sempadan di antara kaum-kaum di Negara ini. Tetapi apabila orang Melayu sudah mahu memulakan perjuangan bersama itu, nampaknya keikhlasan setengah orang Melayu untuk bersama memadamkan sempadan di antara kaum itu telah diambil oleh setengah pihak sebagai kelemahan oleh kaum bukan Melayu dan parti yang dikuasai oleh bukan Melayu itu.
Secara halus usaha setengah pihak sudah jelas untuk melakukan ‘displacement’ terhadap orang Melayu oleh setengah pihak. Jika perkara berlaku secara berterusan akan tiba masanya orang Melayu beragama Islam itu dipecahkan dan kita akan berbalah di antara kita sambil diketawakan oleh mereka yang berjaya memecah-belahkan kita semua ini.
Oleh kerana perkara ini telah jelas, saya ingin bertanya, siapa yang hendak dipersalahkan dengan kewujudan badan-badan dan NGO berhaluan kanan sekarang ini? Jika jawapannya ‘tidak salah’ apakah ‘consequence of events’ selepas ini?
Jika jawapannya adalah ‘salah’ apakah yang akan melindungi orang Melayu dari cengkaman setengah pihak yang jelas berlaku sekarang ini di Selangor? Takkanlah hendak dibiarkan sahaja pihak-pihak yang begitu bebas menghina orang Melayu melalui penghinaan terhadap Raja mereka?
0 ulasan:
Catat Ulasan