Social Icons

Rabu, 24 September 2014

Kenapa Perlu Ingat Mati?

Mengingati mati ialah galakan Rasulullah s.a.w. kepada umat Islam. Matlamat mengingati mati bukan untuk mematikan semangat, sebaliknya membakar semangat untuk menghasilkan yang terbaik dalam hidup ini. Meraka yang ingat mati dapat pahala daripada Allah s.w.t. Orang yang cerdik ialah mereka yang mengingati mati. Orang yang bodoh ialah melupakan kematian dan terus berseronok dengan dunia.

5 manfaat ingat mati

Mengingati mati akan melahirkan sifat-sifat terpuji. Antaranya termasuklah:

1) Lebih menghargai kehidupan

Kita akan berasa bersyukur setiap kali bangun pada pagi hari kerana masih berpeluang untuk menambahkan akaun pahala. Kita juga bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meminta keampunan atas dosa-dosa dan kesalahan kita; sama ada dosa dengan Allah atau sesama manusia.

Daripada Abu Hurairah, suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang berlalu di atas sebuah kubur (mayat) yang baru ditanam. Baginda lalu bersabda: “Dua rakaat singkat yang kalian anggap ringan, lebih disukai oleh ahli kubur ini dari dunia dan seisinya.” (Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd).

2) Mendorong merancang kehidupan dengan lebih baik

Kita menjadi lebih pandai untuk mempraktikkan asas keutamaan dalam hidup dan lebih pandai menundukkan hawa nafsu. Cara hidup yang kita jalani menjadi lebih efektif kerana berasaskan “Begin with the end in mind”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang akan mengiringi jenazah ke kubur ialah hartanya, keluarganya dan amalannya. Harta dan keluarga akan meninggalkannya, dan yang tinggal hanyalah amalan.” (Riwayat al-Bukhari).

3) Memotivasikan diri supaya tekun bekerja untuk dunia dan akhirat

Kita tidak akan lagi membuang masa untuk perkara yang tidak bermanfaat. Kita akan menjauhkan diri daripada hiburan yang melalaikan, apalagi maksiat yang memudaratkan.

Imam al-Mawardi menulis dalam kitabnya al-Hawi: “Digalakkan supaya memperbanyakkan mengingati mati, sebab itu dapat memotivasikan diri untuk melakukan ketaatan dan menghalang daripada melakukan kemaksiatan.”

4) Tiada masa buka aib orang

Mengingati mati menyebabkan kita tiada masa untuk membuka aib orang lain, apalagi bermusuhan dengan mereka. Ia akan selalu menjaga hati dan ucapan daripada perkara-perkara yang boleh merugikannya di dunia dan di akhirat.

Raja bin Haiwah berkata: “Apabila seseorang mengingati mati, ia akan meninggalkan hasad dengki.”

5)  Mengekalkan rasa dan watak hamba Allah

Rasa hamba wajib ada di dalam hati setiap mukmin. Rasa hamba ialah perasaan bersalah dengan Allah, rasa ibadah yang dilakukan belum sempurna - bimbang kalau-kalau semua amalnya tertolak. Justeru sihamba akan sangat bergantung kepada rahmat dan kasih sayang Allah. 

Rasa hamba mendorong untuk berkasih sayang sesama manusia dan sentiasa mengutamakan orang lain. Hilang rasa bangga diri dan mementing diri.

Wallahu a’lam.
KREDIT UNTUK SUMBER: AMEKAU

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text