INI kisah nyata dari Amerika Syarikat (AS) sekitar tahun 2006. Pengalaman nyata seorang muslimah asal Asia yang pakai hijab.
Suatu hari wanita ini berjalan pulang dari bekerja dan agak kemalaman. Suasana jalan setapak sepi. Ia melewati jalan pintas. Di hujung jalan pintas itu, dia melihat ada sosok lelaki Kaukasian. Ia menyangka lelaki itu seorangwarga Amerika.
Tapi perasaan wanita ini agak was-was kerana sekilas raut lelaki itu agak mencurigakan seolah ingin mengganggunya. Dia berusaha tetap tenang dan membaca kalimah Allah. Kemudian dia teruskan dengan membaca Ayat Kursi berulang-ulang seraya sungguh-sungguh memohon perlindungan Allah swt. Meski tidak mempercepat langkahnya, ketika ia melintas di depan lelaki berkulit putih itu, ia tetap berdoa. Sekilas ia melirik ke arah lelaki itu. Orang itu asyik dengan rokoknya, dan seolah tidak mempedulikannya.
Keesokan harinya, wanita itu melihat berita jenayah, seorang wanita melintas di jalan yang sama dengan jalan yang ia lintasi semalam. Dan wanita itu melaporkan gangguan seksual yang dialaminya di lorong gelap itu. Kerana begitu ketakutan, ia tidak melihat jelas pelaku yang katanya sudah berada di lorong itu ketika perempuan korban ini melintas jalan pintas tersebut.
Hati muslimah ini pun tergerak kerana wanita tadi melintas jalan pintas itu hanya beberapa minit selepas ia melintas di sana. Dalam berita itu dikhabarkan wanita itu tidak boleh mengenal pasti pelaku dari kotak kaca,dari beberapa orang yang disyaki polis.
Muslimah ini pun memberanikan diri datang ke pejabat polis, dan memberitahu bahawa rasanya ia boleh mengenali sosok pelaku gangguan kepada wanita tersebut, kerana ia menggunakan jalan yang sama sesaat sebelum wanita tadi melintas.
Melalui kamera rahsia, akhirnya muslimah ini pun boleh menunjuk salah seorang yang diduga sebagai pelaku. Ia yakin bahawa pelakunya adalah lelaki yang ada di lorong itu yang tidak mengendahkannya sambil terus merokok.
Melalui soal siasat polis akhirnya orang yang diyakini oleh muslimah tadi mengakui perbuatannyaa. Tergerak oleh rasa ingin tahu, muslimah ini menemui pelaku tadi dan didampingi oleh polis.
Tanya muslimah itu: "Apa anda melihat saya? Saya juga melewati jalan itu beberapa minit sebelum wanita yang kau rogol itu? Mengapa anda hanya menggangunya tapi tidak mengganggu saya? Mengapa anda tidak berbuat apa-apa padahal waktu itu saya sendirian? "
Jawab penjahat itu: "Sudah tentu saya melihatmu malam tadi. Anda berada di sana malam tadi beberapa minit sebelum wanita itu. Saya tidak berani mengganggu anda. Saya lihat ada dua orang besar di belakang anda pada waktu itu. Satu di sebelah kiri dan satu di sebelah kanan anda. "
Muslimah itu tidak boleh meneruskan kata-katanya. Hatinya penuh syukur dan terus mengucap syukur. Dadanya bergetar mendengar penjelasan pelaku kejahatan itu. ia langsung menyudahi interview itu dan minta dihantar keluar dari bilik itu oleh polis.
Kerana Apa? Kerana Ini..
Semua surat dalam al-Qur'an adalah surat yang agung dan mulia. Demikian juga seluruh ayat yang dikandungnya. Namun, Allah Subhanahu wa ta'ala dengan kehendak dan kebijaksanaanNya menjadikan sebahagian surat dan ayat dengan kelebihan tersendiri.
Syaikh Umar Sulaiman Al Asyqar berkata..
"Yang paling baik digunakan untuk melawan jin yang masuk kedalam tubuh manusia adalah zikrullah (zikir kepada Allah) dan bacaan Al Quran. Dan yang paling besar dari itu ialah bacaan ayatKursi, kerana sesungguhnya orang yang membacanya akan selalu dijaga oleh penjaga dari Allah, dan ia tidak akan didekati oleh syaitan hingga Subuh, sebagaimana telah diterangkan sahih hadis tentang itu.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda :
Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwudhuk dan mengerjakan solat Subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari Qiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia." Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, adakah perlu dibaca setiap hari?" Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu juga dengan surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Ayat Kursi
Ertinya :
Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Hidup lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255).
Ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat. Kursi juga bermaksud pemerintahan dan kekuasaan.
Ayat Kursi merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini ialah ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah.
Meskipun membaca dan mengamalkan ayat Kursi mempunyai banyak khasiat, namun bagi hamba, membaca dan memahami ayat Kursi adalah semata-mata untuk mencari keredhaannya dan bagi membetulkan pegangan dan menguatkan tauhid kita kepada Allah Taala. Bukan ada niat yang lain.
Terserahlah kepada Allah Taala untuk memberikan apa-apa ganjaran kepada kita ataupun tidak atau untuk memberikan apa-apa manfaat dan khasiat kepada kita ataupun tidak. kerana kita adalah hambaNya.
0 ulasan:
Catat Ulasan