Ideologi daripada Mustafa Kamal Atartuk ketika pemerintahannya,
1. Perempuan boleh memakai tudung tetapi dengan syarat mereka haruslah memakai skirt.
2. Lelaki pula boleh memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Wanita dan lelaki disuruh untuk menari di khalayak ramai dan beliau sendiri juga pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti yang pertama di Ankara.
4. Beliau juga berkata bahawa “sesebuah negara akan mundur jikalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.
5. Arak jugak digalakkan untuk diminum secara terbuka.
6. Al-Quran diarah untuk dicetak dalam bahasa Turki.
7. Azan ditukar ke dalam bahasa Turki serta bahasa Turki sendiri juga telah diubah dengan menhilangkan unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Menggunakan arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan dan membangunkan Turki tetapi pada hakikatnya mereka diarah untuk mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Beliau juga pernah berucap pada satu ucapan di bandar Belikesir dan secara terang-terangannya mengatakan bahawa agama mestilah dijauhkan dengan urusan harian dan hapuskan agama untuk kemajuan.
10. Agama Rasmi Turki jugak sudah bukan Islam.
11. Islam diserang secara terbuka.
12. Undang-undang perkahwinan berdaftar juga digubal berdasarkan undang-undang barat.
13. Masjid Ayasophia dijadikan muzium, dan ada juga yang dijadikan gereja.
14. Bersembahyang berjemaah adalah dilarang sama sekali.
15. Kementerian Wakaf dibubarkan dan anak-anak yatim dan fakir miskin diabaikan.
16. Undang-undang waris dan faraid secara Islam diharamkan.
17. Kalendar Islam juga dihapuskan dan huruf Arab ditukar ke huruf Latin.
18. Beliau menganggap dirinya seperti Tuhan sama seperti Firaun. Telah berlaku satu peristiwa ketika salah seorang askarnya sengaja ditanya “siapakah tuhan kamu dan dimana dia tinggal?”. Disebabkan terlalu takut, askar itu menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhannya”. Beliau merasa amat gembira dengan jawapan itu.
Saat kematiannya yang menyeksakan,
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Penyakit kulit dan gatal-gatal seluruh badannya.
2. Sakit jantung
3. Darah tinggi
Beliau juga merasa panas sehingga bomba dikehendaki menyembur istananya dengan air sepanjang 24 jam. Ketulan-ketulan ais juga diletak di dalam selimutnya. Dengan keagungan Allah, rasa panas yang ditanggungnya tak juga hilang. Kerana sudah tidak tahan untuk menanggung, beliau meronta-ronta dan menjerit-jerit. Seluruh istana dapat mendengar jeritannya.
Kemudian mereka meletakkan beliau di tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu berkuasa atas segala-galanya, panasnya masih seperti biasa. Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 2 hari kerana terlalu panas dan selepas itu beliau sedar tetapi telah hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, sekali lagi beliau pengsan selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia. Tidak ada seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jasad beliau. Kemudian jasadnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, dan adik perempuannya memujuk ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Kemudian, Allah tunjukkan lagi azab ketika jasadnya di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Bila hendak dikebumikan, tanah pula tidak menerimanya. Liang lahad menjadi sempit. Cuba untuk mengkebumikannya berkali-kali sehingga mereka semua berputus asa dan jasadnya diawet sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun jasadnya hendak ditanam semula, tapi Allah maha berkuasa, bumi sekali lagi tak menerimanya kali ini. Akhirnya jasadnya dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 ton. Jasadnya ditanam di celah-celah batu marmar tersebut.
Yang menyedihkan lagi, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”
0 ulasan:
Catat Ulasan