Social Icons

Isnin, 22 September 2014

Azmin MB Baru Restu PKR, PAS Ucap Tahniah.

 
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, berkuatkuasa esok.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, memaklumkan perkara itu dalam surat pemberitahuan pelantikan kepada Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, hari ini.

Salinan surat berkenaan diedarkan kepada pihak media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta pengurniaan surat cara pelantikan menteri besar akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang jam 10.30 pagi esok. 

Azmin kemudiannya memberitahu pemberita bahawa pelantikannya sebagai menteri besar Selangor mendapat restu sebulat suara parti. Ini sekaligus melabuhkan tabir krisis pelantikan menteri besar Selangor.

Azmin mengesahkan kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Tropicana bahawa kepimpinan parti itu telah bersetuju untuk menyokong beliau sebagai MB selepas bermesyuarat dua jam dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin parti lain.

Katanya, beliau bersyukur bahawa baginda sultan telah memperkenan pelantikannya sebagai menteri besar dan pihak parti telah sebulat suara merestuinya.

Apabila ditanya sama ada dia tahu sebab mengpa pencalonan Wan Azizah ditolak, Azmin hanya berkata: "Tiada sebab diberikan."

Surat pelantikannya diterima petang ini dan ADUN Bukit Antarabangsa itu mengesahkan beliau akan mengangkat sumpah-pagi esok. Sebelum itu, mesyuarat Azmin dengan Anwar dan Wan Azizah selesai pada kira-kira jam 7.30 malam.

Anwar dan Wan Azizah meninggalkan ibu pejabat untuk menghadiri mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur. Ketiga-tiga mereka tersenyum ketika mereka keluar dari bilik mesyuarat.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Selangor yang memperkenankan timbalannya, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Sementara itu, PAS mengucapkan tahniah kepada Azmin Ali ekoran pelantikannya sebagai menteri besar Selangor yang baru. Menulis dalam facebook, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata semoga Pakatan Rakyat terus utuh. (IH)

KREDIT UNTUK BLOG IBNU HASHIM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text