Social Icons

Isnin, 22 September 2014

Sah!! Azmin Ali Akan Mengangkat Sumpah Sebagai MB Selangor Yang Baharu


         
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut sumber, surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani sudah diterima Azmin. Azmin dikatakan sudah mengunjungi ibunya memohon restu sekaligus mengadakan kenduri kesyukuran di atas pengakhiran 'drama krisis Menteri besar' yang memihak padanya.

Hari ini, 23 September, sekali lagi sejarah baru negeri Selangor akan. Sejauh mana Azmin selaku Menteri Besar yang baharu mampu meneruskan kecemerlangan Tan Sri Khalid. Rakyat pasti akan menjadikan prestasi Tan Sri Khalid sebagai kayu ukur keupayaan Azmin. 

Di satu sudut yang lain, bagaimanakah rentak kepimpinan seorang menteri besar yang dilihat akan dibayangi secara langsung oleh mentornya - Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim. 

Menurut Tun Dr Mahathir, jika Azmin tidak menyerlahkan kewibawaan dirinya, dia pasti akan tenggelam di dalam mainan politik Anwar. Ketika itu rakyat pasti menolaknya. Tidak siapa boleh terima 'MB remote - control' kata Tun.

   

 

  

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text