Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Dato' Seri Jamil Khir - Tindakan Tegas Jika Kassim Menyeleweng Islam

Imej
  Datuk Seri Jamil Khir Baharom  KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan diambil terhadap karyawan dan bekas aktivitis politik Kassim Ahmad sekiranya terbukti pandangan-pandangannya bercanggah dengan prinsip dan sumber hukum ajaran Islam, berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah, pegangan masyarakat Islam di Malaysia. Menegaskan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata setakat ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) masih mengumpul maklumat dan bukti berhubung kenyataan Kassim dalam seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lepas. Kassim pada majlis itu dilaporkan mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai 'kasta paderi' dan mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak perlu dimuliakan, serta rambut wanita bukan aurat. "Sekiranya ada bukti terhadap anti hadis dan penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW tindakan akan diambil," katanya kepada pemberita selepas m...

Penipuan Juruwang Di Kaunter Petronas?

Imej
Kisah berikut bukanlah pengalaman Pak Lang. Pak Lang hanya paparkan di dalam blog ini untuk pengetahuan kita semua dan berjaga-jaga. Pak Lang sendiri kalau mengisi minyak akan pesan pada anak-anak supaya tengok bacaan meter minyak yang masuk ke tangki. Sekurang-kurang kita pastikan sendiri. Ianya adalah hak dan tanggungjawab kita sebagai penguna. Pihak Petronas atau pemiliknya tentu tidak berniat menipu dan sebagainya. Cuma hal sebegini terdedah pada kesilapan dan kekhilafan manusia yang sifat semula jadinya mudah lalai, tersilap dan tersalah. Bacalah...   Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan....... Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang…) Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Say...

Kisah Sayu - Status Terakhir Gadis Dalam Facebook Seakan Tahu Ajal Tiba Pada Hari Lahir (22/2/2014)

Imej
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun….dukacita dimaklumkan bahawa Adiba Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi pada jam 1.30 petang. Moga Allah menempatkannya di kalangan para solehin dan shuhada’. Tolong doakan keampunan buat beliau dan mendapat rahmat dan belas ihsan Allah swt. Doakan juga segala amal solehnya diterima Allah swt.” Bayangkan suatu hari nanti, waris saya akan menulis di ruang status begini. mungkin ramai yang akan menjenguk wall melihat status terakhir saya atau status apakah yg sering diupdate. mungkin jugak ramai yang akan text / call number saya. tapi antara yang sibuk bertanya kesahihannya, berapa pulak yang akan datang pada hari pengebumian saya atau sedekahkan Al-Fatihah ataupon bacakan Yasin untuk saya ? Itulah antara satu status ucapan takziah kepada diri sendiri oleh seorang remaja di profil Facebook dengan nama Dieba Yazt Mien. Status itu ditulis pada 7 Februari 2014, 15 hari sebelum satu kemalangan berlaku di Kampung Perana, Langkawi pada ...

Perjuangan Islam Masa Kini Adalah Perjuangan Tingkatkan Ekonomi

Imej
Paparan berikut dengan tajuk di atas bukanlah tulisan Pak Lang. Cuma Pak Lang paparkan di sini sebagai menjadi bahan perhatian kita semua. Semoga ada manfaatnya. Sila layari blognya: http://insanberdakwah.blogspot.com Apabila saya menyebut keperluan umat Islam tolong-menolong antara satu sama lain dalam soal ekonomi, ada yang menyatakan hal ini tidak patut disebutkan, nanti akan difahami oleh sesetengah pihak sebagai ‘perkauman’. Suara itu dinyatakan kepada saya kerana saya ingin menggalakkan masyarakat muslim membantu sedaya mungkin membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh saudara-saudara muslim kita. Saya katakan; saya tidak menyuruh memulaukan barangan ‘orang lain’. Saya cuma mengajak agar diberikan keutamaan disebabkan beberapa faktor. Antaranya; keadaan ekonomi umat Islam yang agak ketinggalan terutama di sudut sebagai kuasa pengeluaran. Sedangkan kita mempunyai kuasa membeli yang agak tinggi. Juga seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam b...

Wacana Sinar Harian 26: Wakaf Mampu Atasi Monopoli

Imej
  Wacana Sinar siri ke 26 kelmarin berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama baik dari hadirin. Wacana Sinar Harian siri ke-26 berjudul ‘Bagaimana Ekonomi Islam Mampu Kawal Pasaran’ telah berlangsung di Auditorium Sultan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf kelmarin. Wacana tersebut menampilkan barisan panelis yang tidak asing iaitu tokoh korporat negara, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pengarah Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan. Manakala, Dr Maszlee Malik bertindak sebagai moderator. Ikuti transkrip penuh wacana ini yang disediakan wartawan Sinar Harian. Moderator: Pada permulaan sesi, seperti biasa kita akan memberi peluang kepada ahli panel untuk berkongsi pandangan mengenai tajuk ini. Wan Saiful: Sebagai pembukaan, kita perlu tahu dan faham maksud sistem pasaran bebas. Prinsip pe...

PRESS STATEMENT - An Answer For Dr Kasim Ahmad Who Is An Anti-Hadith.

PRESS STATEMENT BY: Dato’ Hatijah Aam Executive Chairman GISB HOLDINGS - An Answer For Dr Kasim Ahmad Who Is An Anti-Hadith. Allah SWT has appointed His Messenger. Prophet Muhammad PBUH. This matter is not only found in Hadith, even in the Holy Quran, as Allah mentioned at the beginning of Surah Al-Fath: “Muhammad is the Messenger of Allah ( Messenger of Allah)…..” (Please refer to Al Fath, verse 29) Allah has established that in the kingdom of Allah, there are enough personnel among the angels, jinn and human beings! This universe was created after the creation of the first being that is Nur Muhammad ! Adam as the first human body was created only after the creation of the Light of Muhammad ! This is the faith of the Members of Sunnah Wal Jamaah which is upheld by the Muslims in Malaysia ! ( Please refer to the e - Fatwa / JAKIM - Released Date : January 22, 2002 ) . The anti-hadith group is in fact, anti-God ! Because Allah is the One who appoints the Apostle to receive the revela...

Jawapan Kepada Dr Kasim Ahmad yang Anti-Hadis - Untuk Perhatian Bukit Aman dan JAIS.

KENYATAAN AKHBAR OLEH: Dato’ Hatijah Aam Pengerusi Eksekutif GISB HOLDINGS - Jawapan Kepada Dr Kasim Ahmad yang Anti-Hadis. Allah SWT telah melantik PesuruhNya, Nabi Muhammad SAW. Hal ini bukan hanya ada di dalam hadis bahkan di dalam Al Quran seperti yang Allah sebutkan di awal Surah Al-Fath: “Muhammad itu adalah utusan Allah (pesuruh Allah)…..” (Sila rujuk Surah Al Fath, ayat 29)   Allah yang menetapkan bahawa di dalam kerajaan Allah itu ada petugas-petugas yang cukup ramai dari kalangan malaikat, jin dan manusia! Alam ini diciptakan sesudah diciptakan makhluk pertama iaitu Nur Muhammad! Nabi Adam selaku jasad pertama manusia itu diciptakan hanya sesudah penciptaan Cahaya Muhammad itu! Ini ialah aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia! (Sila rujuk e-Fatwa / JAKIM - Tarikh Keputusan: 22 Jan, 2002). Golongan anti-hadis, sebenarnya anti-Tuhan! Sebab Allah lah yang melantik Rasul untuk menerima wahyu yang dibawa oleh Malaikat Jibrail! Terhadap ...

Munajat Indah Habib Munzir

Imej
Kita sangat perlukan Nabi Muhammad SAW. Baginda kena diyakini masih berperanan di zaman ini. Bukankah Baginda itu hidup di alam sana. Tentulah Tuhan itu maha adil memberi peluang untuk umat akhir zaman mendapat pembelaan Baginda SAW.  Diantaranya yang kita rasakan kehadiran Baginda ialah kembalinya umat Baginda untuk mencintai dan memperjuangkan cita-cita Baginda. Ianya satu dorongan yang menyeluruh terutama di dunia sebelah sini iaitu Malaysia dan Indonesia. Fenomena kaum muslimin sedang mahu berselawat di mana-mana.  Bahkan ajakan berselawat beramai-ramai diprogramkan secara besar-besaran di stadium-stadium!! Inilah kesan dari kewujudan baginda Nabi SAW di zaman ini bersama umatnya yang sudah mahu kembali mencintai Baginda. Dipaparkan munajat seorang ulamak muda dari Indonesia yang baru saja berpindah ke alam akhirat - menemui cintanya yang hakiki. Beliau adalah Habib Munzir Ibn Fuad Ibn Abdurrahman Al Musawwa (Gambar) - seorang daripada zuriat keturunan Rasulullah ...

Kesan Buruk Pada Kita Apabila Facebook Membeli Whatsapp

Imej
Pada 19 Februari 2014, Facebook telah sah membeli WhatsApp dengan nilai rekod USD 16 Bilion. Kenapa Mark Zuckerberg sanggup membeli satu syarikat kecil yang tidak menjana keuntungan yang nilainya kurang dari satu bilion dengan jumlah yang begitu besar? Apa impaknya kepada kita?  Sedikit ‘latar belakang’ pembelian tersebut: 1. Berbanding Google atau Yahoo yang sumber pendapatan mereka adalah pengiklanan (tidaklah bermakna mereka ini ‘baik’ tetapi sekurang-kurangnya), Facebook mendapat hasil semata-mata dari MENJUAL INFORMASI PERIBADI pengguna kepada pihak ketiga (dan entah siapa lagi?) Rujuk berita Skandal PRISM yang mana Presiden Perancis dan Jerman diintip, dengan menggunakan kaitan dari pengguna biasa yang lain. ‘Penjahat’nya adalah NSA yang dibantu dengan maklumat dari Facebook, Google, Apple dan Microsoft. Langkah pembelian WhatsApp ini tidak lain adalah juga untuk mendapatkan maklumat pengguna. 2. Facebook telah menggunakan pendekatan sedikit demi sedikit untuk cuba ‘mencu...

REALIZATION OF THE NATIONAL EDUCATION PHILOSOPHY / Merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara

Imej
Gambar hiasan Paparan bertajuk Merealisasikan Falsafah Pendidkan Negara mendapat respon menarik dari ramai teman-teman yang sentiasa mengikuti blog suaramuhajirin313 ini. Seorang kenalan yang begitu teruja dengan topik ini terus mengusahakan terjemahannya ke dalam Bahasa Inggeris. Syukran jazilan untuknya.  Pak Lang paparkan usaha terjemahan beliau untuk sesiapa yang mahu memanjangkannya kepada teman-teman yang menggunakan Bahasa Inggeris. Mungkin para pembaca blog ini dari benua Amerika, Eropah dan Australia lebih memerlukan versi yang menggunakan bahasa kegunaan harian mereka. Semoga usaha kenalan Pak Lang ini diganjari Allah dengan sebaik-baik balasan. Amin. Sila baca>>> This paper is dedicated to the friends and colleagues who wish to know more about the current education in GISB / YKPPM. Whether it is different or otherwise. As we have been informed, at present we are in the mainstream, accepting the Fatwa ( religious edicts ) against our mistakes in the pa...

Kisah Ummu ‘Umarah - Pejuang Wanita Sejati

Imej
  Tinta sejarah menjadi saksi, bahawa tidak sedikit wanita mukminah yang terjun ke medan pertempuran, jihad fii sabilillah. Mereka menyelinap di antara lemparan-lemparan lembing, kilatan-kilatan pedang dan jatuhan anak-anak panah.  Mereka menyampaikan makanan, minuman dan ubat-ubatan bagi perajurit mukmin yang berjuang mempertahankan Islam. Bahkan jika keadaan memintanya untuk menghunus pedang, mereka tidak gentar justeru makin berkobar semangatnya. Diantara wanita-wanita pejuang itu adalah Nusaibah binti Ka’af Al-Ansariyah yang terkenal dengan Ummu ‘Umarah.  Sesungguhnya Ummu ‘Umarah merupakan salah satu contoh keberanian dan ketegaran. Ia merupakan sosok kepahlawanan yang tidak pernah gagal dalam melaksanakan kewajiban bilamana seruan jihad memanggilnya. Ia adalah sahabiyah Nabi yang utama ….. Ia termasuk salah satu dari dua wanita yang bergabung dengan tujuh laki-laki Ansar yang berbai’ah kepada Nabi Shallallaahu ‘Alaihi Wasallam pada bai’at Aqabah kedu...

Kisah Solat Beberapa Orang Sahabat, Tabi'en Dan Ahli Sufi

Imej
Aisyah r.a berkata, "Rasulullah s.a.w adalah bersama-sama dengan kami bersembang dan berbual. Apabila menjelang waktu solat, Baginda dengan tak semena-mena berubah kelakuannya seolah-olah baginda tidak kenal kami dan akan leka dengan urusan Allah semata-mata." Adalah diceritakan bahawa Hassan r.a apabila beliau berwudhu' mukanya menjadi pucat. Bila ditanya sebabnya, dijawabnya, "Ini adalah waktu untuk berdiri di depan Raja Yang Maha Agung lagi Maha Mulia." Apabila sampai di pintu masjid, beliau berdoa, "Ya Allah, hambaMu ini berada di pintuMu. Wahai Yang Amat Pemurah. Ini adalah seorang hambaMu yang banyak berdosa berdiri di depanMu. Engkau telah memerintahkan atas hamba-hambaMu yang baik supaya memaafkan kesalahan-kesalahan hamba-hambaMu yang jahat. Ya Allah, Engkau adalah baik dan daku ini jahat, oleh itu demi kebaikan yang ada padaMu , maafkan lah kesalahan-kesalahanku. Wahai Yang Amat Pemurah." Kemudian barulah dia masuk ke dalam masjid. Zainul ...